BAB 36

510 10 0
                                    

MIKAYLA Amanda memintalkan hujung baju yang dipakai olehnya berulang kali. Dahinya juga sudah dibasahi peluh yang merenik walaupun suhu di dalam bilik doktor itu tidaklah terlalu panas. Wajah doktor di hadapannya dipandang.

"Erm doktor, kalau saya tak buat test ini tak boleh ke?" soal Mikayla Amanda, ragu-ragu.

"Tetapi kenapa puan? Ini semua ada dalam prosedur ujian kesuburan untuk isteri. Apa yang puan nak takutkan? Jangan risau, ujian ini tak akan sesekali menyakitkan puan. Lagipun kalau puan tak buat ujian ini, macam mana puan nak tahu masalah berkaitan tahap kesuburan puan kan? Suami puan pun sudah bayar mahal-mahal untuk buat ujian ini, rugilah kalau puan tak buat. "

"Ya doktor, baiklah. Saya buat semua ujian ni." Mikayla Amanda menunduk pasrah dan terpaksa akur.

Setelah selesai menjalani pemeriksaan tahap kesuburan masing-masing, Syahmi Aqil dan Mikayla Amanda beransur pulang ke rumah mereka. Mereka berdua perlu datang lagi ke hospital untuk ujian yang selanjutnya sehinggalah selesai dan mendapat keputusan tentang ujian kesuburan masing-masing.

"Kenapa pucat je muka you, Kayla? You penat eh? Sabarlah, memang banyak ujian kita kena buat untuk tahu tahap kesuburan kita ni."

"Ya, I penat seharian dekat hospital. Macam-macam test yang nak kena buat."

"Tetapi semua ini untuk kepentingan kita juga. You cubalah bersabar sedikit. I harap sangat kita berdua tiada apa-apa masalah berkaitan kesuburan dan suatu hari nanti, you akan mengandungkan anak I juga."

"Erm you! I laparlah. Tiba-tiba je I rasa craving nak makan dekat DubuYo. Bolehlah ya?" Mikayla Amanda segera menukar topik perbualan mereka.

"Seriouslah you nak makan makanan Korea tu?"

"Ya, please! I rindulah nak makan kimchi, bulgogi, bibimbap dan japchae."

"Banyaknya you nak makan. Ni you mengidam macam-macam, jangan-jangan sudah ada isi tak dekat dalam perut you tu?"

"I tak pregnantlah, you! Anak cacing dalam perut I ni yang mengidam nak makan semua tu."

"Okay sure, anything for you." Syahmi Aqil terus memandu ke destinasi yang ingin dituju.

*****

SALSABILA mengetuk perlahan pintu bilik tidur kakaknya, Syahirah. Setelah mendengar suara kakaknya yang memintanya agar masuk, laju langkah kakinya diatur masuk ke dalam bilik tidur kakaknya itu. Salsabila tersenyum segaris kepada kakaknya dan terus duduk di birai katil.

"Kaklong busy ke tu? Adik ganggu tak ni?"

"Tak adalah busy mana pun. Kaklong baru je selesai bercakap dengan abang Fattah. Esok selepas balik kerja, dia ajak Kaklong keluar pergi beli barang hantaran kahwin kitaorang."

"Oh macam itu. Eh hari-hari korang berjumpa dekat klinik gigi tu, takkan malam pun masih nak call lagi?"

"Memanglah kitaorang berjumpa hari-hari tetapi jumpa pun bercakap berkaitan urusan kerja je. Waktu malam barulah bercakap soal peribadi. Ni kenapa adik datang ke bilik Kaklong?"

"Adik sebenarnya ada benda nak cakap dengan Kaklong ni."

"Apa dia, adik? Cakaplah, Kaklong sedia nak tadah telinga untuk dengar ni." Syahirah sudah beralih tempat dari kerusi yang didudukinya tadi ke sebelah adiknya di atas katil.

"Macam ini, Kaklong. Hari itu kan adik ada pergi ke kedai kek Kak Raisha. Adik sudah bertanya kepada Kak Raisha sendiri, apa sebenarnya hubungan di antara dia dan angah."

"Selepas itu, apa yang terjadi?" soal Syahirah tidak sabar-sabar untuk mengetahui cerita selanjutnya.

"Kak Sha mengaku yang dia sebenarnya memang bekas isteri angah. Diaorang cuma berkahwin setahun je sebelum angah balik ke London."

Alasan Untuk BahagiaWhere stories live. Discover now