𝗘𝗣𝟬𝟯 | 𝗵𝗮𝘁𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮

36 6 53
                                    

Tak senang duduk Joonyoung dibuatnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tak senang duduk Joonyoung dibuatnya.

Kali ini sudah termasuk kali kelima pintu biliknya diketuk oleh Puan Kim. Gadis itu bermundar - mandir di ruangan bilik. Jarinya berpeluh dingin ketakutan.

"Joonyoung, bukaklah pintu. Suami kamu ada dekat bawah tu ha. Jom turun" pujuk Puan Kim tanpa lelah.

Sama. Pujukan tersebut dibiarkan tanpa jawapan.

Bukan mahu menderhaka namun Joonyoung tak mampu untuk memberanikan diri berjumpa dengan lelaki yang sah menjadi suaminya walaupun tidak kenal antara satu sama lain.

Barulah menyusup masuk rasa menyesal dalam diri teringatkan kembali waktu dia menolak tawaran Tuan Kim untuk menangguhkan perkahwinan mereka ini.

Mengapa tidak dia bersetuju sahaja ?

Pintu sekali lagi diketuk membuatkan Joonyoung melompat kecil terkejut sewaktu menyusun baju di dalam beg galasnya.

Sedang bersiap - sedia untuk melarikan diri. Dia mengharapkan sebuah suara lembut memujuk tadi tetapi tubuhnya kaku apabila telinganya mendengar sesuatu yang berbeza.

"Sayang ?" sebuah suara garau memanggil di balik pintu.

Joonyoung menunding dirinya sendiri tidak percaya.

Sayang ? Lelaki mana pula yang beria nak panggil dia sayang ni ? Sedang ayahnya sendiri pun memanggilnya dengan nama Joonyoung.

"Sayang, ni saya. Yoon Oh"

Gadis itu menekup mulut yang hampir saja mahu menjerit nyaring kerana terkejut. Dia memegang tiang katil resah memikirkan manusia yang mahu dielaknya sejak petang tadi kini ada di depan pintu berhadapan dengannya.

Kakinya mengundur tatkala dia sedang cuba untuk menenangkan diri sendiri.

"Sayang, it's okay kalau awak tak nak buka pintu. I just want to have a talk" lembut suara garau yang menggetarkan Joonyoung tadi bertutur.

Mendengarkan kata - kata itu, barulah Joonyoung melepaskan tekupan mulutnya perlahan - lahan.

Beg galas di atas katil dicapai lalu dipeluk erat menanti apa kisah lanjut yang bakal ditempuhinya nanti.

Sebuah keluhan diterimanya.

"Sayang, awak mesti tengah kusut kan sekarang ni ?" sebuah soalan dilontar.

"Saya tahu apa yang awak tengah rasa sekarang. Rasa pelik dan kekok dengan saya yang tiba - tiba setuju je nak kahwin dengan awak walaupun kita tak pernah jumpa. Kemudian, petang ni saya pula muncul tanpa beritahu awak dulu"

Gadis itu diam memandang lantai. Melihat bayang besar di balik garisan bawah pintunya.

Mungkin saat ini Yoon Oh sedang menyalahkan dirinya sendiri atas apa yang telah terjadi.

Dia mendongak lagi saat mendengar sebuah tawa kecil di sebelah sana.

"Jujur saya cakap, saya betul - betul excited nak jumpa awak tadi. Nak peluk awak, genggam tnagan awak ucapkan terima kasih sebab sanggup terima saya seadanya. Tapi tak pula saya fikir yang awak sudah bersedia atau tak untuk pertemuan kita"

Riak Joonyoung jatuh suram mendadak.

Ah, ayat terakhir itu hampir saja membuatkan dia mahu berlari membuka pintu menidakkan kesalahan lelaki itu sendiri. Tapi dia tahan. Cuba mempertahankan rasa ego kecilnya.

Telefonnya berdering menambat kembali perhatian Joonyoung yang semakin dibuai arus simpati tadi.

Mesej dari Hyunjae menayatakan bahawa dia sudah tiba membuatkan gadis itu kembali nekad dengan rancangan asalnya.

Tak berfikir panjang, Joonyoung membawa beg galasnya ke beranda bilik bersedia untuk memanjat turun selepas Yoon Oh menamatkan perbualan mereka.

Beg galasnya dilontar ke bawah lalu dia memanjat turun menggunakan paip di sebelah dinding di balik kepekatan malam memikirkan Yoon Oh sudah menghilang pergi.

"Saya balik dulu, sayang. Terima kasih sebab sanggup terima saya, Kang Joon Young" kata - kata terakhir disampaikan walaupun kamar itu kini sudah kosong tanpa penghuni.

TBC

𝗳𝗼𝗿𝗲𝘃𝗲𝗿 𝗼𝗻𝗹𝘆 | 𝗃𝗎𝗇𝗀 𝗃𝖺𝖾𝗁𝗒𝗎𝗇 (𝗰𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝘁𝗲𝗱)Where stories live. Discover now