"Sedap ?" soal Jaehyun penuh berhati - hati memandangkan dia masih belum lagi dapat mengenal pasti sebab mengapa Joonyoung masih marahkannya.
Senyumannya terkuntum walaupun gadis itu hanya mengangguk kecil.
Dia menyambung memotong daging hidangan makan malam mereka puas.
Restoran mewah itu sunyi tanpa penghuni memandangkan sudah disewa terlebih dahulu beberapa hari yang lepas hanya untuk kehadiran mereka berdua sahaja.
Mahu mengabdikan malam ini sebagai memori indah buat Joonyoung.
Lelaki tersebut mendongak lagi mahu melihat wajah cintanya namun dia dihadapkan dengan raut berkerut memandang laut hitam yang menghempas lantai pasir pantai.
Joonyoung termenung sendiri memandang kawasan kosong itu.
"Kenapa kau pandang pantai tu macam tu ? Kau tak suka ke ? Ada apa - apa yang buat kau tak selesa ?"
Tak mungkin.
Daripada apa yang dia tahu melalui orang tua mertuanya, Joonyoung sangat cintakan pantai. Malah lebih sukakan laut dari segalanya lagi. Kerana itulah dia bawa gadis tersebut ke sini.
Joonyoung menggeleng pendek. "Tak ada apa. Cuma saya terfikir. Pemandangan matahari terbit di sini mesti lebih cantik bukan ?" dagunya ditongkat sambil membayangkan bahang hangat pagi menyentuh kulit. Pasti enak rasanya.
"Kalau macam tu kita bermalam di sini, nak ?" ucap Jaehyun tanpa berfikir lanjut lagi.
Apa sahaja untuk isterinya. Dia sanggup.
"Awak bukan ada meeting ke esok ?" gadis itu mengangkat kening mematikan senyuman Jaehyun serta - merta.
"Mana kau tahu ?" soalnya.
Joonyoung melepaskan sebuah keluhan perlahan lalu kembali memandang hidangan di atas meja. Tidak membalas renungan tegang dari Jaehyun sendiri.
Malas hendak membuka mulut bercerita bahawa Jisung yang memberitahu segalanya.
"Apa kata awak biarkan saya bermalam dekat sini ? Saya janji tak pergi mana - mana. Jeno, Jisung pun ada. Boleh temankan" cadangnya selepas diam buat seketika.
Tolonglah. Hatinya sudah meronta - ronta mahukan persetujuan supaya dapat dia lihat pemandangan waktu pagi di pinggiran pantai ini. Mungkin kerana efek sudah lama tidak keluar ke pantai.
Bunyi sudu dan garfu dihempas ke atas pinggan menyentak Joonyoung dari lamunannya yang sedang berangan - angan mahu berlari di persisiran pantai sambil menikmati pemandangan indah nian pagi.
Matanya terkebil - kebil memandang wajah kelat Jaehyun yang sangat berbeza dari awal sebelumnya.
"Kenapa kau nak diorang yang teman sedangkan aku ada ?"
Gadis itu masih lagi dalam keadaan terkejut namun Jaehyun tidak endahkan.
"Mark, Haechan" panggilnya tegas.
Dua orang pemuda segak berkemeja putih dengan kot hitam datang menghampiri.
"Batalkan meeting esok. Cari rumah penginapan dekat sini. Kita bermalam di sini" ucap Jaehyun tanpa mematahkan renungan tajamnya ke mata Joonyoung.
Dua orang pekerja itu taat mendengar arahan berlalu pergi.
Joonyoung menunduk ke hadapan buntu.
"Kerja awak penting tau. Kenapa awak batalkan meeting tu ?" bisiknya perlahan.
Ada rasa geram juga kerana Jaehyun seakan tak mahu tinggalkannya sendirian.
"Kau sekarang isteri aku. Jadi kau berhak untuk tuntut perhatian aku. Bukan nak aku tinggalkan kau dengan lelaki lain" sedikit tinggi nada suara jejaka tersebut menerangkan.
Joonyoung kembali bersandar pada kerusinya takut. Dia menunduk memuncungkan bibir.
"Tanya je. Itu pun salah" bebelnya sangkakan Jaehyun tak mendengar.
"Kau rasa ?"
Gadis itu mengigit bibir gentar. Tangan kecilnya menampar - nampar mulut yang suka sangat berbicara tanpa berfikir terlebih dahulu. Tundukannya dikekalkan memandangkan Jaehyun juga masih belum menarik lagi wajah tengangnya.
Joonyoung bermain jari sendiri.
Siapa yang sedang merajuk sekarang ni ? Aku ke dia ?
TBC
YOU ARE READING
𝗳𝗼𝗿𝗲𝘃𝗲𝗿 𝗼𝗻𝗹𝘆 | 𝗃𝗎𝗇𝗀 𝗃𝖺𝖾𝗁𝗒𝗎𝗇 (𝗰𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝘁𝗲𝗱)
Fanfiction"apa guna isteri kalau tak boleh cium ?" "isteri kontrak jaehyun. mind your boundaries" Dia yang sebenarnya merancang untuk melarikan diri daripada suaminya akhirnya terjatuh ke dalam jerat seorang lelaki yang dipanggil mafia. Namun, tak d...