𝗘𝗣𝟭𝟭 | 𝗯𝗹𝗮𝗰𝗸𝗺𝗮𝗶𝗹𝗶𝗻𝗴 & 𝘁𝗿𝘂𝘀𝘁

27 6 28
                                    

"Sedap ?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sedap ?"

Joonyoung yang sedang lahap menyuap makanan tersentak apabila disoal begitu.

Baru dia tersedar bahawa dirinya kini sedang menjadi perhatian sang pemangsa tampan di depannya. Kunyahannya diperlahankan serta - merta.

Tak mahu lelaki itu sedar bahawa dia sednag menikmati santapan teraebut.

"Hm" jawabnya acuh tak acuh.

Sengaja mahu naikkan rasa marah Jaehyun. Mahu membalas dendamlah katakan.

Tetapi Jaehyun tidak berubah emosi. Malah sedang tergelak kecil melihat wajah comot gadis itu. Sehelai napkin putih diambil lalu dibawa ke bibir Joonyoung seraya dia bangkit maju mendekat ke hadapan.

Panik, Joonyoung mengundurkan kerusi. Cuba untuk melindungi diri sendiri ditambah pula selepas kejadian bangun tidurnya di dalam pelukan pemuda tersebut.

Melebih betul !

"Makan macam budak - budak" bisik Jaehyun sambil mengelap hujung bibir isterinya.

Senyuman manis di wajah masih belum lekang selepas puas menatap ciptaan indah tuhan yang satu ini. Kalau boleh, hendak dibawanya sekali lagi ke dalam pelukan seperti mana yang dia dapat lakukan malam semalam.

Tangannya ditepis.

Joonyoung masih menjual mahal, merampas napkin tersebut untuk mengelap mulutnya sendiri.

Dia bukan tidak ada upaya nak lap, sibuk saja nak sentuh orang. Pasti ada udang di sebalik batu setiap apa yang Jaehyun lakukan.

Itu yang dia tahu.

"Apa syarat kedua awak ?" dia tak mahu membuang masa.

Lebih lama dia bersama Jaehyun lebih tak keruan hati dibuatnya.

Entah mengapa pagi tadi baru dia dapat sedari wajah yang lebih tampan milik Jaehyun sepenuhnya. Mungkin kerana malam itu terlalu gelap dan serabut untuk dia nikmati. Ditambah pula dengan aksi - aksi romeo tak bertempat.

Jantung mana yang tak berdetak kencang ?

Harap ditahankan nafsu saja. Kalau tidak memang sudah dia jatuh meleyot.

Jaehyun tertawa kecil.

Tapi dia tidak bersuara. Malah kemudian membawa keluar sekeping sampul coklat yang berisi beberapa helai dokumen.

Tangannya disilangkan ke dada sambil dia bersandar ke kerusi tenang. Wajah curiga Joonyoung dipandang lalu dia mengarahkan anak mata ke sampul tadi kembali.

"Kahwin dengan aku" ucapnya selamba.

Terbutang mata Joonyoung mendengarkan idea gila tetsebut. Kahwin ? Suami yang seorang sana pun tak terjumpa ini mahu jadi isteri orang lain pula ? Apa Jaehyun mahu dia lupakan bahawa dia merupakan seorang isteri sah kepada lelaki bernama Kang Yoon Oh ?

"Awak gila ke ? Saya ni dah bersuami tau ? Fikirlah sikit !" jerkahnya tak dapat menahan sabar lagi.

Jaehyun mengangkat kening mengejek. "Oh ya ? Kemudian kenapa kau lari malam tu ? Kadang mulut saja kata bersuami tapi hati tidak bukan ?"

Rasa terhiris di hatinya tatkala melihat raut perubahan pada muka Joonyoung sendiri. Sudah terang - terang gadis itu terasa dengan kata - katanya.

Ah, apa saja yang dia harapkan daripada perkahwinan ini ? Pastinya bukan cinta dalam sekelip mata.

"Awak tak ada ada hak nak nilai saya. Dan saya takkan buat satu pun syarat gila awak tu" ucap Joonyoung mengetap gigi.

Sebuah telefon bimbit diletakkan ke atas mejanya. Jaehyun menjuihkan bibir mengarah kepada gambar yang terpapar di dalam skrin telefon tersebut.

Perlahan - lahan Joonyoung menjenguk.

"Hyunjae ? Apa awak buat dengan dia ni !!" alat peranti itu dibawa mendekat.

Paparan gambar seorang gadis diikat dengan tape hitam di mulutnya cukup menimbulkan rasa cuak dalam diri Joonyoung sendiri.

Pucat bersama anak mata yang berair seperti merayu meminta pertolongan. Tidak apa dirinya terluka, asalkan bukan orang dan bukan kerana dia.

"Awak gila, Jaehyun. Memang gila" sumpahnya selepas tersedar apa niat gambar tersebut dipertontonkan kepadanya.

Lain tak bukan hanya untuk memeras ugut.

TBC

𝗳𝗼𝗿𝗲𝘃𝗲𝗿 𝗼𝗻𝗹𝘆 | 𝗃𝗎𝗇𝗀 𝗃𝖺𝖾𝗁𝗒𝗎𝗇 (𝗰𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝘁𝗲𝗱)Where stories live. Discover now