Joonyoung termenung sendiri memandang ke luar jendela.
Tiada apa yang menarik perhatiannya namun gadis ini seperti tidak berkelip merenung tanpa bersuara sekali pun. Tubuhnya bersandar ke kerusi kereta tetapi dia tidak melelapkan mata.
"Puan okay ?" tegur Jeno si pemandu. Jisung yang duduk di sebelah berkalih ke belakang khuatir.
"Noona demam ke ? Noona nak muntah ? Noona batuk ?" soalnya bertalu - talu.
Senyuman nipis Joonyoung muncul tanpa sengaja mendengarkan reaksi itu. Dia menggeleng sambil tertawa kecil.
Tangannya meraup wajah selepas tersedar bahawa dia terlalu lama mengelamun hingga tak sedar dirinya diperhatikan.
"Tak adalah. Saya okay. Kenapa awak tanya macam tu ?"
Jeno memandang melalui pantulan cermin belakang kereta. Dia mahu membuka mulut namun seketika kemudian pemuda itu menutup mulutnya kembali menggeleng. Seakan menyimpan rahsia terbesar.
"Jaehyun hyung demam. Jadi kami risau noona pun demam sekali sebab semalam kan noona tidur dengan Jaehyun hyung" ucapnya tanpa sedar Joonyoung sedang mengalihkan wajahnya malu.
Jadi, satu rumah tahu yang dia tidur dengan Jaehyun malam semalam ?
"Demam ? Tapi dia pergi kerja kan ?"
Jisung mengangguk. "Eung. Jaehyun hyung tu workaholic. Kalau sekali dia demam, satu dunia pening kepala nak suruh dia rehat. Degil sangat. Tapi saya rasa noona mesti boleh pujuk dia. Dia kan sayang noona"
Gadis itu terdiam. Teringat kembali kata - kata akhir Jaehyun sebelum meninggalkannya di villa tersebut.
Jaehyun cintakan dia. Lelaki tersebut meminta peluang darinya. Tapi bagaimana dengan statusnya sebagai isteri orang ?
Tambahan lagi, hubungan dia dengan Jaehyun pada awalnya hanyalah di atas kertas sahaja.
"Eoh, ini . . ." lamunan Joonyoung tersentak selepas terlihat sebuah persimpangan yang sangat tidak asing buatnya.
"Jeno, boleh kita lalu simpang sini ?" tanya dia meminta izin.
Tanpa banyak soal, Jeno terus membelokkan kereta dan kini mereka sedang menyelusuri sebuah taman perumahan yang dihiasi dengan banglo besar di kiri dan kanannya. Joonyoung diam kembali ke dunia awangan. Dia menongkat dagu ke tingkap.
Ah, sudah lama tidak ke sini. Jujur dia rindu.
"Berhenti di sini sekejap. Di tepi sini" arahnya sekali lagi menyuruh pemandu itu memakirkan kereta di tepi halaman sebuah rumah banglo yang megah berdiri.
Joonyoung melepaskan keluhan kecil. Lima hari sudah berlalu dan perjanjian dia dengan Jaehyun hanyalah tinggal baki sebanyak dua hari saja lagi. Selepas itu menurut kontrak mereka, dia akan dipulangkan semula dengan selamat bersama - sama Hyunjae.
"Noona, ini . . " Jisung membiarkan persoalannya tergantung.
Gadis cantik tersebut mengangguk perlahan.
"Rumah noona, Jisung. Rumah eomma dan appa noona" senyuman kecilnya terkuntum.
Laman hijau terbentang luas itu sungguh menggamit memori. Alangkah bagusnya jika dia mampu buka pintu sekarang dan berlari ke dalam pelukan orang tuanya ?
Tapi tidak.
Dia harus kotakan janjinya pada Jaehyun. Untuk keselamatannya dan juga Hyunjae.
"Puan Kim oi, cepatlah sikit. Besan awak dah lapar ni !" laungan suara ayahnya bergema membuatkan Joonyoung lebih mendekat dengan cermin tingkap.
Terlihat bayangan pasangan bahagia itu sedang tersengih - sengih membawa mangkuk berisi makanan ke meja hiasan di laman.
Senyuman Joonyoung kendur.
Mengapa mereka sedang bergembira seperti tiada apa - apa yang berlaku ?
"Tak perlulah nak gesa isteri awak tu. Dia sibuk bersembang dengan isteri saya dekat sana. Lambat lagi nak keluar gamaknya" Tuan Kang datang membawa pinggan mangkuk.
Dia dan Tuan Kim tertawa teringatkan perangai serupa isteri mereka.
Jauh dari situ seorang gadis sedang menggelengkan kepala seakan tidak dapat menerima kenyataan.
Bukankah keluarga mereka sepatutnya bermusuhan sekarang ini selepas dia larikan diri dari rumah ?
"Puan, kita perlu balik sekarang" gesa Jeno melihatkan keadaan terkini.
Baru Joonyoung membuka mulut, jeritan seseorang menarik minatnya.
"Uncle !! Saya bawak buah anggur !"
Joonyoung berkalih.
Berkalih memandang Hyunjae yang sedang melompat - lompat senang hati ke arah bapa saudaranya.
Apa semua ini ? Apa yang terjadi ?
TBC
YOU ARE READING
𝗳𝗼𝗿𝗲𝘃𝗲𝗿 𝗼𝗻𝗹𝘆 | 𝗃𝗎𝗇𝗀 𝗃𝖺𝖾𝗁𝗒𝗎𝗇 (𝗰𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝘁𝗲𝗱)
Fanfic"apa guna isteri kalau tak boleh cium ?" "isteri kontrak jaehyun. mind your boundaries" Dia yang sebenarnya merancang untuk melarikan diri daripada suaminya akhirnya terjatuh ke dalam jerat seorang lelaki yang dipanggil mafia. Namun, tak d...