𝗘𝗣𝟮𝟴 | 𝗳𝗶𝗸𝗶𝗿𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗼𝗮𝗹 𝗱𝗶𝗿𝗶𝗻𝘆𝗮

16 4 0
                                    

Lama dia menunggu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lama dia menunggu. Masih tiada jawapan. Hinggalah hampir genap sepuluh minit berlalu, baru pintu biliknya diketuk. Jaehyun berjalan pantas ke sana dengan langkah yang ringan.

"Nah" hulur Mark malas.

Kain yang dipegangnya disambut pantas. Senyuman Jaehyun kendur tatkala melihat sepasang seluar sutera hitam di tangannya.

"Mana baju ?" dia menyoal keliru. Takkanlah kena mintak lagi sekali ?

Mark menggulingkan anak mata. "Puas aku cakap dari tadi, dia tak nak bagi. Dia berkeras juga nak pakai baju tu untuk tidur. Seluarnya tak muat, jadi sebab tu dia bagi dekat kau" terangnya dalam nada jengkel.

"Wait, so dia pakai baju je ?"

Mark mengangguk. Malas hendak melayan lagi memikirkan malam sudah pun larut.

Mereka juga perlukan tidur. Bukan melayan drama suami isteri. Nasib saja majikan, kalau tidak dah lama dia ajak yang lain kurungkan pasangan ini sebilik. Biar berbaik sendiri daripada terus mempertahankan ego masing - masing.

"Hyung" panggilnya pendek.

"Aku tahu Jeno dan Jisung tu lagi handsome dari kau" dia berhenti seketika untuk menarik nafas lagi membuatkan Jaehyun mengerutkan dahi kecil.

"Tapi itu tak bermaksud kau kena jealous dengan diorang sampai macam ni. Puan Joonyoung tu baik apa ? Kau saja yang cemburu tak tentu tempat"

Renungan tajam dari Jaehyun tidak dia sedar malahan hingga pemuda itu mengurut kepalanya lagi tanda buntu.

"Apa kata kau-

Buk !

"Adoi ! Sakitlah !" jerit Mark menggosok kepala yang berdenyut kesakitan.

Tepukan maut dari tangan Jaehyun terlampau berbisa hingga terlupa dia pada skrip selanjutnya.

"Kau jangan nak acah pandai depan aku. Siapa yang cemburu siapa sekarang ni ? Kau pergi balik bilik sekarang. Sibuk nak berceramah dengan orang tua" Jaehyun membebel sambil bercekak pinggang.

Kecik besar, kecik besar saja dia tengok Mark.

Rasa nak pijat macam kerengga biar tak boleh nak bercakap dah.

"Cakap je. Itu pun nak marah" pengawal itu menghadiahkan jelingan rajuk.

Jaehyun masih bercekak pinggang di pintu bilik menunggu Mark pergi untuk menuruni tangga.

Selagi bayangnya belum hilang, selagi itulah dia akan tunggu di situ. Bukan kerana cemburu ya.

Saja dia mahu memerhati.

Sejenak yakin Mark sudahpun pergi, Jaehyun akhirnya mengeluh perlahan. Dia membelek seluar hitam di tangannya tanpa perasaan.

"Nampaknya, tidur tak berbajulah kau malam ini Jaehyun" getusnya sendiri lalu masuk mengunci pintu.

Bunyi guruh bersabung di luar mengejutkan lelaki tersebut seketika. Namun, tak berapa lama kemudian, dia meneruskan rutinnya sebelum melompat masuk ke bawah lindungan selimut hangat di atas katil.

Nada derapan air hujan merintik di lantai kayu balkoni luar menenangkannya sebentar.

Mata Jaehyun mulai kuyu untuk dibuai mimpi. Tetapi bunyi penghawa dingin yamg mati secara tiba - tiba menyedarkannya semula. Dia kembali membuka kelopak mata luas.

Remote di tepinya ditekan berkali - kali. Lampu tidur juga cuba dihidupkan. Tiada satu pun yang menyala.

Jaehyun meraup wajah kesal. Dalam waktu begini jugalah mahu blackout.

Kenapa tidak sewaktu dia tidur saja nanti ? Tak perlu dia risaukan 'sesiapa' nanti.

Secara paksa, pemuda tersebut memejamkan matanya tetapi dia tidak mampu. Jaehyun terus bangun duduk bersandar di kepala katil.

"Dia takut gelap kan ?" soalnya pada diri sendiri.

Pintu bilik diketuk sebanyak dua kali membuatkan dia berkalih.

"Jae-jaehyun ?" senyuman nipis terukir sejenak mendengar suara manja itu.

Hampir saja hanyut rasa marah dan benci yang dipendam tadi namun dibawa semula untuk menjaga egonya. Dia tak boleh kalah untuk malam ini.

TBC

𝗳𝗼𝗿𝗲𝘃𝗲𝗿 𝗼𝗻𝗹𝘆 | 𝗃𝗎𝗇𝗀 𝗃𝖺𝖾𝗁𝗒𝗎𝗇 (𝗰𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝘁𝗲𝗱)Where stories live. Discover now