𝗘𝗣𝟬𝟭 | 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗽𝗮𝗽𝗮 & 𝗺𝗮𝗺𝗮

47 8 53
                                    

Bahu Joonyoung disentuh lembut dari belakang membuatkan gadis bertubuh lansing itu berkalih tersentak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bahu Joonyoung disentuh lembut dari belakang membuatkan gadis bertubuh lansing itu berkalih tersentak. Pen di jarinya terjatuh akibat termenung terlalu jauh hilang dibawa dunia awangan.

"Joonyoung, kamu okay ?" soal Puan Kim resah.

Maklumlah hari ini adalah hari anak tunggalnya menandatangani sijil pernikahan bersama menantu pilihan suaminya beberapa bulan yang lepas. Entah, rasa sedih pula melihatkan anak kecil yang pernah dia susukan suatu ketika dahulu kini bakal dipertanggungjawabkan pada orang lain.

Joonyoung mengangguk pendek. Matanya mengintai pegawai pejabat pendaftaran di depan.

Nampak seperti sudah muak menunggu.

Tapi itu tidak menggesa Joonyoung untuk serta merta menurunkan tanda tangannya pada kontrak perkahwinan tersebut. Malah, dia mengambil masa lagi memandang ayah kandungnya yang tersenyum manis dengan sebuah pasangan sama tua separuh abad.

Pasangan yang merupakan bakal mertua kepadanya walaupun baru sekali dua saja mereka bertemu.

Dua orang tua tersebut mengangguk menyambut pandangan ketar Joonyoung.

"Kenapa, Joonyoung ? Kamu tak sanggup nak turunkan tanda tangan sebab Yoon Oh tak ada ke ?" Puan Kang menyoal khuatir.

Ah, anak terunanya satu ini. Di hari penting dimana mereka perlu menghantar sijil perkahwinan merekalah dia sibuk dengan kerja di pejabat. Bukan tak boleh tinggal kerja itu.

Saja mahu buat darahnya mendidih melihat bakal menantunya ini keseorangan di hari penting begini.

"Joonyoung" panggil Tuan Kim mendatar. Riaknya sedikit tergerak dari wajah gembira tadi.

"Joonyoung, kalau kamu tak setuju papa dan Uncle Kang tak kisah sayang. Asalkan kamu bahagia"

Ucapnya teringatkan bahawa Joonyoung dan Yoon Oh hanya pernah bertemu sewaktu mereka kecil. Bila sudah dewasa, hendak dikahwinkan pula. Mana tahu gadis itu sedang menyorokkan sesuatu di lubuk hati.

Melihatkan riak semua orang penting disisinya berubah, Joonyoung pantas mengukirkan senyuman nipis sambil menggeleng.

"Tak adalah, papa. Joonyoung cuma nak tengok kalau - kalau Yoon Oh ada datang" dalihnya cuba untuk menyedapkan hati.

Bagaimana harus dia jelaskan lagi ?

Dia tak mahu berkahwin tetapi dalam masa yang sama dia juga perlukan perkahwinan ini untuk menyenangkan hati ibu dan bapanya yang semakin surut dimamah usia. Mereka tak mampu menunggu lama lagi menjadikan Joonyoung harus segerakan impian satu itu.

Tetapi, siapa suaminya ?

Ya, memang dia Kang Yoon Oh namun Joonyoung berani bersumpah. Lelaki tersebut bagaikan orang asing yang dia pernah temui sekali saja sewaktu umurnya di ambang lima tahun.

Jujur dia katakan dia juga sangsi bagaimana Yoon Oh bersetuju untuk berkahwin dengannya sedangkan mereka langsung tidak pernah bersua.

"Aunty minta maaf ya Joonyoung. Aunty dah cakap dengan Yoon Oh pagi tadi. Dia kata malam ini dia berjumpa dengan kamu tak kira apa pun" pujuk Puan Kang menegangkan urat kepala Joonyoung sejenak.

Malam ini ? Maksudnya mereka akan berjumpa malam ini dimana malam pertama mereka sebagai suami isteri ?

Alahai, kenapa dia pilih malam ini ? Gerutu Joonyoung sendirian.

Takkanlah Yoon Oh tidak kekok dengannya. Sah, lelaki ini gila.

Oh tuhan, dia bakal berkahwin dengan orang gila !

Selepas beberapa minit termenung sendirian, akhirnya sebuah tandatangan diturunkan tepat bersebelahan dengan tandatangan bertanda nama Kang Yoon Oh. Kim Joon Young kini telah sah bergelar Kang Joon Young sekemudian pegawai pendaftaran mengesahkan borang mereka.

Keluarga Kim dan Kang kedua - duanya menyulam senyuman syukur dan bahagia berbalas pelukan. Hasrat mereka untuk berbesan telah berjalan lancar dan tercapai.

"Joonyoung" gadis itu berkalih.

Tangannya dirangkul lembut lalu ditarik mendekat ke pangkuan.

Puan Kang mengurut sayang jari - jemari halus mulus menantunya. Terasa sebak pula menyambut kehadiran ahli keluarga baru yang tidak dia sangka.

Sebentuk cincin bertatahkan berlian putih disarungkan ke jari manis Joonyoung.

"Terima kasih, ya sebab terima mama, papa dan Yoon Oh dalam hidup kamu"

TBC

𝗳𝗼𝗿𝗲𝘃𝗲𝗿 𝗼𝗻𝗹𝘆 | 𝗃𝗎𝗇𝗀 𝗃𝖺𝖾𝗁𝗒𝗎𝗇 (𝗰𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝘁𝗲𝗱)Where stories live. Discover now