𝗘𝗣𝟭𝟯 | 𝗮 𝗱𝗮𝘆 𝗵𝘂𝘀𝗯𝗮𝗻𝗱 & 𝘄𝗶𝗳𝗲

29 6 33
                                    

Dia menjengukkan kepala melalui celahan pintu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dia menjengukkan kepala melalui celahan pintu. Bunyi bising masakan dari tingkat bawah menarik perhatiannya. Tambahan lagi dengan haruman semerbak nasi goreng membuatkan perutnya berkeroncong hingga dia tak mampu berbaring di atas katil lagi untuk bermalas - malasan.

Sambil menutup pintu perlahan - lahan, Joonyoung mengintai melalui beranda tingkat atas.

Mata kecilnya menangkap bayang - seorang pekerja lelaki yang sedang bersenandung kecil menyusun sarapan pagi di atas meja. Api teruja mula menyala di dalam hati.

Pintu bilik seberang dijenguknya pula. Kalau dia tak silap, itu adalah kamar Jaehyun.

Seminggu. Hanya seminggu saja dia perlu mengelakkan diri dari Jaehyun kemudian perjanjian perkahwinan olok - olok mereka akan selesai tanpa dia perlu berbuat apa - apa.

Itu adalah rancangannya yang membuatkan dia bersetuju tempoh hari.

Untuk hari ini, dia perlu turun ke bawah dan curi bawa sarapan ke bilik, kemudian berkurung hingga Jaehyun keluar ke tempat kerjanya.

Kemudian dia akan bebas seketika dan petang nanti dia perlu menyorok semula di dalam bilik tanpa berjumpa dengan lelaki gila itu. Ah, sungguh mudah untuk dilaksanakan rancangan ini.

Joonyoung kaku di depan meja makan buntu untuk membuat apa. Nasi Goreng Kimchi yang berada di depan mata cukup mengiurkan hingga hampir membuatkan dia jatuh terduduk di situ juga.

"Selamat pagi, Puan Joonyoung"

Gadis tersebut tersentak.

Hadapannya berdiri seorang pemuda tampan tersenyum manis dari bibir ke mata sambil memegang sedulang air.

Joonyoung menunduk hormat malu sambil menjauhkan diri pinggir dari pekerja tersebut.

"Selamat pagi, Jaemin-sshi" ucapnya perlahan.

Sesudah meletakkan cawan dan teko tehnya, Jaemin mendongak mempelawa majikan keduanya itu untuk duduk.

"Duduklah, puan. Saya dah siap masak dah pun" tutur lelaki itu sopan.

Joonyoung masih lagi janggal dengan panggilan puan dan bersopan - santun ini menggigit bibir kemudian menggelengkan kepala pendek. "Erm, Jaemin" panggilnya dan Jaemin berpaling.

"Selepas ni awak tak perlu berpuan dengan saya. Awak boleh panggil saya noona kalau awak tak kisah"

Mujur Jaemin mengangguk membuatkan gadis itu tersengih kecil. Sangkanya Jaemin bakal menggeleng dan gelakkannya. Tetapi tidak.

Alahai, sudahlah punyai wajah yang kacak.

Baik dan sopan pula. Pandai memasak lagi. Dia bagaikan terpesona seketika.

Kenapalah bukan Jaemin yang menculiknya. Kalau tidak bukan hanya seminggu, seratus tahun pun dia sanggup.

"Good morning, sayang" sebuah suara gemersik berdendang di cuping telinga.

Joonyoung menjerit mahu melarikan diri kerana terkejut namun tangan kekar yang sudah lama bersedia di sisi pinggangnya pantas menarik dia berdiri tegak di samping tuan badan itu lagi.

Tubuh mereka bertemu dek momentum tarikan yang diberikan tadi membuatkan Joonyoung tanpa sengaja mendaratkan tangannya ke dada bidang di depan mata.

Iris hitam bundar membalas renungan kagetnya.

Senyuman sinis terbentuk sewaktu lelaki itu perlahan - lahan menurunkan pandangannya dari atas ke hidung lalu ke bibir mungil.

"Damn. You're so hot even though just in the morning" Jaehyun mengangkat kening.

Tersedar ke dunia realiti, Joonyoung menolak tubuh yang menghadangnya ke tepi buat melarikan diri. Tajam matanya menjengil memberi amaran.

"Saya cakap dah kan yang awak tak boleh sentuh saya selagi saya tak beri keizinan" ugutnya sedang Jaehyun bersandar malas ke dinding.

Senyuman senget yang sering menjengkelkan Joonyoung langsung tak pernah lekang dari wajah menambahkan rasa benci di dalam hati gadis tersebut.

Pinggan berisi nasi diangkat kemudian dia pantas memalingkan badan berjalan pergi. Jaehyun tertawa kecil bercekak pinggang.

"Sayang, nak pergi mana tu ?"

"Makan dalam bilik !"

"Oh, kita breakfast dalam bilik ke ?"

"Saya seorang sajalah !!"

Jeritan geram dari Joonyoung itu bagaikan ucapan selamat pagi buatnya. Sabar Jaehyun, banyak benda lagi yang kau boleh buat lepas balik kerja nanti.

TBC

𝗳𝗼𝗿𝗲𝘃𝗲𝗿 𝗼𝗻𝗹𝘆 | 𝗃𝗎𝗇𝗀 𝗃𝖺𝖾𝗁𝗒𝗎𝗇 (𝗰𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝘁𝗲𝗱)Where stories live. Discover now