Semangkuk air dimasukkan ke dalam periuk. Kemudian dikecilkan api dapurnya supaya rata - rata air yang dimasukkan mendidih dengan baik. Tangan Joonyoung lantas mencapai senduk mengacau kuahnya.
"Ha, nampak tu ? Macam dah nak jadi kan ? Mama dah kata, menantu mama ni memang pandai memasak" puji Puan Kang sambil menggeselkan bahunya pada Joonyoung manja.
Gadis itu tersengih kecil malu. Berkat bantuan mertuanya juga resepi ini menjadi. Kalau tidak, menggelebah dirinya mahu menyelesaikan hal memasak ini seorang diri.
"Mama ! Kan Yoon Oh cakap Yoon Oh nak isteri Yoon Oh petang ni. Suka hati je mama culik dia !" tiba - tiba Jaehyun datang dengan wajah separa masam.
Jonyoung mengangkat kening lalu memandang ibu mertuanya.
Ingat dia barang nak main cop macam tu je ?
"Eh, suka hati mamalah. Ini menantu mama. Kamu tu tak ada kerja ke nak berkepit dengan isteri kamu 24 jam ?" jeling Puan Kang.
Hai, emaknya pun sama ?
"Tak kira, Yoon Oh nak isteri Yoon Oh balik" tangan Joonyoung kini dipegang kemas.
Puan Kang mencebik lalu bercekak pinggang seperti mengalah membuatkan Joonyoung membundarkan anak mata.
Lauk yang dimasaknya pun belum sudah lagi. Lagipun biar benar Jaehyun mahu mengambilnya macam barang ?
Tangan Jaehyun ditepis lembut meraih jelingan tajam dari suaminya itu. "Sekejaplah awak. Saya nak tunggu sup ni mendidih je" pujuknya.
Tak makan dek pujukan, tubuh Joonyoung terus dicempung di depan Puan Kang sendiri. Gadis itu menjerit malu sambil menampar - nampar bahu keras Jaehyun berkali - kali menyuruh lelaki tersebut menurunkannya.
Bertambah merah malu lagi Joonyoung saat Tuan Kang berjalan melepasi mereka sebelum mengerutkan dahi kaget.
"Yoon Oh ! Kamu jangan nak buat bukan - bukan dengan isteri kamu. Kesian dia penat melayan perangai gila kamu tu !" marahnya walaupun Jaehyun semakin menjauh.
Joonyoung pantas menekup wajah yang semakin panas. Jaehyun pula ketawa mengekek melihat reaksi malu isterinya.
Namun itu tak menghentikan langkah kakinya ke hujung balkoni rumah.
"Ey, awak ni kenapa ? Tak malu ke dengan mama dan papa ? Saya tak sukalah awak buat macam ni !" marah Joonyoung sejenak diturunkan.
Rasa menyampah dan meluat semakin membuak - buak di dalam hati.
Bagai kanak - kanak tak cukup umur saja perangai Jaehyun sejak menjak ini.
Melihatkan Jaehyun sedang ketawa mengekek membuatkan dia semakin benci. Penumbuk kecilnya dilayangkan ke dada lelaki tersebut walaupun tak memberi kesan.
"Awak dengar tak apa yang saya cakap-
Kata - katanya terhenti saat Jaehyun melutut sebelah kaki di atas lantai.
Sebuah kotak baldu dibawa keluar dari poket seluarnya menambahkan lagi rasa debar pada Joonyoung.
"Jaehyun. . ."
"Saya tahu kita dah bersama di hari awak maafkan saya lagi. Saya gembira dengan apa yang kita ada sekarang ni tapi . ." kotak cincin dibuka mempersembahkan sebentuk cincin permata bersinar.
"Kim Joonyoung anak kecil yang pernah curi hati saya waktu kecil. Kim Jooyoung gadis yang buatkan saya jatuh cinta sewaktu kita bertemu di malam pengantin kita dan Kim Joonyoung isteri saya yang sah, will you be my bride on my wedding day ?"
Hampir terduduk lemah Joonyoung kerana sebuah persoalan yang sungguh tak dijangkanya.
Tak sangka Jaehyun masih mahu meneruskan majlis perkahwinan mereka walaupun pernah dirosakkannya dulu.
Perlahan - lahan matanya berkaca dan dia mengangguk sambil menahan senyuman.
"Yes, I do"
TBC
YOU ARE READING
𝗳𝗼𝗿𝗲𝘃𝗲𝗿 𝗼𝗻𝗹𝘆 | 𝗃𝗎𝗇𝗀 𝗃𝖺𝖾𝗁𝗒𝗎𝗇 (𝗰𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝘁𝗲𝗱)
Fanfiction"apa guna isteri kalau tak boleh cium ?" "isteri kontrak jaehyun. mind your boundaries" Dia yang sebenarnya merancang untuk melarikan diri daripada suaminya akhirnya terjatuh ke dalam jerat seorang lelaki yang dipanggil mafia. Namun, tak d...