𝗘𝗣𝟭𝟴 | 𝗵𝗲 𝗼𝘄𝗻𝗶𝗻𝗴 𝘁𝗵𝗲 𝗵𝗲𝗮𝗿𝘁

20 6 43
                                    

Jaehyun tersenyum kecil mengintai Joonyoung di balik monitor

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jaehyun tersenyum kecil mengintai Joonyoung di balik monitor.

Gadis itu sedang ralik menyusun majalah - majalah yang tanpa sengaja digabungkan oleh setiausahanya awal tadi membuatkan dia sukar untuk mencari rujukan satu persatu.

Kerana Joonyoung kebetulan berada di dalam biliknya dan dalam masa yang sama dia tak mahu pertemuan mereka terhenti begitu saja, Jaehyun telah menyuruhnya untuk duduk dan susun majalah rujukan itu satu persatu mengikut turutan abjad di tajuk.

Semua dengan hanya sebuah umpan bahawa dia akan membawa Joonyoung untuk berjumpa dengan adik sepupu perempuannya, Hyunjae.

Ah, sebuah 'sistem barter' yang sangat menguntungkan.

Senyuman Jaehyun melebar lagi tambah merenung.

Pemuda tersebut pantas melarikan mata ke skrin hitam monitor kembali saat tindak - tanduknya disedari oleh gadis comel itu.

Dia sempat berpura - pura sibuk menaip walhal suis hidup pun belum ditekan buka.

"Awak nak buat apa dengan majalah ni semua ?" bebel Joonyoung kembali fokus pada kerjanya menyusun naskah buku yang bertimbun tinggi bagai gunung.

"Hm, ada company project aku kena uruskan. Buku - buku dengan majalah jadi rujukan nanti" jawabnya pendek.

"Wow, mafia pun study eh ?"

Jaehyun berhenti tersenyum merenungnya dan tak lama kemudian sebuah tawa meniti bibir.

Wajah tampannya terlihat lebih menarik dengan senyuman bercampur gelak tawa dipandang jauh. Sepasang lesung pipi yang hampir dilupakan kini kembali menampakkan kewujudannya.

Joonyoung seakan terkesima berpaling melihat lelaki itu menggeleng mengurut dahi cuba meredakan gelaknya yang masih bersisa.

Waktu bagaikan lambat berlalu saat dia melihat raut yang senantiasa tersenyum sinis dan kadang kala terlihat dingin itu ikhlas sedang tersengih selepas mendengar kata - katanya.

Jaehyun terlihat sedikit naif dan mempesona dalam keadaan begitu.

"Awak memang sangka saya ni mafia ke ?" soal Jaehyun mematahkan renungan Joonyoung.

Gadis tersebut laju memalingkan wajah malu. Segan selepas tersedar dia sedang merenung lelaki asing terlalu lama hingga dibuai ke awangan. Deheman kecil dilepaskan.

"Eung. Mafia dalam TV tu macam awaklah. Handsome, tapi jahat dan pervert"

Perkataan terakhir yang didengari membuatkan Jaehyun mengangkat kening.

"Handsome tapi pervert ? Weird speculations"

Joonyoung mendongak memandangnya sekali lagi tak berpuas hati.

"Yes, it is. Saya yang yang tengok TV saya tahulah. Viscenzo Cassano" bibirnya menjuih sambil menyebut judul salah satu drama mafia terkenal Korea. Baginya itulah realiti.

"Ah, so Song Joong Ki pervert macam tu ?"

Mata Joonyoung bundar memberhentikan segala pekerjaanya.

"Bukan dialah. Musuh Itali dalam cerita tu. Dahlah tak handsome, gemuk !" sempat dia memberi sepatah dua komen tentang fizikal lelaki yang dimaksudkannya.

"Song Joong Ki handsome ?"

Joonyoung mangangguk setia. Melihatkan gadis itu semakin ralik berbual dengannya membuatkan hati Jaehyun berbunga - bunga. Sungguh, ini adalah perbualan paling lama yang pernah mereka hadapi.

Dia suka. Suka mendengar suara manja, suara bentak Joonyoung menyelusuri gegendang telinga. Kalau mampu, setiap hari dia mahu ada di sisi Joonyoung sepanjang masa mendengar bebelan gadis itu. Tapi apakan daya hubungan mereka tak seperti yang disangkakan.

"Handsome, tapi Choi Jinhyuk handsome lagi. Finest man alive"

Jaehyun bangun. Berdiri kaku bersebelahan Joonyoung lalu merendahkan tubuhnya sengaja hingga terasa hampir kepala gadis tersebut dengan bibir. Joonyoung mula menggelabah.

Mengesot menjauh tetapi Jaehyun masih mendekat.

"Lucky to be him. Owning your heart" bisiknya kemudian mengusap rambut Joonyoung sayang.

Masih ingat pada syarat mereka, tapi dia tak betah lagi melihat kecomelan sang isteri dari jauh. Mahu saja ikutkan kata hati menarik tubuh kerdil itu ke dalam pelukan.

Kakinya melangkah pergi ke muka pintu sebelum berpaling.

"Kau nak aiskrim ? Aku nak suruh Jaemin bawakan"

TBC

𝗳𝗼𝗿𝗲𝘃𝗲𝗿 𝗼𝗻𝗹𝘆 | 𝗃𝗎𝗇𝗀 𝗃𝖺𝖾𝗁𝗒𝗎𝗇 (𝗰𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝘁𝗲𝗱)Where stories live. Discover now