SYAHMI Aqil segera menghampiri Raisha Imani yang telah pengsan itu. Dia pantas membalut bahagian atas tubuh Raisha Imani yang terdedah dengan menggunakan baju jaketnya. Syahmi Aqil menepuk perlahan pipi Raisha Imani untuk menyedarkannya. Telefon bimbit di dalam poket seluarnya diseluk dan dia pantas mendial nombor telefon seseorang.
Zakwan yang masih terbaring menahan kesakitan dipandangnya dengan pandangan membunuh.
"Tak guna kau, Zakwan! Kau nak rogol Raisha ke? Aku ingatkan selama ni kau baik, kau alim! Tetapi semua itu dusta belaka! Kau tak ubah seperti syaitan yang bertopengkan manusia!" perut Zakwan disikunya kuat.
"Raisha yang bodoh sebab percayakan aku!"
"Kau! Jangan sampai aku bunuh kau! Apa hak kau nak buat Raisha macam itu? Kalau terjadi apa-apa kepada Raisha, aku tak akan lepaskan kau! Kau ingat tu!"
"Kau siapa nak pertahankan si Raisha tu? Suami dia? Kekasih dia? Abang dia? Setahu aku lah, kau tu cuma musuh yang paling dibenci oleh Raisha lah!"
"Walau aku musuh Raisha sekali pun, aku tak pernah terfikir nak buat benda terkutuk macam ini dekat dia lah!"
Bunyi enjin kereta yang datang menghentikan pertelingkahan mereka berdua. Cikgu Hefni keluar dari kereta tersebut dan terus menghampiri mereka.
"Apa yang sudah jadi ni Syahmi? Zakwan? Kenapa dengan Raisha tu?"
"Zakwan cuba nak rogol Raisha, cikgu! Mujur saya cepat sampai sebelum Raisha sempat diapa-apakan oleh Zakwan."
"Astaghfirullahaladzim! Apa kena dengan kamu ni Zakwan?"
"Saya... Saya tak sengaja cikgu." jawab Zakwan takut-takut.
"Cikgu uruskan Zakwan ni. Saya nak bawa Raisha pergi ke hospital!"
"Mari cikgu tolong hantarkan kamu berdua dan kamu Zakwan, sila ikut saya!"
Syahmi Aqil segera mencempung tubuh Raisha Imani ke arah kereta dan Cikgu Hefni segera memecut keretanya laju ke arah hospital.
*****
SYAHMI Aqil memerhatikan Raisha Imani yang masih tidur selepas dirawat dan diberikan ubat tadi. Badan Raisha Imani kelihatan menggigil dan dia juga turut meracau di dalam tidurnya.
"Tolong! Tolong jangan apa-apakan Sha!"
Syahmi Aqil menggenggam erat tangan Raisha Imani. Air mata yang mengalir di pipi Raisha Imani diseka dengan hujung jarinya.
Seketika kemudian, Raisha Imani terjaga dari tidurnya. Dia membuang pandang ke arah suasana di sekelilingnya yang kelihatan begitu asing baginya. Matanya menyapa wajah Syahmi Aqil yang sedang duduk di kerusi berhampiran katilnya.
" Sha dekat mana sekarang ni? " soal Raisha Imani.
"Kau ada dekat hospital sekarang."
"Zakwan! Dia cuba ro..."
Kata-kata Raisha Imani terhenti apabila jari telunjuk Syahmi Aqil hinggap di bibirnya.
"Ya, aku tahu. Kau jangan takut, kau sudah selamat sekarang ni. Zakwan tak sempat apa-apakan kau pun tadi."
Bunyi pintu wad yang terkuak mengejutkan mereka berdua. Puan Ramizah meluru masuk bersama bapanya dan juga datuk Syahmi.
"Sha! Sha tak apa-apa ke? Ibu risau lah apabila Syahmi beritahu Sha ada dekat hospital."
Puan Ramizah membelek perlahan tubuh Raisha Imani, memerhatikan sekiranya terdapat kecederaan pada badan anak tunggalnya itu. Air matanya merembes keluar.
Sungguh dia terkejut apabila dimaklumkan oleh Syahmi Aqil tadi bahawa Raisha Imani hampir dirogol.
YOU ARE READING
Alasan Untuk Bahagia
RomancePertemuan di antara Raisha Imani dan Syahmi Aqil pada awalnya tidak bermula dengan baik apabila mereka sering sahaja bertengkar. Bagi Raisha Imani, pemilik nama Syahmi Aqil itu adalah seorang yang menjengkelkan dan merupakan musuh ketatnya. Namun di...