RAISHA Imani terkocoh-kocoh mengejar langkah kaki anaknya, Shamina Raniah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Pada hari itu, dia dan anaknya akan menaiki pesawat untuk pulang ke kampung halaman Raisha Imani di Kuala Terengganu.
"Shamina! Tolonglah jangan berlari. Nanti kalau Mina terjatuh, siapa yang susah?"
"Tetapi omma, kalau kita kena tinggal dengan kapal terbang nanti macam mana?" Shamina Raniah menyoal polos.
"Tak adalah sampai kena tinggal nanti. Flight kita lagi satu jam setengahlah sayang. Masih awal lagi ni. Omma taknak Mina lari-lari lagi. Nanti Mina terlanggar orang atau pun barang."
"Okay omma. I'm sorrry! Mina promise takkan lari-lari lagi."
"Good girl! Mina lapar tak ni? Kalau lapar, jom kita pergi makan dahulu sementara tunggu flight kita."
"Mina nak makan KFC boleh?"
"Boleh, sayang. Jom ikut omma."
Raisha Imani terus memimpin tangan anaknya ke arah restoran KFC yang terletak di Level 5 lapangan terbang tersebut. Setelah beratur dan membeli makanan untuk mereka berdua, Raisha Imani dan anaknya sama-sama menikmati juadah mereka di salah sebuah meja yang berada di situ.
"Makan tu perlahan-lahan sedikit, sayang. Nanti tercekik." tegur Raisha Imani saat melihat Shamina Raniah yang kelihatan sedikit gelojoh menikmati ayam gorengnya.
"Okay omma!" jawab Shamina Raniah dengan mulut yang penuh.
"Mina happy tak nak balik ke kampung omma? Itu pun kampung Mina tau! Mina pun lahir di Terengganu."
"Of course lah Mina happy. Boleh jumpa tok abah, tok ibu dan toksu. I really miss them."
"Mina janji tau dengan omma nanti Mina akan behave apabila kita berada di kampung? Taknak susahkan semua orang dekat sana?"
"Promise! Omma, after this can we go to shop? I want to buy chocolate."
"Coklat lagi? Tak takut ke nanti gigi Mina tu rosak? Mina tak ingat ke omma pesan apa?"
"Alaa omma, bolehlah. Mina nak beli dan nak share dengan cousins Mina, bukan makan seorang-seoranglah." Shamina Raniah cuba memujuk ibunya.
Sepupu yang dimaksudkan oleh Shamina Raniah sebenarnya merupakan sepupu Raisha Imani. Tetapi memandangkan usia sepupu Raisha Imani yang hampir sebaya dengan Shamina Raniah, Shamina Raniah telah menganggap sepupu ibunya sebagai sepupunya juga.
"Okay! Tetapi jangan beli banyak sangat tau. Beli cukup-cukup je untuk Mina dan cousins share nanti."
"Yeay! Thank you omma!"
*****
MIKAYLA Amanda berjalan beriringan bersama Syahmi Aqil di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Pada hari itu, dia akan terbang ke New York atas tuntutan kerjanya dan Syahmi Aqil datang menghantarnya ke lapangan terbang tersebut.
" You, I nak masuk ke kedai coklat dekat depan sana sekejap. You ada nak apa-apa tak?"
"No, it's okay. You pergilah masuk kedai tu. I tunggu dekat sini je. Bak sini passport you tu, nanti tercicir pula. Ada yang tak dapat pergi ke New York nanti." ujar Syahmi Aqil, tahu sangat dengan sikap isterinya yang kadang-kadang cuai itu.
"Nah, I pergi ke sana sekejap ya."
Mikayla Amanda tersenyum kepada beberapa orang yang berselisih dengannya di dalam kedai coklat tersebut. Dia kemudiannya menghampiri rak yang menempatkan coklat jenis Beryl's.
"Excuse me aunt. Can you help me to get that chocolate?" suara seorang kanak-kanak yang menyapanya membuatkan Mikayla Amanda segera berpaling ke sisinya. Matanya tertancap kepada seorang kanak-kanak perempuan yang sangat comel dan memakai gaun kembang berwarna merah jambu.
YOU ARE READING
Alasan Untuk Bahagia
RomancePertemuan di antara Raisha Imani dan Syahmi Aqil pada awalnya tidak bermula dengan baik apabila mereka sering sahaja bertengkar. Bagi Raisha Imani, pemilik nama Syahmi Aqil itu adalah seorang yang menjengkelkan dan merupakan musuh ketatnya. Namun di...