Dia berdiri memeluk tubuh bersandar di bingkai pintu. Memandang dingin gadis kerdil dihadapannya.
Mulutnya sumbing mahu tersenyum tetapi cuba dia pertahankan wajah garang itu saat melihat tubuh kecil Joonyoung disorok baju lelakinya.
Agh, tuhan ! Kenapa dia comel sangat ?
"Bilik Jisung dengan Jeno dekat bawah sana. Kau nak aku tunjukkan ke ?" soalnya memerli.
Sabar, permainan baru hendak bermula.
Joonyoung menggeleng perlahan sambil merenung lantai. Tangan kecilnya yang hilang di balik lengan panjang baju tidur itu diangkat memegang hujung poket seluar Jaehyun takut - takut.
"Kilat" gumamnya.
Kali ini senyuman Jaehyun tak dapat ditahan lagi. Mujur saja Joonyoung tidak mendongak. Kalau tidak habis saja perancangannya mahu membalas dendam. "Lepastu ?"
Masih lagi bermain dengan kad dinginnya.
Mendengarkan Jaehyun seakan masih berdendam, Joonyoung pasrah. Dia melepaskan pegangannya tadi kecewa. Mulutnya memuncung panjang seraya dia menyeka air mata yang sudah pun mengalir.
Sudahlah gelap, kilat pula seperti tak mahu berhenti bergaduh. Sungguh, dia takut sangat.
"Tak ada apalah. Saya cakap dengan Jisung saja" kakinya diarahkan ke tangga namun terhenti selepas melihat betapa gelapnya laluan tersebut.
Tubuhnya mula teragak - agak untuk bergerak. Jaehyun mengeluh lega di belakang. Sangkanya Joonyoung tetap mahu pergi.
"Kalau kau berani turunlah sana. Apa - apa makhluk yang muncul dekat bawah tu bukan masalah aku" ucapnya masuk kembali ke dalam bilik.
Tapi pintu sengaja dibiarkan terbuka luas mengharapkan si mangsa kecil itu termakan dengan umpan.
Benar. Joonyoung terpengaruh.
Entah bagaimana dalam sekelip mata sahaja, gadis tersebut sudahpun berada di dalam bilik Jaehyun.
"Kau tunggu sini, aku nak ambil selimut dengan bantal dekat tingkat bawah"
Lelaki itu berkalih saat tangannya dipaut pantas. Simbahan cahaya petir sekali lalu membuatkan Joonyoung lebih mendekat dengannya. Tangan dingin itu sedang menggeletar ketakutan. Jaehyun mula gelabah.
Dia memegang seluruh tubuh Joonyoung kerisauan. Sejuk merata - rata. Matanya bundar.
"Kau okay tak ni ?"
Joonyoung mengangguk lemah. Air liur kelatnya ditelan. Dia lebih mendekat lagi tatkala petir bercahaya sekali lagi. Bahunya terhinjut kerana tersedu - sedan menangis.
"Boleh tak kalau kita tidur sekali malam ni ? Saya takut" bisik Joonyoung perlahan.
Tiada apa yang lebih sakit dari melihat isterinya sendiri menangis merayu padanya.
Jaehyun mengangguk, membawa gadis yang menggigil itu ke katil lalu selimut dibukanya luas mempelawa Joonyoung untuk masuk. Dia ikut berbaring di sebelah namun masih dengan jarak mereka yang terjaga.
Baru saja mahu berkalih, pinggangnya dipeluk erat membuatkan dia terkedu seketika. Hembusan nafas Joonyoung yang tidak teratur menunjukkan isterinya masih lagi dalam keadaan takut.
"Joonyoung ?" panggilnya lembut.
"I swear to god, Jaehyun. It's so cold in here" adu gadis itu dalam nada suara yang menggeletar.
Jaehyun serta - merta membalas pelukan tadi. Hanya ingin menyalurkan jejaring habanya supaya Joonyoung mampu bertenang.
Tetapi langkah tersebut seakan sedikit pun tidak berkesan. Joonyoung malahan mengeluh kesakitan lebih teruk lagi sambil membenamkan kepalanya ke dada bidang Jaehyun kesejukan.
"Joonyoung" sekali lagi Jaehyun memanggil.
Kali ini panggilannya tidak dijawab dengan suara. Tetapi gadis itu mendongak dengan matanya yang berkaca.
"Kau masih sejuk ?" soalnya.
Joonyoung mengangguk naif.
Deheman kecil meniti di bibir lelaki tersebut. Dia menarik nafas seketika sebelum meneruskan percakapannya. Bersedia mendoakan apa yang dia lakukan ini benar.
"Aku nak tolong kau, tapi aku perlukan izin kau dulu"
Mata mereka bertentangan seketika sebelum Joonyoung mula mengangguk. Jaehyun menarik nafas gementarnya sekali lagi walhal selama ini dia yang selalu yakin sewaktu menyakat Joonyoung hingga wajah gadis itu kemerahan malu.
Jari runcingnya turun ke dagu menolak supaya Joonyoung terus mendongak. Tangannya kemudian turun ke butang baju pertama.
"I'll be gentle and it will be fine, sayang. Trust me"
TBC
YOU ARE READING
𝗳𝗼𝗿𝗲𝘃𝗲𝗿 𝗼𝗻𝗹𝘆 | 𝗃𝗎𝗇𝗀 𝗃𝖺𝖾𝗁𝗒𝗎𝗇 (𝗰𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝘁𝗲𝗱)
Fanfiction"apa guna isteri kalau tak boleh cium ?" "isteri kontrak jaehyun. mind your boundaries" Dia yang sebenarnya merancang untuk melarikan diri daripada suaminya akhirnya terjatuh ke dalam jerat seorang lelaki yang dipanggil mafia. Namun, tak d...