"Okay ke gaun ni ?" soal Hyunjae selepas mencuba gaun yang kelima buat hari ini.
Joonyoung mengurut dagunya sambil bersandar pada sofa yang ditempatkan betul - betul di hadapan bilik persalinan kerana gadis itu penat berdiri.
Dia mengecilkan anak mata untuk meneliti tubuh kerdil adik sepupunya yang disarung sebuah gaun berwarna orange.
"Um, kita cuba warna cream nak ? Macam cantik pula warna ni" tangannya menghala ke arah sebuah gaun lagi yang tergantung di tepi.
Sempat dipilihnya sewaktu Hyunjae mencuba gaun itu awal tadi.
Wajah gadis muda itu mulai pucat.
Siapa yang nak kahwin ni ? Dia ke Joonyoung ?
Sebuah keluhan dilepaskan sambil bibirnya dimuncungkan manja. Badannya bersandar ke dinding kepenatan.
"Tak nak dah. Aku pakai yang ini sajalah. Lagipun aku ni just maid of honor je. Kau tu yang pengantinnya"
Joonyoung menjeling tak berpuas hati. Berdesing pula dia mendengar ayat pasrah itu.
"Ish, try jelah. Lagipun seronok tengok kau cuba banyak baju. Rasa macam main dress up dengan barbie doll pulak" dia bertepuk tangan teruja.
Gaun hampir ke warna putih itu dihulurkan sambil dia menolak Hyunjae kembali ke dalam bilik persalinan. Hampir berputus asa tetapi tak mampu, akhirnya Hyunjae akur dengan taat permintaan 'bakal' pengantin itu.
"Sayang" sebuah kucupan mendarat ke pundak kepala membuatkan Joonyoung mendongak manja.
Dia tahu siapa tuan empunya bibir yang selalu menggatal dengan itu.
"Eh, awalnya awak balik ? Saya ingat mesyuarat sampai petang ?" soalnya sebelum menghadiahkan senyuman pada Haechan dan Mark yang setia mengikut suaminya kemana sahaja.
Dua orang pemuda tersebut mengangguk hormat membalas seyumannya.
Jaehyun mengerutkan hidung lalu menghenyakkan punggung di sebelah isterinya tanpa dijemput.
"Saya postponed meeeting tu. Rindu bakal bride saya ni"
Laju saja lelaki itu merendahkan kepala sambil menjuihkan bibirnya meminta sebuah kucupan manja. Tangan Joonyoung selamba naik memalingkan wajah suaminya ke hadapan semula.
"Jangan kacau saya kalau macam tu. Saya tengah seronok dress up Hyunjae harini. Mood gatal awak boleh spoil banyak benda" badannya disandarkan ke sofa kembali.
Belum sempat Jaehyun menjawab, langsir bilik persalinan dibuka sekali lagi mendedahkan seorang gadis berdiri malas dengan rambutnya yang terburai sehelai dua kerana banyak kali mecuba pelbagai jenis baju.
"Ey, comelnya ! Macam pengantin ! Mesti boyfriend kau berdebar tengok kau macam ni" puji Joonyoung lantas membawa keluar telefonnya menangkap beberapa keping gambar.
"Cantik kan dia, sayang ?" gadis itu beralih ke suaminya yang kini ikut bersandar ke sofa.
Jaehyun mengurut dagu. "Saya rasa kan, warna soft yellow pun sesuai juga" cadangnya.
Eh, dia pula yang beria.
Joonyoung diam seketika berfikir. "Tapi warna ni macam cantik lagi. Haechan, Mark. Awak berdua rasa macam mana ?" dia berkalih ke belakang.
Mark hanya sekadar mengangkat bahu dan Haechan di tepinya tersenyum kecil sambil mengangguk.
"Saya rasa apa yang Puan Joonyoung cakap tadi betul. Boyfriend Cik Hyunjae akan berdebar tengok dia macam ni"
Pujiannya membuatkan Joonyoung teruja berpusing ke hadapan semula. Telefon Hyunjae yang ditinggalkan di atas meja diambilnya sebelum dibuka.
"Biar aku call boyfriend kau tanya pendapat dia terus. Lagipun aku tak pernah tengok muka dia. Kau letak contact dia Sunshine kan ?"
Jaehyun mengangkat tangan lalu menghimpit isterinya mahu melihat skrin telefon bersama - sama. "Saya setuju !"
Menahan wajah yang merah kepanasan, Hyunjae berlari merampas telefon bimbitnya. Namun semua sudah terlambat. Butang dail sudah ditekan.
Sebuah deringan halus terdengar sayup - sayup di ruangan butik itu membuatkan semua berkalih ke belakang.
Haechan membawa keluar telefonnya kemudian menekan butang merah lalu tersenyum kekok.
"I mean, awak semua boleh tanya boyfriend dia depan - depan terus ?"
Joonyoung, Jaehyun dan Mark memandang Hyunjae yang sudah melutut merenung lantai malu. Dia kemudian menekup muka berlari masuk ke bilik persalinan semula.
TBC
YOU ARE READING
𝗳𝗼𝗿𝗲𝘃𝗲𝗿 𝗼𝗻𝗹𝘆 | 𝗃𝗎𝗇𝗀 𝗃𝖺𝖾𝗁𝗒𝗎𝗇 (𝗰𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝘁𝗲𝗱)
Fanfiction"apa guna isteri kalau tak boleh cium ?" "isteri kontrak jaehyun. mind your boundaries" Dia yang sebenarnya merancang untuk melarikan diri daripada suaminya akhirnya terjatuh ke dalam jerat seorang lelaki yang dipanggil mafia. Namun, tak d...