SYAHMI Aqil menyanyi riang sambil menyarungkan sehelai apron berwarna biru gelap berjalur putih ke tubuhnya. Topi chef turut disarungkan pada kepalanya bagi mengelakkan rambutnya daripada terdedah. Aplikasi YouTube pada telefon bimbitnya dibuka dan tangannya menaip mencari resepi yang diinginkannya. Setelah menemui resepi tersebut, tangannya lincah menyediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak menu istimewa buat pujaan hatinya. Siapa lagi kalau bukan jandanya, Raisha Imani.
Shamina Raniah yang baru sahaja terjaga dari tidur melangkah perlahan menghampiri dapur. Matanya terkebil-kebil memandang bapanya yang kelihatan sedikit terkial-kial mengupas bawang.
"Daddy, why are you crying?" tegur Shamina Raniah.
"No, I am not crying! Mata daddy pedih sebab kupas bawang ni. Sayang sudah bangun ya? Sayang daddy ni lapar ke tak? Nak makan?"
Shamina Raniah hanya mengangguk bagi menjawab pertanyaan bapanya.
"Mina nak makan apa? Dalam peti ais tu cuma ada nugget dengan sosej. Daddy baru nak start masak ni. Daddy gorengkan nugget untuk Mina, boleh ke?"
"Okay daddy! Mana omma? Kenapa daddy yang masak hari ini?"
"Omma keluar pergi ke spa dengan tokma dan aunty Su. Daddy yang belanja diaorang. Hari ini daddy nak masakkan menu yang special untuk omma dan juga Mina. Mina suka tak?"
"Suka! Mina nak tolong daddy boleh tak?"
Syahmi Aqil memasukkan beberapa kepingan nugget ayam tempura ke dalam air fryer berjenama Phillips, kemudian tombol suhu dipusingkan kepada suhu 160 darjah celcius dan tombol masa dipusingkan kepada 15 minit. Kemudian dia kembali menghadap wajah Shamina Raniah.
"Mina nak tolong daddy buat apa? Mina pandai ke nak buat?"
"I can cut vegetables. Daddy janganlah risau, Mina pandai lah. Mina selalu je tolong omma masak."
"Okay sayang. Mina tolong daddy potong capsicum, brokoli, kentang, carrot dan tomato ceri tu ya. Hati-hati tau pegang pisau tu."
"Okay daddy!"
Shamina Raniah mula memotong sayur tersebut sementara Syahmi Aqil menyediakan bahan perapan untuk memasak beef steaks. Pada hari itu, dia bercadang untuk memasak grilled beef steaks bersama spaghetti Aglio Olia buat Raisha Imani. Setelah selesai memerap daging, Syahmi Aqil mula memasak spaghetti Aglio Olio dengan dibantu oleh anaknya.
"Daddy! You look so amazing. Mina nak tangkap gambar daddy dan hantar kepada omma, boleh?" ujar Shamina Raniah yang sedang memegang telefon bimbit milik bapanya.
"Jangan sayang! Daddy nak buat surprise dekat omma. Jangan beritahu kepada omma. Mina pergi mandi dan bersiap dahulu, nanti apabila omma sudah balik, kita makan bersama-sama ya. Daddy nak panggang daging sekejap."
"Okay daddy! Daddy pun kena mandi juga tau. Busuklah bau daddy! Nanti omma pengsan sebab bau ketiak daddy."
Syahmi Aqil membeliakkan matanya. Tangannya pantas menggeletek tubuh Shamina Raniah sehinggakan anaknya itu ketawa kegelian.
"Oh, pandai cakap daddy busuk ya! Nak kena ni anak daddy."
*****
RAISHA Imani yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumah bekas mertuanya terus diterpa oleh anaknya, Shamina Raniah. Tubuhnya dipeluk erat dan pipinya menerima ciuman bertalu-talu.
"Omma! Omma pergi ke mana? Mina rindu omma lah. Cantiknya kulit omma, flawless sangat." puji Shamina Raniah.
"Omma pergi buat facial dengan tokma dan aunty Su tadi. Mina nakal tak dekat rumah?"
YOU ARE READING
Alasan Untuk Bahagia
RomantizmPertemuan di antara Raisha Imani dan Syahmi Aqil pada awalnya tidak bermula dengan baik apabila mereka sering sahaja bertengkar. Bagi Raisha Imani, pemilik nama Syahmi Aqil itu adalah seorang yang menjengkelkan dan merupakan musuh ketatnya. Namun di...