Bunyi desiran air menimpa lantai dari bilik mandi kembali mengejutkan Joonyoung ke dunia nyata.
Matanya cuba dicelikkan walaupun cahaya mentari sudah terang - terang menerobos masuk melalui celahan langsir putih.
Tangannya menggagau ke kain duvet di sebelah kanan mencari suaminya tetapi kosong.
Dengan malasnya gadis itu bangun duduk bersila di atas katil besar di tengah - tengah kamar tersebut. Sengihan lebarnya terpalit di wajah teringatkan malamnya bersama Jaehyun di situ semalam.
Siapa sangka mereka berpelukan di atas katil lama hingga tertidur ke pagi ?
Senyuman tersebut hanya seketika saat telefon bimbitnya berdering.
"Hello ?" jawab Joonyoung tanpa melihat nama pemanggil.
Jari runcingnya ralik bermain - main dengan bantal yang dikongsi mereka berdua.
"Amboi, anak mama ni. Pukul sepuluh dah kamu tak nak turun lagi ke ?" pekikan suara Puan Kim pantas membuatkan Joonyoung tergadah.
"Eh, mama dekat mana ? Mama dekat rumah Jaehyun ?" kelam kabut dia turun dari katil mencari selipar rumah.
"Iyalah, mama balik rumah semalam kamu tak ada. Rupanya pergi cari encik suami ya. Rindu sangatlah tu" sempat wanita itu menyakat di hujung talian.
Terdengar kekekan tawa dari tepi membuatkan Joonyoung sedar panggilan itu bukan hanya antara mereka berdua saja untuk didengari.
Bunyi pintu bilik mandi ditutup pantas membuatkan gadis itu berpusing ke belakang.
"Kyah ! Awak, pakailah baju dulu !" jeritnya mentutup mata setelah disapa Jaehyun yang hanya bertuala separas pinggang.
Jaehyun mengerutkan dahi. Baru keluar mandi, mestilah tak berbaju.
"Oh, kamu dengan Yoon Oh ada 'hal' ke ? Tak apalah. Mama dengan papa tunggu dekat bawah. Ambil masa kamu berdua tau" belum sempat Joonyoung membantah, panggilan ditamatkan.
Gadis itu terdiam memandang telefon bimbitnya.
Oh, tuhan. Macam manalah dia nak turun menghadap muka papa dan mama nanti.
"Siapa call ?" soal Jaehyun serentak membuatkan Joonyoung mendongak.
"Mama- tsk. Jaehyun, pakai baju dulu please. Tak malu ke ?" laju saja gadis itu menutup mata.
Jaehyun tertawa sinis sebelum mendekati isterinya perlahan - lahan. "Kenapa nak malu ? Macamlah awak tak pernah tengok badan saya-
Pantas mulutnya ditekup rapi. Joonyoung menjengilkan anak mata memberi amaran. Bibirnya diketap geram melihat wajah kemenangan Jaehyun sendiri.
Sebuah jeritan kecil sekali lagi terlepas daripada bibir saat tubuh mereka berdua terjatuh ke atas katil ditolak Jaehyun sendiri.
Joonyoung cuba menolak tetapi kedua belah tangannya ditangkap Jaehyun sekali cuba sahaja.
Lama Jaehyun merenung menimbulkan rasa malu pada Joonyoung hinggakan gadis tersebut terpaksa memalingkan wajah yang mula merona merah.
"Cantiknya isteri Jaehyun" bisik lelaki itu sendiri mendapat perhatian Joonyoung semula.
Sifat nakal mulai muncul membuatkan Joonyoung mengangkat kening bongkak. "Baru tahu ?" ejeknya menjelirkan lidah.
Jaehyun tersenyum sumbing. Melihatkan rsut nakal gadis tersebut membuatkan dia mahu ikut bermain bersama.
"Does she taste good too ?" kening diangkat.
Joonyoung mengerutkan dahi sambil menyorokkan bibirnya. "Nope, dia masam sebab tak mandi lagi" hatinya geli ketawa mengekek.
"Really ? Baguslah, saya suka masam - masam ni"
Gelak tawa Joonyoung semakin menjadi - jadi selepas terasa geli di pinggangnya kerana digeletek Jaehyun. Terbentuk air mata di tubir menahan tawanya sendiri. Dia memeluk lengan Jaehyun manja sambil melarikan wajah.
"Jaehyun, stop. Gelilah" terpejam matanya kerana tawa tanpa henti.
Sebuah kucupan di dahi menemukan pandangan mata mereka kembali. Sekali lagi bibir lelaki itu mendarat di dahi Joonyoung lebih lama.
"Thank you, sayang. For being here" bisik Jaehyun merehatkan dahinya pada bahu kecil tersebut. Joonyoung mengelus lembut rambut pendek yang sedang bermain di lehernya.
"Thank you also. For loving me" ucapnya sebelum mengeratkan pelukan mereka.
TBC
YOU ARE READING
𝗳𝗼𝗿𝗲𝘃𝗲𝗿 𝗼𝗻𝗹𝘆 | 𝗃𝗎𝗇𝗀 𝗃𝖺𝖾𝗁𝗒𝗎𝗇 (𝗰𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝘁𝗲𝗱)
Fanfiction"apa guna isteri kalau tak boleh cium ?" "isteri kontrak jaehyun. mind your boundaries" Dia yang sebenarnya merancang untuk melarikan diri daripada suaminya akhirnya terjatuh ke dalam jerat seorang lelaki yang dipanggil mafia. Namun, tak d...