"Hari kau kena culik tu aku ada ikut korang sampai ke villa. Tapi esok paginya pengawal Yoon Oh jumpa aku dan bawa aku ke sebuah tempat"
Perkataan sebuah tempat itu sudah menimbulkan rasa tidak enak di dalam hati Joonyoung. Keningnya terangkat kecil lalu Hyunjae menggeleng sambil mengangkat kedua belah tangannya.
"Lelaki tu bawak aku pergi makan. Aku tak tahu nama tempat tu tapi dia layan aku baik sangat, kau janganlah risau"
Gadis itu menggigit bibir saat Joonyoung menggulingkan anak matanya pula. Maklumlah, masih lagi dalam fasa rajuknya.
"Lepastu ? Macam mana dengan gambar kau kena culik tu ? Edit ?" soal Joonyoung tanpa berkalih.
Malas hendak beri peluang untuk Hyunjae merasakan bahawa dirinya sudah dimaafkan.
Hyunjae menggeleng lagi. "Pengawal tu cerita semua benda dekat aku. Tentang kau, Yoon Oh dan perkahwinan korang. Jadi, sebab tu aku setuju nak tolong dia. Aku sendiri yang tangkap gambar kena culik tu" ucapnya bermain jari kelingking.
Dari tepi Joonyoung mengetap gigi kegeraman. Rasa membara betul panas api marah di dalam hati. Mahu saja dia menjerit hingga pekak telinga gadis kecil tersebut.
Namun tangannya lebih lincah menarik telinga Hyunjae yang elok diselitkan dengan rambut ikal.
"Ey, geramnya aku dengan kau ni. Senang - senang je eh nak percaya cakap orang ? Macam mana kalau pengawal tu jahat ? Macam mana kalau Jaehyun tu jahat ? Otak tu jangan nak naif sangat boleh tak" bebelnya panjang.
Kepala Hyunjae ikut menyenget ke tepi dimana telinganya ditarik panjang. Sambil itu bibirnya tak habis habis mendesis sakit.
"Adeh, mana ada naif ! Pengawal tu baik je ! Belanja aku makan lagi. Sakitlah !" dia memegang tangan yang sedang menghukumnya berharap agar kesakitan itu berkurangan.
Masih tidak dilepaskan malah Joonyoung sempat memulas telinga merah Hyunjae hingga puas rasa di hati. Matanya masih tajam menjeling apabila gadis itu merungut kecil sambil menggosok telinga.
Rasa berdenyut - denyut kena tarik.
"Ha ! Merungut ! Nak aku tarik telinga kanan tu pula ke ?" ugutnya mengacah untuk mencapai telinga sebelah kanan pula.
Hyunjae pantas menutup mulut kemudian menekup kedua belah telinganya dengan tangan. Bibirnya dimuncungkan panjang.
"Kau marahkan aku lagi ke ?" jarinya mencuit paha bersila Joonnyoung.
Sengaja dia manjakan wajah saat dijeling. Pujuk selagi boleh.
Seperti yang disangka, raut tegang di muka sepupunya sedikit kendur dari awal tadi. Gadis itu mendekatkan diri sambil bermain dengan tangan jari - jari cantik milik Joonyoung.
"Yoon Oh ada datang tadi lepas mak mentua kau telefon dia. Dia kena marah teruk gila dengan diorang. Aunty dan uncle suruh dia naik atas pujuk kau, datang minta maaf tapi ayah mentua kau tak bagi. Dia siap tampar Yoon Oh lagi tau. Kesian aku tengok dia tadi. Merah sangat. Tak tahu dia tengah marah, malu atau sedih"
Cerita itu berjaya membuatkan Joonyoung mendongak. "Dia kena tampar ?"
Hyunjae mengangguk. Tangannya memegang pipi kiri. "Kena tampar dekat sini. Lepastu kan, aku tengok Yoon Oh tu macam tak sihat je. Dia memang macam tu ke ?" petah gadis itu berbicara setelah mendapat reaksi.
"Dia demam" jawab Joonyoung perlahan teringatkan kembali apa yang diperkatakan Jisung pagi tadi.
"After all I'm still a mere stranger in that household"
Kata - kata itu bagai terngiang - ngiang kembali. Pasti sakit dimarahi manusia yang kau sangat percaya dan sayang saat kau tiada siapa di dalam dunia ini.
Dia masih rasakan Tuan dan Puan Kang sebagai orang luar dalam hidupnya. Dia sendirian, dia keseorangan.
"Jaehyun ada mana sekarang ?" Joonyoung memperbetulkan duduknya berhadapan dengan Hyunjae.
"Dah balik. Aunty dan uncle suruh family diorang balik dulu sementara nak tunggu marah kau reda" sekali lagi gadis itu terdiam.
Jaehyun susah dipujuk kalau sakit. Jadi, adakah lelaki itu akan lupa pada ubatnya ? Puan Kang akan rawat Jaehyun walaupun dia masih marah bukan ?
Jaehyun, Jaehyun, Jaehyun !
Agh ! Jung Jaehyun ! Kenapa kau perlu muncul dalam hidup aku ?
TBC
YOU ARE READING
𝗳𝗼𝗿𝗲𝘃𝗲𝗿 𝗼𝗻𝗹𝘆 | 𝗃𝗎𝗇𝗀 𝗃𝖺𝖾𝗁𝗒𝗎𝗇 (𝗰𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝘁𝗲𝗱)
Fanfic"apa guna isteri kalau tak boleh cium ?" "isteri kontrak jaehyun. mind your boundaries" Dia yang sebenarnya merancang untuk melarikan diri daripada suaminya akhirnya terjatuh ke dalam jerat seorang lelaki yang dipanggil mafia. Namun, tak d...