𝗘𝗣𝟮𝟳 | 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗮𝗵𝘂 𝗯𝗲𝗿𝗯𝗶𝗰𝗮𝗿𝗮

18 4 0
                                    

Rambut basah dikibas dengan tangan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Rambut basah dikibas dengan tangan. Habis mercik air ke sana sini tapi Jaehyun buat tidak endah.

Kain tuala di pinggang diikat ketat seraya di berjalan keluar dari kamar mandi. Tangannya mengarah ke almari lalu mencapai sehelai kain sutera hitam.

Kain yang disangka baju malamnya itu diangkat dan dibeleknya selepas tersedar bahawa ianya bukanlah sepasang pajama. Tetapi sehelai string dress wanita untuk jubah malam.

Pantas telefon bimbitnya dicapai. Butang video call ditekan.

"Yup ? Ada apa ?" soal Mark baring bermalas - malasan di atas katil.

"Mark, mana baju tidur aku ?" Jaehyun mengangkat kening.

"Ada atas katil tu kan ? Aku dah lipat elok letak dekat situ" Haechan muncul bersama secawan air yang baru dibancuh.

Jaehyun mengetap bibir. Dia meletakkan telefon di atas meja kemudian menjauh supaya dirinya dapat memasuki skrin telefon.

Jubah yang dipegangnya tadi dibentangkan.

Dua orang pengawal itu hanya mengangguk kecil. Tiada ada tanda cuak atau serba salah atas kesilapan yang berlaku.

"Ah, tu baju Puan Joonyoung. Baju kau ada dalam bilik dialah tu. Pergilah mintak tukar"

Bertambah keras ketapan gigi Jaehyun mendengarkan ayat selamba dari Haechan sendiri. Cakap langsung tak berfikir.

Punggungnya dihenyakkan ke atas katil. Tak kiralah basah tilam atau apa, dia dalam keadaan serabut.

"Korang nampak kan aku dengan dia buat apa tadi ?" ujarnya maksudkan pergaduhan mereka yang baru saja tamat dengan hempasan pintu.

Perhatian dua orang pemuda tersebut terus fokus ke arah telefon. Mereka membundarkan mata masing - masing.

"Uish, kau ni hyung. Belum pukul dua belas lagi kau dah bercakap pasal benda - benda tu. Kau lupa ke yang Puan Kang pesan, jangan sampai Puan Joonyoung pregnant. Payah nak naik pelamin nanti"

Tahap kesabaran Jaehyun sudah sampai kemuncak. Merah padam wajahnya menahan marah.

"Lee Haechan. Lee Mark. Aku cakap pasal aku bergaduh dengan dia tadi. Korang faham ke tak ?" dia menjengilkan anak mata.

Bukan takut, malah berdekah dua orang pekerja itu. Siap bertepuk - tampar lagi ingat mereka masih lagi dalam sesi komedi kerana situasi tersalah anggap tadi.

Teredar Jaehyun membisu tidak berbicara, barulah mereka senyap. Tahu bahawa majikan tersebut sedang serius.

"Yelah, kau tunggu sekejap aku suruh Jisung pergi ambil baju kau" Haechan bangun berjalan ke pintu bilik.

"Eh, sekejap !"

Dia kaku semula dan berpaling ke telefon yang masih di hadapan Mark.

Jaehyun mengurut kepala. "Anyone selain Jisung" gumamnya sedikit kuat walaupun malu hendak berkata.

"Oh, aku suruh Jenolah kalau macam tu"

"Jangan !!"

Haechan dan Mark berpusing sekali lagi. Kedua - dua mereka mengerutkan dahi.

Jisung tak boleh, Jeno tak boleh. Bukan budak berdua tu nak pergi pecahkan pintu pun.

Tambahan pula, hanya Jisung dan Jeno saja manusia yang senang nak diarah. Lainlah Chenle dan Renjun. Takut juga Mark mahu menyuruh.

"Kau ni dah kenapa ? Biar sajalah Jisung dengan Jeno pergi. Lagipun Puan Joonyoung kan rapat dengan diorang ?" bebel Haechan.

Bilik Chenle dan Renjun ada di tingkat dua. Mereka pula di tingkat satu.

Jadi dua tiga kerja pula untuk Haechan naik dan turun tangga hanya semata - mata mahu memanggil mereka. Lainlah Jisung dan Jeno yang hanya berjarak beberapa meter saja kamarnya dari situ.

Jaehyun menggeleng. "Sama ada Chenle, Renjun atau korang berdua yang pergi sediri"

Keluhan malas terlepas dari bibir Mark. Dia berjalan keluar dari bilik memanjat tangga mahu ke tingkat dua. Haechan yang masih berada di bilik sempat mencuri Jaehyun yang hampir berkerut dahi seribu.

"Erm, hyung. Aku lupa nak tanya. Esok pagi kau nak kami kejutkan kau untuk tengok sunrise ke ? Dekat balkoni bilik kau memang cantik view dia kalau pagi - pagi"

Sangkanya Jaehyun mahu. Tetapi tidak.

Jejaka itu malah menggulingkan anak mata teringatkan rancangan asal mengapa mereka bermalam di sini.

Rosak habis rancangannya.

TBC

𝗳𝗼𝗿𝗲𝘃𝗲𝗿 𝗼𝗻𝗹𝘆 | 𝗃𝗎𝗇𝗀 𝗃𝖺𝖾𝗁𝗒𝗎𝗇 (𝗰𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝘁𝗲𝗱)Where stories live. Discover now