"Joonyoung" Hyunjae terkaku sendiri melihat gadis itu kini sedang berdiri tegak di hadapannya.
Tuan Kang dan Tuan Kim yang sedang rancak berbual berhenti melihat kehadiran anak menantu mereka.
"Eh, Joonyoung. Kamu seorang saja ? Mana Yoon Oh ?" soal Tuan Kim meletakkan gelasnya ke atas meja.
Joonyoung tidak berkutik. Malah matanya berkaca memandang semua yang berada di laman itu satu persatu.
Jeno dan Jisung datang berdiri di belakang selepas majikan mereka tersebut berlari keluar sebentar tadi. Tak sempat untuk menghentikan.
Puan Kim dan Puan Kang muncul tersenyum - senyum.
"Hai, balik tak bagitahu kami pun. Kamu berdua ni. Pergi tak bagitahu, balik tak bagitahu. Kesian mak mentua kamu ni nak melayan tau" bebel Puan Kim memegang lengan besannya.
Puan Kang tertawa kecil menggeleng.
"Tak apalah, lagipun Yoon Oh sendiri cakap dia dan Joonyoung perlukan waktu. Kita biarkanlah mereka suami isteri" sambungnya.
Melihatkan Joonyoung yang masih berdiri tidak memberikan reaksi mengendurkan senyuman mereka masing - masing.
"Jadi, semua di sini kenal Jaehyun ?"
Puan dan Tuan Kim berbalas pandangan keliru. Siapa pula yang anak mereka sebutkan ini ?
"Jaehyun itu nama sebenar Yoon Oh sebelum kami ambil dia sebagai anak angkat. Jarang nak dengar orang panggil dia dengan nama tu" terang Puan Kang tenang.
Dia memandang Joonyoung di hadapannya. Bibirnya mengukirkan senyuman hangat.
"Joonyoung mesti istimewa sangat pada Yoon Oh sampaikan dia suruh kamu panggil dia dengan nama tu" pujinya bahagia.
Memang dari dulu lagi dia mengharapkan supaya Jaehyun tidak lupakan nama asalnya. Tak sangka pula dia suruh isterinya sendiri yang menggunakan nama itu.
Namun, Joonyoung tidak membalas. Dia kembalikan renungan tajamnya pada Hyunjae di hujung laman.
Baru dia mengerti.
Baru dia faham kenapa tiada seorang pun yang mencarinya selama ini. Kenapa dia tak dapat jumpa Hyunjae semalam. Kenapa Jaehyun seperti marah dengannya pada malam pertama mereka berjumpa.
"Jadi kau seorang sajalah ya yang bersubahat dengan benda bodoh ni ?"
Hyunjae menggeleng. Kedua belah tangannya diangkat takut.
"Joonyoung, kami tak bermaksud nak mempermainkan kau. Aku sendiri pun tak tahu yang dia tu Yoon Oh pada awalnya"
"Separuh mati aku risaukan kau, Hyunjae. Separuh mati aku teringatkan keluarga aku. Rupanya ini semua pembohongan je ?"
Joonyoung berpusing menghadap Jeno dan Jisung di belakangnya.
"Korang pun sama kan ? Sebahagian daripada rancangan ni ?" dia mengangkat kening dan mereka menundukkan kepala. Takut kerana tahu mereka salah bukan ?
"Joonyoung, sekejap. Apa ni ? Kamu okay ke, nak ?" Tuan Kang menyampuk.
Dia dan yang lain masih lagi cuba untuk memahami konteks situasi yang sedang berlaku.
"Anak uncle dan aunty, Kang Yoon Oh telah culik saya selama lima hari dengan identiti Jung Jaehyun atas ugutan yang dia jadikan Hyunjae sebagai tebusan" air mata kacanya mengalir.
Joonyoung menggepal baju menahan rasa marah.
"Tapi Yoon Oh kata dia cuma bawak kamu berjalan - jalan je ?" soal Puan Kang.
Tak dia sangka benda yang sebaliknya terjadi. Mampu dia bayangkan betapa takutnya Joonyoung pada waktu itu.
"Joon-joonyoung, mama minta maaf" Puan Kang cuba untuk memegang tangan menantunya namun dielak.
Air mata gadis itu diseka sendiri. Matanya merah menahan rasa yang bercampur - baur. Hatinya seperti keras dengan keluarga ini lagi
"Puan boleh cakap sendiri dengan anak lelaki puan. Saya tak nak masuk campur dah dengan semua ni" ucapnya terus pergi masuk ke dalam rumah meluru ke kamarnya.
Meninggalkan semuanya di bawah sana tak mahu menghadap muka lagi. Dia sudah penat dengan permainan ini.
TBC
YOU ARE READING
𝗳𝗼𝗿𝗲𝘃𝗲𝗿 𝗼𝗻𝗹𝘆 | 𝗃𝗎𝗇𝗀 𝗃𝖺𝖾𝗁𝗒𝗎𝗇 (𝗰𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝘁𝗲𝗱)
Fanfiction"apa guna isteri kalau tak boleh cium ?" "isteri kontrak jaehyun. mind your boundaries" Dia yang sebenarnya merancang untuk melarikan diri daripada suaminya akhirnya terjatuh ke dalam jerat seorang lelaki yang dipanggil mafia. Namun, tak d...