"Nervous ?" soal Haechan yang berdiri di sisinya.
Jaehyun membasahkan bibir sebelum menggeleng. "Mana ada" ucapnya sambil mengangkat tangan yang menggeletar mengelap peluh di dahi.
Entah mengapa hatinya gugup memanti kehadiran pengantin perempuan untuk turun dan menemaninya di pentas perkahwinan. Lorong kecil yang dihiasi bunga membelah ruangan antara dua tetamu ditenung dengan mata yang terkebil - kebil berkali - kali.
Muzik acoustic berkumandang menandakan kehadiran rombongan pengantin perempuan.
Pintu dewan dibuka dan Hyunjae, Maid of Honor adalah orang yang pertama melangkah masuk. Diikuti dengan beberapa orang bridesmaids kemudian tibalah kemunculan gadis watak utama bersama gaun putihnya.
Mata Jaehyun waktu itu mulai berkaca.
Melihat Joonyoung dengan elegannya berjalan menyelusuri lorong bunga ditemani Tuan Kim disebelahnya membuatkan dia mahu menangis.
Akhirnya, detik yang ditunggu - tunggu telah tiba.
Akhirnya, mereka akan bahagia.
Akhirnya, mereka akan bersama.
Air mata mengalir tanpa disedari. Senyuman Joonyoung menyapanya membuatkan dia tersedar bahawa dialah yang membuatkan gadis itu tersenyum.
Kebahagiannya sedang tersenyum ke arahnya.
Adakah ini mimpi ?
"Jaehyun. ." nama aslinya diseru oleh Tuan Kim menambah lagi rasa syahdu di dalam hati.
"Papa serahkan satu - satunya anak emas papa pada kamu. Kalaulah dia buat silap, papa nak kamu maafkan dia. Kalaulah dia buat kesalahan, papa nak kamu duduk dan bicara dengan dia. Dan kalaulah suatu hari nanti kamu nak pulangkan dia. Pulangkanlah pada papa sama sepertimana papa serahkan dia pada kamu, nak" mata Tuan Kim juga berkaca saat dia bertentangan pandangan dengan anak gadisnya.
Pegangan tangan bertukar dari tangan tua dan berkedut ke sebuah tangan tegap, kemas memegang amanah dunia pasangan Kim.
Jaehyun memandang Joonyoung penuh sayu. Wajah gadis tersebut sedikit berkerut menonton adegan kini.
"Jaehyun janji pa. Jaehyun akan jaga dia dan anak - anak Jaehyun lebih baik dari papa sayangkan dia"
Walaupun terdengar seakan salah tapi itulah yang Tuan Kim mahu dengarkan.
Pasangan pengantin itu kini berpandangan antara satu sama lain setelah bapa pengantin perempuan mengundurkan diri.
"Tuan dan Puan Jung. Saya akan mengatakan sumpah masing - masing dan sila ikuti percakapan saya" pengacara majlis membuka sehelai kertas.
Bermula dengan Jaehyun, pemuda itu menuturkan sumpahnya sepenuh hati.
"Saya, Jung Jaehyun. Berjanji dan bersumpah untuk menjaga Jung Joonyoung sepenuh hati saya dengan baiknya. Andaikan saya bercerai nyawa dari badan. Andaikan saya tergadai jiwa dan raga waktu ketika ini. Saya akan pergi tetapi saya akan pastikan pasangan saya dalam keadaan bahagia"
Jooyoung mengukirkan senyumannya manis.
"Saya, Jung Joonyoung. Berjanji dan bersumpah untuk memenuhi keperluan Jung Jaehyun sepenuh hati saya dengan baiknya. Andaikan saya bercerai nyawa dari badan. Andaikan saya tergadai jiwa dan raga waktu ketika ini. Saya akan pergi tetapi saya akan pastikan pasangan saya dalam keadaan bahagia"
"Kalau ada yang mahu membantah perkahwinan ini sila berdiri dan luahkan perasaan anda tetapi jika tidak silakan berdiam diri" pengacara bersuara lagi.
Suasana senyap sepi menunjukkan persetujuan bagi penyatuan dua orang manusia di hadapan mereka. Joonyoung dan Jaehyun berbalas senyuman dengan kedua belah tangan mereka yang tergenggam erat.
"You may kiss your bride now"
Para tetamu bertepuk tangan teruja dengan pengakhiran bahagia pada hari ini. Sebuah kucupan pengantin lelaki ke dahi isterinya menambahkan senyuman gembira di wajah mereka sambil di dalam hati semuanya mendoakan perkara yang sama.
Semoga pasangan ini bahagia selamanya.
TBC
YOU ARE READING
𝗳𝗼𝗿𝗲𝘃𝗲𝗿 𝗼𝗻𝗹𝘆 | 𝗃𝗎𝗇𝗀 𝗃𝖺𝖾𝗁𝗒𝗎𝗇 (𝗰𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝘁𝗲𝗱)
Fanfiction"apa guna isteri kalau tak boleh cium ?" "isteri kontrak jaehyun. mind your boundaries" Dia yang sebenarnya merancang untuk melarikan diri daripada suaminya akhirnya terjatuh ke dalam jerat seorang lelaki yang dipanggil mafia. Namun, tak d...