"My love, what size are you ?"
Joonyoung mendongak seraya mendengar nama panggilannya diseru. Dahi licin gadis itu berkerut cuba menangkap maksud persoalan lelaki dihadapannya.
Tangan yang sibuk membelek baju berhenti serta - merta apabila dia memfokuskan dirinya memandang Jaehyun yang jauh beberapa meter darinya.
"Huh, sorry ?"
"What size are you ? There. Over there" tanpa rasa segan silu, jari telunjuk yang runcing tersebut naik mencanak menunding ke arah dada.
Serentak Joonyoung menunduk memandang dadanya. Ada kotorankah ?
Eh, sekejap-
"Excuse me !!" tangan kecilnya menyilang dada sambil dia menghadiahkan sebuah jelingan teragung dengan rasa bentak di dalam jiwa.
Wajah manis Jaehyun yang sedang tertawa dicerca dengan anak mata. Dasar pervert !
Aduhai, kenapalah dia diculik dengan lelaki yang begini.
Rasa nak hempuk saja dengan penyangkut baju di tangan.
Bibirnya terkumat - kamit mencaci dalam diam. Jaehyun pula masih sedang asyik melayan tawanya.
"Aku tak boleh tanya ke ?" Jaehyun mula bercekak pinggang menaikkan keningnya nakal.
Seringai manis terukir di bibir memandang wajah merah milik Joonyoung.
"Ish, tak boleh ! Sibuk je nak tahu !" bentak Joonyoung sambil mengangkat kaki mahu menendang.
Tapi sayang, kakinya pendek. hanya mampu sampai ke lutut Jaehyun saja. Itu pun tak kena. Bertambah benci lagi setelah mendapat sebuah jeliran lidah sebagai balasan.
Joonyoung mengetap bibir.
"Nah, cuba baju ni" arah Jaehyun selepas puas ketawa.
Joonyoung mengangkat kening memandang sepasang dress off shoulder putih yang dihulurkan kepadanya. Dia memandang lelaki tersebut kembali buntu.
"Kenapa kena try baju macam ni pula ? Nak duduk rumah je kan ?"
Kalau baju sebegini bukan dikira mangsa culik sudah. Tiba - tiba jadi Rapunzel tak diundang di dalam villa itu.
Lamunannya semakin menjauh sedang dia membelek baju tadi dari atas hingga ke bawah. Masih belum menjumpai motif Jaehyun mahu menyuruhnya memakai pakaian begitu.
Jaehyun mengangkat bahu selamba.
"Saja. Aku nak tengok kau pakai baju macam ni. Lagipun bukan selalu kan ?" ucapnya.
Sangkanya bakal dibantah tetapi Joonyoung taat menurut. Huluran itu disambut dan gadis tersebut berjalan masuk ke dalam bilik persalinan ditemani beberapa orang staf yang membuntuti bersedia untuk membantu tetapi dihalang Joonyoung supaya mereka berdiri di luar sahaja.
Tak betah pula dia untuk menukar baju di hadapan orang asing. Lebih baik bersendiri.
Jaehyun tersenyum memikirkan ini adalah kali pertama Joonyoung mendengar permintaannya.
Bukankah ianya sesuatu yang baik ?
Tubuhnya duduk bersandar di sofa menunggu sambil dagunya ditongkatkan sewaktu dia termenung memandang langsir hitam kosong yang mengasingkan bilik persalinan dengan bilik VVIP tersebut. Nafas gembira dihelakan.
"Um, awak ?" suara manja Joonyoung kedengaran membuatkan lelaki itu tersentak.
Dia melihat isterinya yang sedang menyorok di balik langsir sambil cuba memanggil staf - staf di tepi.
Belum sempat mereka menghampiri, Jaehyun lebih pantas menyambut panggilannya. Joonyoung tergamam menyorokkan lagi tubuhnya lebih dalam di belakang langsir. Matanya menunduk memandang lantai.
"Kenapa ?" soal Jaehyun prihatin.
Tangannya mahu mencapai langsir namun pantas ditarik isterinya malu.
"Saya nak panggil staf tolong tarikkan zip belakang" bisik Joonyoung bermain - main dengan jari kecil. Masih setia merenung lantai marmar putih.
Kening Jaehyun terangkat kecil. "Oh, sini aku tolongkan"
Langsir diketap erat lagi menghalang dia untuk membukanya. Wajah Joonyoung merah padam serta anak matanya terjengil tajam.
"Tak boleh !" gertaknya.
"It's not like anything I haven't seen yet ?" Jaehyun cuba menegakkan alasannya membuatkan Joonyoung menjeling jengkel.
"Yes, you have seen nothing" balas gadis itu bongkak.
Tangannya panjang menjalar keluar menarik lengan seorang staf perempuan yang kebetulan berdiri di belakang Jaehyun.
Sebuah jeling amaran dihadiahkan menyuruh Jaehyun untuk kekal di mana dia berada.
"Let me see then, sayang. Saya pandai buka zip" laungnya selepas tertawa melihat raut serius Joonyoung.
"Jaehyun !!"
Jeritan itu menambahkan senyuman pemuda tersebut walaupun dia tahu itu adalah tanda untuk dirinya berhenti. Jaehyun ketawa lagi lalu berjalan kembali ke sofanya. Menunggu hadiah terindahnya untuk keluar dari bilik persalinan.
TBC
YOU ARE READING
𝗳𝗼𝗿𝗲𝘃𝗲𝗿 𝗼𝗻𝗹𝘆 | 𝗃𝗎𝗇𝗀 𝗃𝖺𝖾𝗁𝗒𝗎𝗇 (𝗰𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝘁𝗲𝗱)
Fiksi Penggemar"apa guna isteri kalau tak boleh cium ?" "isteri kontrak jaehyun. mind your boundaries" Dia yang sebenarnya merancang untuk melarikan diri daripada suaminya akhirnya terjatuh ke dalam jerat seorang lelaki yang dipanggil mafia. Namun, tak d...