Sebuah fail lagi ditutup menandakan kerjanya untuk hari ini sudah tamat.
Jaehyun bangun berdiri sambil meregangkan badan merenung ke kawasan taman di luar pejabatnya.
Dia kemudian sepi menyeluk kedua belah tangan ke dalam saku mengimbau kembali masa - masa lalu.
Ah, masih dia ingat.
Taman ini dibina adalah untuk suri hatinya suatu hari nanti meluangkan masa bersama - sama dia di hari minggu tanpa perlu memikirkan hal apa sekali pun.
Hanya mereka berdua. Bersama merenung ke langit berpegangan tangan sambil berehat di bawah pohon yang redang.
Telefon bimbit berbunyi menyentakkan lamunan itu seketika.
Jaehyun mencapai telefonnya lalu butang hijau ditekan tanpa banyak soal.
Jarang dilihat sesiapa, lelaki tersebut sedang tersenyum.
"Yoon Oh, bila kamu dengan Joonyoung nak balik dari villa sana ?" soal wanita di hujung talian.
Senyuman Jaehyun melebar menampakkan gjgi rapinya putih.
"Alahai, mama. Takkan Yoon Oh nak berlama - lama dengan isteri Yoon Oh sendiri pun tak boleh ? Mama rindu menantu dah ke ?"
Soalannya disambut dengan sebuah tawa mengekek.
Jaehyun hampir saja ikut mahu bergelak sama tapi sengaja dia gantikan dengan sengihan lebar.
"Hm, iyalah. Kamu dan Joonyoung rehatlah banyak mana yang kamu berdua nak. Janji jangan balik nanti dia sudah 'berisi'. Mama tak nak Joonyoung berbadan dua majlis resepsi nanti. Kesian dia, penat"
Akhirnya Jaehyun ikut tertawa. Dia menggeleng pendek menidakkan kata - kata ibunya.
Selepas beberapa minit berlalu, panggilan anak dan ibu itu ditamatkan atas alasan Puan Kang tak mahu menganggu masa emas anaknya.
Tapi tak dia tahu, anaknya kini sedang berperang dengan perasaan sendiri.
Skrin hitam telefon dipandang lama tidak berkelip.
Senyuman yang mekar kian layu. Jaehyun diam terduduk melayan nasib. Teringatkan kembali cerita yang berlaku pada malam semalam.
Awalnya mahu saja dia akui bahawa dialah Kang Yoon Oh.
Tetapi selepas melihat Joonyoung yang beria - ria mahu larikan diri dari rumah telah membuatkan keyakinannya pudar.
Persoalan demi persoalan berlegar - legar di minda. Benarkah Joonyoung rela mahu mengahwininya ?
Atau hanya sekadar kata - kata janji dari ibu bapanya sendiri ?
Sekali lagi telefonnya berdering menandakan mesej baru tiba.
Jaehyun membuka butang mesej melihat gambar dari pengawal peribadinya yang diberikan tugas khas tadi. Senyuman kecil lelaki itu kembali. Inilah waktu untuk dia meneruskan perancangan.
Tanpa membuang masa dia terus meluru keluar dari pejabat menuju ke bilik tetamu.
Pintu bilik dikuak tanpa diketuk terlebih dahulu. Dia merempuh masuk membawa telefon ditangan.
Langkah Jaehyun perlahan kemudian mati setelah melihat sekujur tubuh sedang membelakanginya kaku.
Deretan pinggan yang masih berisi makanan tidak disentuh dipandang kecewa. Ah, mengapa dia terlalu bodoh.
Manusia mana yang berselera makan jika dirinya sedang diculik ?
Perlahan - lahan Jaehyun mendekati kaki katil lalu memanjat naik keatasnya dengan tiada sebarang bunyi.
Wajah Joonyoung yang sedang pulas lena dibuai mimpi ditenungnya terpegun. Tanpa dia sedar, dirinya sudah terbaring bertongkat kepala di atas tilam.
Rambut yang menghadang hidung dan bibir mungil itu diselak dan diselitkan ke belakang telinga.
Jaehyun mengukirkan senyuman bahagia. Inilah apa yang dia bayangkan.
Kehidupannnya bersama Joonyoung selepas mereka bernikah. Ah, betapa indahnya dunia kalau ini yang sebenarnya terjadi ?
Tubuh halus yang berada di bawah lindungan kain duvet tersebut bergerak membuatkan dia kalut mahu bangun melarikan diri.
Tidak, dia tak boleh didapati di sini. Nanti bertambah benci Joonyoung padanya.
Bump !
Jaehyun jatuh terlentang selepas bergelut mahu turun dari katil. Nafasnya ditahan panik saat terasa tangan Joonyoung menyusul masuk di celahan lengannya memeluk ototnya erat.
Nafas lelaki itu cuba diaturkan mahu menenangkan diri. Sabar, Jaehyun. Kau mampu tahan nafsu kau sendiri.
TBC
YOU ARE READING
𝗳𝗼𝗿𝗲𝘃𝗲𝗿 𝗼𝗻𝗹𝘆 | 𝗃𝗎𝗇𝗀 𝗃𝖺𝖾𝗁𝗒𝗎𝗇 (𝗰𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝘁𝗲𝗱)
Fanfiction"apa guna isteri kalau tak boleh cium ?" "isteri kontrak jaehyun. mind your boundaries" Dia yang sebenarnya merancang untuk melarikan diri daripada suaminya akhirnya terjatuh ke dalam jerat seorang lelaki yang dipanggil mafia. Namun, tak d...