Pintu dikuak perlahan selepas diketuk berkali - kali. Jaehyun membundarkan anak mata melihat wajah comel yang menjenguk dibalik kayu penghadang itu. Warna merah samar - samar menghiasi pipinya membuatkan Jaehyun tersenyum senget.
"Kau nak goda aku lagi sekali ke dengan pakai baju macam tu ?" soalnya sambil mengarahkan matanya ke string dress sutera hitam yang sepatutnya Joonyoung gunakan malam semalam.
Gadis itu menyilangkan tangan ke dada. "Saya tak jumpa baju awak yang saya pakai malam semalam" bibirnya menjuih mengadu.
Jaehyun tersenyum lagi bersandar ke dinding pintu. "Nanti aku suruh Jeno bawakan baju untuk kau"
Joonyoung mengangguk. Tergesa - gesa mahu menutup pintu tetapi kaki Jaehyun menghadang di bawah.
Gadis itu menggigit bibir menyumpah di bawah nafas resahnya.
"Aku nak pergi kerja" ucap lelaki tersebut tanpa sedikit rasa pun mahu mengangkat kaki.
Sekali lagi Joonyoung mengangguk kecil. Dia terus menerus menolak pintu untuk ditutup namun masih ditahan Jaehyun.
"Kau tak nak cakap selamat tinggal ke ? Mana tahu nanti rindu" bisiknya membuatkan wajah Jooonyoung semakin merah padam kerana segan.
"Tak nak" gadis itu menunduk ke lantai menyorokkan rasa malunya yang semakin membahang.
Mengada betul pasangan ini di depan pintu walhal petang semalam baru saja bertikam lidah antara satu sama lain.
Pintu yang sedikit lagi mahu ditutup ditolak Jaehyun membuatkan ianya terbuka luas lagi. Joonyoung menjerit kecil kaget memandang Jaehyun dengan tanpa rasa serba salah masuk ke dalam biliknya.
Lelaki itu pantas menarik tubuh kerdil Joonyoung merapat. Tangannya kemas mengunci pinggang ramping tersebut.
Rambut panjang yang menutupi kulit leher dan bahu Joonyoung diselak ke belakang menonjolkan garisan tengkuknya yang bercorak merah. Bibir Jaehyun menjongket puas.
"Was it too much last night ?" soalnya sedikit bangga.
Joonyoung mengecilkan anak matanya sambil mengetap gigi. "Kalau berani awak tanyalah lagi. Habis merah satu badan saya sebab awak. Be gentle konon. Awak tipu !" bebel gadis itu mendengus marah.
Tangannya memeluk tubuh walaupun separuh badan masih melekat dalam pelukan Jaehyun.
Suaminya hanya tertawa mendengar. Dia masih memegang isterinya mengelus wajah cantik itu buat kesekian lamanya. Senyuman nipis terukir.
"Sorry" bisiknya tulus membuatkan Joonyoung mati kata.
Selalunya mereka akan berbalas - balas kata tuduhan tidak mengaku salah masing - masing. Tapi bila Jaehyun sendiri yang meminta maaf, Joonyoung tak mampu membalas lagi.
Wajahnya dipaling malu kerana ditenung terus. Mengapa keadaan harus menjadi kekok ?
Melihatkan reaksi itu, Jaehyun merancang ayat yang lain untuk dilontarkan seterusnya.
Dia menunduk hingga bibirnya berhenti di cuping telinga kecil. "Tapi lepas ni, I won't say sorry again even awak tak boleh berjalan sekali pun"
Mata Joonyoung bundar mendengar. Jarinya pantas memulas lengan tegap Jaehyun kegeraman. Lelaki itu menjerit mengaduh sakit tapi dia masih lagi belum lunaskan dendamnya.
Chup !
Sebuah ciuman mendarat di dahi menghentikan tingkah kasar Joonyoung. Sekali lagi dia terkedu sendiri kerana seorang lelaki bernama Jung Jaehyun.
"I love you" ucap pemuda tersebut dengan senyuman manisnya di bibir.
"Sumpah, demi tuhan. Aku cintakan kau, Joonyoung. Lebih dari segalanya. So, please. Give me a chance just even once to prove that I am the one for you "
Joonyoung diam tak berkata - kata. Hidung mereka digeselkan membuatkan gadis itu memejamkan mata.
"See you tonight, my love"
Pelukan mereka dileraikan dan Joonyoung hanya diam memandang Jaehyun yang seperti berat mahu melepaskan dia di sini.
Pintu ditutup rapat dan tanpa sedar, lutut Joonyoung mulai lemah hingga dia jatuh bersimpuh.
Apa yang telah dia lakukan ?
TBC
YOU ARE READING
𝗳𝗼𝗿𝗲𝘃𝗲𝗿 𝗼𝗻𝗹𝘆 | 𝗃𝗎𝗇𝗀 𝗃𝖺𝖾𝗁𝗒𝗎𝗇 (𝗰𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝘁𝗲𝗱)
Fanfiction"apa guna isteri kalau tak boleh cium ?" "isteri kontrak jaehyun. mind your boundaries" Dia yang sebenarnya merancang untuk melarikan diri daripada suaminya akhirnya terjatuh ke dalam jerat seorang lelaki yang dipanggil mafia. Namun, tak d...