Bantal kosong disebelahnya ditenung tajam. Kalau boleh keluar laser dari anak mata, memang sudah terbakar hangus bantal hotel ini malam itu juga. Joonyoung merengus kasar sebelum menghempaskan kepalanya kembali ke atas katil.
Jam di telefon dikerling malas. 2:45 pagi.
Lampu kecil menyala di meja kerja yang disediakan di hujung ruangan suite hotel dipandang dari jauh. Terlihat sebuah tubuh yang duduk sejak tiga jam yang lalu masih tidak berganjak dan sibuk menyelak helaian demi helaian dokumen.
Rambut yang lembab kini sudah hampir kering walaupun tidak disembur hair blower selepas mandi tadi. Bibir Joonyoung mulai muncung.
Siapa saja yang bawa kerjanya sewaktu berbulan madu ?
Jung Jaehyun. Lelaki yang 'gila kerja' itu langsung tak berkalih sedikit pun padanya yang terbaring di atas katil ini. Entah kertas tu lagi seksi daripada dia mungkin ?
Jari runcing menongkat wajah. Direnung suami tercintanya lama sambil memikirkan cara untuk bawa lelaki itu berehat.
Tak penat ke berjam - jam dengan kerja ? Dia yang tengok pun dah rasa nak mati dah ni.
"Sayang~" panggilnya mendayu.
"Yes, my love" jawab Jaehyun tapi masih tidak mengangkat kepala.
Joonyoung tak menyerah kalah. "Sayang, banyak lagi ke kerja awak ?" soalnya manja.
Kali ini Jaehyun mendongak, tapi tidak berkutik dari kerusinya. "Eung, banyak. Awak tidurlah dulu. Kenapa tak tidur lagi ?"
"Haih, nak tidur macam mana. Teddy bear saya jauh dekat sana tu ha" rengeknya menunding ke arah Jaehyun sendiri.
Tindakannya itu membuatkan Jaehyun tertawa tersenyum - senyum. Lengkuk lesung pipinya semakin mendalam saat dia meraup wajah malu.
Hai, sejak bila isterinya pandai bermanja pula ni.
Lama dia mendiamkan diri, akhirnya kerusi itu ditolak kebelakang. Kepalanya dianggukkan dua kali memanggil Joonyoung untuk datang mendekat.
Gembira kerana diberi perhatian kini berlari anak Joonyoung ke pangkuan suaminya. Gadis itu ketawa mengekek sewaktu di ditarik ke dalam pelukan Jaehyun yang masih duduk di kerusi. Sangkanya mahu bermanja seketika sebelum dia tidur.
Sengihan Joonyoung mula berhenti saat terasa tangan kekar itu semakin galak menjalar di badannya. Oh, tidak !
Danger ! Danger !
Laju dia menarik tubuhnya berdiri tegak jauh dari rangkulan merbahaya itu. Ini kalau dilayan, bukan Jaehyun sahaja. Mungkin dia juga tak tidur sepanjang malam.
Mata Jaehyun redup menggoda merenung setiap lekuk tubuh isterinya yang hanya memakai string dress kelabu.
Erat dia memegang lengan kecil yang berkali - kali cuba direntap untuk melarikan diri.
"Awak cakap awak nak teddy bear awak ?" bisiknya setelah berjaya menarik Joonyoung hingga terduduk di atas riba.
Panik. Joonyoung mengalihkan wajah.
"Saya nak ajak peluk je, awak jangan nak melebih. Esok awak dah janji nak bawa saya pergi island hopping. Nanti kalau bangun lambat, tak kemana kita" dia cuba mencipta alasan.
Nafas Jaehyun semakin terasa di rengkuk leher membuatkannya memejamkan mata erat.
"Hm, baguslah kalau kita tak kemana. Saya pun penat melayan permintaan awak je. Nak awak pula yang layan saya"
Rambut yang mengurai menutupi bahu Joonyoung diselak lembut mendedahkan kulit putihnya.
"Boleh kan sayang ? Kita tak tidur malam ni ?"
Terasa geseran hidung mancung Jaehyun dengan kulitnya mahu membuatkan Joonyoung menjerit melarikan diri.
Ding ! Dong !
"Sir, Madam. Room service !" panggil pelayan hotel sopan setelah menekan loceng di luar pintu.
Joonyoung mengambil kesempatan itu untuk bangun dan berdiri menjauh. Terlupa pula dia ada order room service setengah jam yang lalu selepas penat tak dipandang Jaehyun.
"Sayang, awak buatlah kerja tu. Saya makan dulu lepastu tidur. Awak jangan risau" ucapnya berlari ke pintu.
Jaehyun menyulam senyuman kecil menggeleng. Ada - ada saja isterinya ini.
Menyakat sikit, terus merah membahang mukanya. Comel !
Fail yang belum siap lagi diperiksa ditutupnya rapat. Cermin mata di wajah ditanggalkan lalu akhirnya dia bangun.
"Sayang, nak makan sekali" dia melangkah ke ruang makan.
Joonyoung yang sibuk menyusun pinggan di atas meja makan berpaling tersenyum.
"Awak nak makan apa ?" soalnya memandang Jaehyun yang sedang berjalan kearahnya.
"Awak" tuturnya kemudian mengejar Joonyoung yang berlari menyelamatkan diri sambil ketawa mengekek dan menjerit malu.
The End
YOU ARE READING
𝗳𝗼𝗿𝗲𝘃𝗲𝗿 𝗼𝗻𝗹𝘆 | 𝗃𝗎𝗇𝗀 𝗃𝖺𝖾𝗁𝗒𝗎𝗇 (𝗰𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝘁𝗲𝗱)
Fanfiction"apa guna isteri kalau tak boleh cium ?" "isteri kontrak jaehyun. mind your boundaries" Dia yang sebenarnya merancang untuk melarikan diri daripada suaminya akhirnya terjatuh ke dalam jerat seorang lelaki yang dipanggil mafia. Namun, tak d...