𝗘𝗣𝟰𝟭 | 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗲𝗺𝘂𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗮, 𝗨𝗦𝗔

17 4 0
                                    

"Sayang ?" gadis itu berkalih

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sayang ?" gadis itu berkalih.

Almari tinggi yang memaparkan beberapa buah bingkai gambar menjadi perhatiannya semenjak kaki menjejakkan langkah pertama ke dalam kamar itu lagi.

Jaehyun mengangkat kening melihat reaksi separuh kaget dari isterinya.

Lambat dia masuk ke dalam ruangan perpustakaan mini tersebut lalu merangkul pinggang Joonyoung mendekat.

"Hey, kenapa ? Awak tak sihat ke ?" soalnya gelabah kerisauan.

Mereka pulang semula ke villa milik Jaehyun untuk mengemas barang berpindah ke kediaman lain.

Jaehyun tak mahu Joonyoung terasa trauma dengan memori mereka di sini. Dia mahu mulakan hidup baru. Mulakan kisah dan cerita baru bersama isterinya jadi sanggup dia lakukan apa sahaja hinggakan beli rumah seribu buah sekali pun.

Entah tadi baru pemuda itu sedar kehilangan Joonyoung dari kamar tidurnya. Tahu - tahu ditemui gadis itu di ruangan ini.

"Awak, apa ni ?" Joonyoung menunjukkan sebuah gambar di dalam sebuah bingkai hitam.

Jaehyun menyambut huluran dari isterinya penuh rasa gusar.

"Itu saya kan ?" soal Joonyoung menunding pada anak kecil yang berpelukan lengan bersama Jaehyun di USA suatu ketika dulu.

"Jadi, kita pernah berjumpa sebelum ni ?"

Gambar tadi diletakkan di atas meja. Pantas Jaehyun memegang tangan isterinya dengan seribu satu rasa. Bibirnya mulai kering tak tahu mahu berpatah apa. Wajah suram Joonyoung ditenung rasa bersalah.

"Yup, it's me and you. I am sorry for not telling you earlier" Joonyoung masih kaku memandang gambar tersebut.

"Wait, jadi awak budak tembam yang selalu kena buli dulu kan ?" dia memegang muka suaminya.

Pipi yang surut itu dicubitnya berkali - kali mencari kemana lemak tersebut menghilang. Jaehyun mengangguk taat menyulam senyuman kecil.

"Sekarang dah tak tembam dah" dia mencuri kesempatan dengan mencium tangan yang menekup pipinya.

Joonyoung mendecit kecil.

"Mana aci macam ni. Awak dah kenal saya dulu sebelum saya kenal awak !" tangannya memeluk tubuh merajuk.

Jaehyun tertawa. Pelukannya dieratkan manja.

"Nak buat macam mana. Dulu saya jatuh cinta dengan awak pun bertepuk sebelah tangan je. Sampailah kita kahwin, dah kena culik baru nak serah diri"

Sebuah jelingan kecil dihadiahkan sebelum Joonyoung ikut serta tergelak. Dia berpusing kembali menghadap suaminya di dalam pelukan.

Tangannya naik mengelus pipi lelaki tersebut serta - merta membuatkan Jaehyun terpejam mata menikmati sentuhan lembut yang diidaminya semenjak dulu lagi.

"Sayangnya, sekarang tak boleh dah nak gigit pipi tembam awak"

Gurau Joonyoung menyeringai jahat. Jaehyun membuka matanya. Tangan yang ralik berlari di wajah disambut.

"Sekarang pun boleh gigit apa ? Kalau bukan dekat pipi dekat tempat lain banyak" nakal dia membalas.

Tak sangka di waktu itu Joonyoung naif jadinya. Gadis itu mengerutkan dahi cuba menghadam kata - kata suaminya. "Eoh ? Mana ?" soalnya tak berfikir panjang.

Soalan tersebut membuatkan Jaehyun mengangkat kening kaget. Senyumannya semakin melebar melihat mata bundar Joonyoung tertanya - tanya.

Tangan yang elok melingkar di pinggang kecil itu mula diketatkan hingga tersentak kepala Joonyoung sejenak.

Beberapa detik kemudian, barulah sel - sel otaknya berhubung.

"Eh ! Ey, awak ni banyak mainlah. Dahlah, saya nak sambung mengemas" Joonyoung cuba melarikan diri dengan wajah merahnya.

Berdekah tawa Jaehyun terdengar di telinga menambahkan lagi rasa bahang di pipi.

Gadis itu mengetap bibir kegeraman. Gatal !!

"Sayang, atas katil dalam bilik tu banyak lagi benda nak unboxing" kata - kata Jaehyun menghentikan langkah perginya.

Joonyoung berpaling pantas. Seingat dia tadi, katil itu sudah dikosongkan. Cuma almari baju saja dikemas mereka tadi. Apa pula yang ada di atas katil ?

"Apa yang nak kena unboxing ?" soalnya sekali lagi keliru.

"Isteri saya" jawab Jaehyun sebelum mendukung isterinya serta - merta. Joonyoung menjerit kecil cuba melarikan diri.

"Jung Jaehyun !!"

TBC

𝗳𝗼𝗿𝗲𝘃𝗲𝗿 𝗼𝗻𝗹𝘆 | 𝗃𝗎𝗇𝗀 𝗃𝖺𝖾𝗁𝗒𝗎𝗇 (𝗰𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝘁𝗲𝗱)Where stories live. Discover now