Tenang Joonyoung menyelak novelnya di laman rumah. Gazebo kerdil hadiah ayahnya pada ibu tercinta menjadi tempat persinggahan kegemarannya semenjak dia pulang dari rumah.
Cahaya mentari tengah hari sedikit samar - samar menyentuh menambahkan rasa hangat suam pada gadis itu. Bibir mungil tersebut mengukirkan senyuman saat membaca adegan yang mendebarkan dari novel di tangannya sendiri.
"Joonyoung" panggil ibunya manis.
"Eung~" jawabnya manja tanpa berpaling. Masih sayang mahu melepaskan novel kesayangannya itu.
Puan Kim kemudian muncul menatang dulang berisi mangkuk dan gelas putih. Dia tersenyum senang melihat anak perempuannya yang masih melekat di gazebo sejak pagi tadi lagi. Langkahnya diaturkan ringan ke laman.
"Sudah - sudahlah baca novel kamu tu sayang. Tak pening kepala ke tenung buku lama - lama ?" bebelnya seakan jengkel padahal dia sendiri senang melihat perubahan pada anaknya itu sendiri.
Joonyoung mengangkat kepala tertawa. Dia menyambut dulang yang dibawa ibunya lalu diletakkan di hadapan duduk silanya.
"Tak. Lagi pening bila tengok mama bawak makanan dekat June sepanjang masa. Memang nak June gemuk ke apa ni ?" dia menjuihkan mulut kononnya merajuk.
Mendengarkan komen itu, Puan Kim mengangkat keningnya.
"Eh, ke situ pula fikirnya. Macamlah mama tak tahu, kamu kalau dah mula membaca memang sampai ke penghujung novel tak makan"
Memang sudah jadi tabiat anak satunya kalau dah mula bermukadimah dengan novel, satu apa pun tak berjalan. Tunggu sajalah sampai ke penamat kisah, barulah mahu makan dan buat kerja lain.
Joonyoung hanya gelak mengiyakan tabiat buruknya.
"Mama dengan papa nak pergi ke rumah Aunty Yoon tau. Anak perempuan dia baru je bersalin. Kamu nak ikut ?" pujuk Puan Kim dalam agendanya mahu membawa gadis itu keluar rumah.
Tetapi seperti yang dia jangka, Joonyoung menggeleng. Dia tahu seceria mana pun Joonyoung pada mereka, di lubuk hati anaknya masih segar lagi luka yang tergores.
Tapi tak mengapa, ambillah banyak masa yang dia mahu. Puan dan Tuan Kim akan setia menyokongnya.
"Okay, mama pergi dulu ya sayang" tuturnya sebelum menghadiahkan sebuah kucupan pada dahi anaknya.
Joonyoung melambai wanita itu pergi lalu menyambung membaca.
Langsung tidak merasa menyesal dengan keputusannya.
"Kim Joonyoung !!!" mendayu - dayu jeritan yang tiba dari pintu depan.
Gadis yang dipanggil itu menggulingkan anak matanya. Novel di tangan ditutup. Bersedia menerima tetamu yang selalu sangat melekat di rumah itu.
"June ! Joonyoung ! Junnie ! June-ah~" Hyunjae muncul menari - nari sambil membawa sebungkus plastik. Mukanya ceria sambil menggoyangkan punggung teruja.
"Chicken ! Aku bawa chicken ! Jom makan chicken !" bungkusan tersebut diletakkan di atas lantai gazebo.
"Kau makanlah, aku ada bubur ni" Joonyoung menunjukkan buburnya yang masih belum disentuh lagi.
Hyunjae menjenguk lalu mengerutkan hidung.
"Ey, apa makan bubur ni. Kau bukan nak mati lagi" pipi gebunya dicubit dan ditarik.
"Yang masak ni makcik kau tau. Jangan nak mengutuk sangat. Kau tu tahu makan ayam goreng saja. Tak sihat tahu tak ?" bebel Joonyoung mengetap gigi.
Hyunjae menjerit mengaduh sakit sambil menggosok pipi sedih. Bukan senang nak kumpul lemak ni.
"Sakitlah ! Sampai hati kau cubit pipi aku. Aku tak nak dah hantar ubat dekat Yoon Oh untuk kau !"
Pantas mulut becok itu ditekup kuat oleh Joonyoung. Anak matanya menggeletar ketakutan melihat kiri kanan kalau - kalau bayang Puan dan Tuan Kim masih ada di perkarangan rumah.
Mujur tiada siapa di situ membuatkan dia mengeluh lega sebelum melepaskan tekupan tadi.
Bibir merahnya diketap geram sambil menghadiahkan sebuah jelingan pada Hyunjae.
"Cakap lagi benda tu, aku sumbat tulang ayam dalam mulut kau" ugutnya mengetap gigi.
Laju Hyunjae menggeleng takut.
TBC
YOU ARE READING
𝗳𝗼𝗿𝗲𝘃𝗲𝗿 𝗼𝗻𝗹𝘆 | 𝗃𝗎𝗇𝗀 𝗃𝖺𝖾𝗁𝗒𝗎𝗇 (𝗰𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝘁𝗲𝗱)
Fanfiction"apa guna isteri kalau tak boleh cium ?" "isteri kontrak jaehyun. mind your boundaries" Dia yang sebenarnya merancang untuk melarikan diri daripada suaminya akhirnya terjatuh ke dalam jerat seorang lelaki yang dipanggil mafia. Namun, tak d...