𝗘𝗣𝟬𝟱 | 𝗵𝘂𝘁𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗵𝘂𝗻𝗶

34 6 67
                                    

Hutan demi hutan dilepasi tetapi kedua - dua buah kereta sedan hitam di pertengahan jalan itu langsung tidak berhenti

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hutan demi hutan dilepasi tetapi kedua - dua buah kereta sedan hitam di pertengahan jalan itu langsung tidak berhenti. Malah, hanya ada mereka berdua saja yang menggunakan laluan sunyi tersebut.

Joonyoung menahan air mata memandang ke luar kereta.

Walaupun gelap namun dia dapat membayangkan suasana di luar sana. Tempat yang sunyi begini, bagaimana mampu dia melarikan diri ?

Dia mengerling ke kanan pula. Mengintai lelaki yang dia sangka ketua kepada penculikan ini sedang enak melelapkan mata bersandar di kerusinya tenang.

Rasa benci membukit di dalam hati seraya dia memuncungkan bibir kesal.

Harap saja muka kacak, tetapi menculik. Buat kerja haram.

"Jangan pandang aku macam tu. Kau buat aku tergugat"

Pantas Joonyoung memalingkan wajah takut. Matanya berkelip - kelip merenung cermin tingkap kosong sambil mengigit bibir.

Malu dan takut dalam masa yang sama. Sejak bila lelaki itu terjaga ? Bukankah dia masih lena tadi ?

Tubuhnya dibawa menyempit ke penjuru kereta tatkala mendengar bunyi rengekan kusyen menandakan bahawa salah seorang daripada mereka bergerak dari posisi sebenar.

Yang pasti bukan dia.

"Kenapa tak tidur ? Excited nak balik rumah baru ? Ke excited nak masuk bilik dengan aku ?" lelaki tersebut menongkat sikunya ke tingkap.

Menyengetkan kepala mengintai Joonyoung yang masih menundukkan kepala berpura - pura tuli.

Tak dia sangka Joonyoung berpusing untuk melawan.

"Siapa kata saya excited ? Awak ni siapa ? Tak ada kerja ke nak culik orang malam - malam buta ?" lantang bibirnya menjuih bersuara.

Lelaki disebelahnya itu tertawa. Dia menunding dirinya sendiri sambil mengangkat kening tanpa rasa bersalah.

"Kenapa kau perlu tahu nama aku ? Kau sendiri yang masuk kereta aku bukan ?"

Soalan akhir tersebut membuatkan lidah Joonyoung terkaku kelu.

Melihatkan si gadis sudah ralik, pemuda tersebut mengambil kesempatan itu cuba mendekatkan jarak antara mereka berdua tanpa bersuara.

Tangannya penuh teliti naik menyasarkan rambut ikal Joonyoung yang terselak jauh dari wajah.

Ditariknya rambut itu lalu diselitkan ke belakang telinga.

"Pinjaman" bisiknya setelah menunduk.

Joonyoung tersentak kaget pantas menolak tubuh tegap tersebut menjauh. Tangannya betul - betul didaratkan ke bahu sasa depan mata dalam cubaan untuk menolak niat gila di kepala lelaki itu saat ini.

"Aku pinjam kau sekejap je dari keluarga kau. Boleh ?"

Kedua belah tangannya teguh ditekapkan ke kusyen hitam dan pintu mengepung jasad kerdil yang berada di depan.

Persis seekor pemangsa sedang bermain dengan nyawa mangsanya sebelum dibunuh.

Pang !

Berkaca lama mata sayu Joonyoung namun kini sudah pecah berderai empangannya.

Menggigil tangan yang menampar tadi tetapi lebih sakit hati selepas diperkatakan bagai barang murahan sebegitu.

Wajah terkejut lelaki itu dipandang benci. Joonyoung mengigit bibir menelan pahitnya air liur mahu berkata - kata.

"Jaga mulut awak. Saya adalah isteri orang dan anak gadis pada sebuah pasangan suami isteri. Bukan pelacur yang tiada harga macam awak harapkan"

Tangannya direntap kasar membuatkan dia menjerit kecil kesakitan.

Lelaki tersebut seperti sedang dirasuk nafsu marahnya tanpa menyedari daging halus yang direntap kini mudah tercedera.

Diperketatkan lagi genggamannya hingga putih lesu pergelangan tangan Joonyoung. Rasa menyesal kerana berkelakuan fizikal tadi masuk terus ke minda gadis tersebut.

"Sst- sak-sakit !" jerit Joonyoung berselang - seli dengan tangisan.

Berulah sang pemuda itu tergadah. Tangan kecil Joonyoung dibawa ke pangkuan kalut kerisauan.

Dia memandang Joonyoung yang sedang mengesat air mata sakit. Matanya bundar kecil bagai tidak percaya bahawa dia telah menyakiti seseorang. Terlalu dikawal emosi.

"Ah, aku- aku minta-

"Hyung " kata - katanya tersangkut di pertengahan. Dia berpaling melepaskan tangan tadi.

"Kita dah sampai" tutur pemandu sambil memandang cermin belakang kereta.

Joonyoung menarik tangannya kembali lalu dipeluk erat.

Dia menunduk gerun memandang karpet hitam kereta lesu. Air matanya yang berderai dibiarkan saja mengalir tanpa niat mahu mengesat.

Buruk. Hadiah yang terburuk yang pernah dia terima untuk hari lahir.

TBC

𝗳𝗼𝗿𝗲𝘃𝗲𝗿 𝗼𝗻𝗹𝘆 | 𝗃𝗎𝗇𝗀 𝗃𝖺𝖾𝗁𝗒𝗎𝗇 (𝗰𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝘁𝗲𝗱)Where stories live. Discover now