𝗘𝗣𝟮𝟭 | 𝘁𝗿𝗲𝗮𝘁 𝗹𝗶𝗸𝗲 𝗺𝘆 𝗾𝘂𝗲𝗲𝗻

22 6 33
                                    

"Cakap nak bawa pergi jumpa Hyunjae ?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Cakap nak bawa pergi jumpa Hyunjae ?"

Joonyoung mengerutkan dahi memandang bangunan besar di hadapannya.

Rasa teruja mahu melompat keluar dari perut kereta sudah hilang terbang dibawa angin. Kini kakinya keras kaku tidak mahu berganjak.

Jaehyun tidak menjawab.

Malah membuka pintunya meninggalkan Joonyoung berseorangan seketika.

Tak sampai beberapa detik berlalu, pintu sebelah dibuka mengundang gadis itu untuk mendongak jengukkan kepala melihat si tuan pembuka pintu.

"Jumpa Hyunjae malam ni. Sekarang kita beli baju dulu. Kau dah tak ada baju nak pakai kan ?" jejaka tersebut mengangkat kening.

Persoalan itu membiarkan Joonyoung kaku seketika berfikir.

Benar, baju - bajunya semua sudah busuk digunakan. Tambah - tambah lagi baju tidurnya. Sudahlah sepasang saja dibawa. Ya tuhan, pengotornya aku ni !

Eh, tapi bukan ada maid yang tolong basuhkan ?

"Baju kan boleh basuh ? Buat apa beli lagi ?" tepisnya.

Membazir saja belikan baju baru. Tambahan pula dia sebolehnya tak mahu ada benda kaitan langsung dengan Jaehyun selepas pulang nanti.

Jenuh menunggu Joonyoung mahu melangkah keluar dari perut kereta, Jaehyun menggulingkan anak mata.

Dia merehatkan tangan ke bumbung kenderaan itu lalu merendahkan tubuh merapati isterinya di kerusi penumpang. Kening kanan diangkat memberi amaran.

"Kau nak beli baju atau pakai baju aku je dekat rumah nanti ? Aku suka kau pakai baju aku lagi. Nampak macam kau, aku punya. Waktu tu aku tak boleh jamin yang kau akan selamat setiap malam"

Tergopoh - gopoh Joonyoung menolak Jaehyun untuk turun. Wajah kelatnya dipamerkan sepenuh hati tanda protes. Matanya menjeling menikam - nikam mengharapkan tubuh Jaehyun boleh terasa sakitnya tikaman matanya itu.

Jaehyun tenang mampir menghulurkan tangan.

"Let's hold our hands. Baru nampak sweet sikit" bisiknya.

Malas hendak melayan lagi, permintaan tersebut diturutkan saja.

Dengan hati yang panas, Joonyoung menyambut huluran itu dan menggenggamnya seketat yang boleh. Mengharapkan Jaehyun mengaduh sakit dan trauma untuk berpegangan tangan lagi.

Tetapi tidak. Jaehyun malah tersengih lebar menghayunkan tangan mereka berdua ke depan dan belakang teruja. Sama seperti anak kecil yang seronok permintaannya ditunaikan.

Joonyoung hanya mampu merengus sebagai rungutan. Kalau boleh mahu satu dunia mendengar rengusannya.

Pasangan itu kini melangkah masuk ke dalam bangunan.

Mahu jatuh dagu Joonyoung ternganga melihat barisan kedai - kedai yang dibuka di dalam pusat membeli - belah tersebut.

Berderet dan semuanya hanya memaparkan jenama - jenama tersohor yang selalu dia dengar di sosial media sahaja.

Lengan Jaehyun dibawa dekat meraih perhatian lelaki tersebut.

Kepalanya menunduk apabila Joonyoung berjengket mahu berbisik.

"Sini kedai mahal - mahallah. Kita jalan - jalan dekat Hongdae nak ? Sana banyak baju murah" tawarannya mendapat tawa kecil dari Jaehyun.

Langkah mereka berdua terhenti lalu Jaehyun memusing tubuh isterinya supaya wajah mereka bertatapan. Rambut panjang itu dielus lembut sambil dia menikmati raut resah gelisah milik Joonyoung di depan mata.

"Tapi baju dekat Hongdae pun mahal" ujarnya bergurau.

Kedua belah kening Joonyoung terangkat kaget. Kalau di Hongdae pun mahal makanya Jaehyun perlu sebuah tempat yang menawarkan harga lebih murah dari situ.

"Ah, pasar malam nak ? Mesti murah lagi"

Tak dia sangka sekali lagi pelawaannya mendapat tawa dari Jaehyun.

Rambutnya diusap, pipinya dielus manja. Mata Jaehyun mulai redup tapi pandangannya tidak sedingin dan sesinis selalu. Ianya penuh lembut dengan rasa kasih.

"Sayang, semua ni takkan ada masalah dengan duit. Don't worry, okay ?" tuturnya perlahan.

Joonyoung terlihat bingung masih cuba memproses kata - kata tadi.

Jaehyun senyum melarikan tangan turun melalui lengan ke telapak tangan pula. Tangan kecil itu diangkat dibawa ke bibir kemudian dikucup lama.

"I'm gonna treat you like a queen today so make sure to enjoy your day, my love"

TBC

𝗳𝗼𝗿𝗲𝘃𝗲𝗿 𝗼𝗻𝗹𝘆 | 𝗃𝗎𝗇𝗀 𝗃𝖺𝖾𝗁𝗒𝗎𝗇 (𝗰𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝘁𝗲𝗱)Where stories live. Discover now