Pelbagai memori pahit manis yang mereka ciptakan bersama dalam perkhemahan ini.
Mereka sedang mengemas barang mereka dan bersedia untuk balik.
"Dah ada semua?" soal Minghao selaku pemandu.
"ADAAAA" jawab mereka. Yang paling mangat txt lah.
"Barang semua dah lengkap? Kalau belum sila cek sekarang sebab aku taknak patah balik"
"Dah lengkap semuanya hyung. Cuma satu je" Minghao memandang Beomgyu pelik.
"Apa dia?"
"Maruah diri auchh" Minghao hanya facepalm mendengar jawapan Beomgyu lalu terus bergerak megah menyusuri jalan raya~~
Sepanjang perjalanan, txt sambung tidur mereka yang tergendala. Maklumlah, penat duk kemas barang walaupun diorang just angkut barang diorang je.
"Nyenyak sia diorang tidur. Aku pun nak tidur lah" monolog Chan lalu menutup matanya sambil hati mengira biri-biri sampai seratus.
"EVERYTHING I NEED IS ON THE GROUNDDD"
"YEAH WHAT GOES UP IT MUST COME DOWNN"
"YOU RUNNING OUT OF TIMEE"
Joshua memandang JeongCheol dengan penuh judge. Rosak lagu HitamPink diorang kerja kan.
"Kalau Bunga Ros dengar ni, confirm suara korang dengan muka sekali kena blacklist dari YG" ujar Joshua lalu sambung memandang ke luar tingkap. Tengok apa aku pun tak tau.
Jeonghan dan Seungcheol hanya tersengih mendengar kata-kata Joshua. Teruk sangat ke suara diorang?
2 hours later...
"Eh, kereta sapa tu parking depan rumah?" soal Minghao hairan. Joshua yang dari tadi memandang tingkap terus meneliti setiap inci kereta tersebut.
"Kau beli kereta baru ke Cheol?" soal Jeonghan sambil matanya masih melekat ke arah kereta yang tidak dikenali itu.
"Mana de. Aku takde bajet nak beli baru" ujar Seungcheol pula.
Kereta mereka parking di tepi rumah. Semua manusia di dalam kereta tersebut keluar dari perut kereta termasuk txt yang baru sahaja bangun dari tidur.
"Eo? APPAA" Soobin terus berlari dengan riang ke arah lelaki yang berada di tepi kereta.
"Soobin-ah" Tn.Choi terus memeluk anaknya lalu memandang ke arah ahli txt lain yang berlari ke arahnya.
"Kenapa pakcik balik awal?" soal Huening hairan. Ahli txt juga memasang hairan.
"Nak ambik korang lah. Lagipun kerja pakcik kat sana dah selesai. Also, terima kasih seventeen sebab tolong jaga anak saya dan 4 sepupu dia yang lain" ujar Tn.Choi sambil mengusap kepala Soobin.
"Bukan tarikh asal dia--"
Tn.Choi hanya tersenyum nipis sebelum mengatakan sesuatu.
"Memang tarikh asal dia saya nak ambik lusa tapi memandangkan saya baru je balik semalam so why not kalau saya ambik anak saya dengan sepupu dia ni. Lagipun nak melepaskan rindu kat anak kan" terang Tn.Choi.
95 liners hanya mengangguk lemah manakala ahli seventeen yang lain masih diam tidak terkutik.
"Kalau macam tu biar saya ambil barang diorang kat dalam" ujar Hansol setelah member nya yang lain langsung tidak bersuara.
"Terima kasih"
Selesai mengambil barang, ahli txt terus memeluk ahli seventeen seorang demi seorang.
"Hyung-deul, thank you tau 'cause jaga kitorang masa family kitorang kat luar negara" ujar Yeonjun selaku yang paling tua diantara 5 sepupu.
"No hal lah, lagipun hyung dah anggap korang macam adik kitorang apa? Kalau bosan boleh datang sini" kata Junhui sambil tersenyum manis.
"Kalau macam tu esok jugak kitorang datang main-- aduh!" Beomgyu mengaduh sakit tatkala Taehyun meluku kepalanya tanpa sebab.
"Dah kenap--" belum sempat Beomgyu ingin marah, Taehyun terlebih dahulu membisik sesuatu di telinga Beomgyu yang membuatkan Beomgyu terkaku.
"K-kau c-cakap apa? Kita pindah kat luar negara?! No way!! Aku nak tinggal sini dengan Jihoon hyung" Beomgyu terus berlari mendapatkan Jihoon yang elok tidur berdiri siap berdengkur lagi.
Terkejut jugak lah Jihoon bila ada manusia tetiba je peluk kaki dia.
"Eh kenapa ni?"
"Hyung hikss.. Nak tinggal dengan hyung. Kita taknak pindah hikss" Jihoon seakan terpana mendengar kata-kata Beomgyu.
Ahli svt yang lain juga turut terpaku mendengar kata-kata Beomgyu. Mereka cuba untuk tidak menangis tetapi mereka tahankan saja.
Jihoon terus mencangkung di hadapan Beomgyu lalu mengusap pipi Beomgyu sesekali dia mengelap air mata Beomgyu yang masih menitis.
"Beomgyu, janji dengan hyung, kalau korang datang sini lagi, jangan lupa datang terus ke rumah ni ok? Hyung semua still tinggal kat rumah ni walaupun hyung tak jamin sampai bila.
Lagi satu, kalau dah jadi idol femes nanti, jangan lupa call hyung. Nanti kita buat lagu sama-sama ok? Dah jangan nangis, tak macho lah lelaki nangis ni" pesan Jihoon.
Beomgyu hanya mengangguk lalu memeluk Jihoon dan yang lain buat kali terakhir termasuk ahli txt yang lain.
"Beomgyu, jom" kata Tn.Choi. Mereka berlima terus masuk ke dalam kereta. Mereka mengucapkan selamat tinggal buat kali terakhir sebelum kereta tersebut bergerak menyusuri jalan raya.
"Aku nak masuk bilik kejap" kata Seungcheol lalu masuk ke dalam rumah.
Yang lain terus mengikuti jejak langkah Seungcheol masuk ke dalam bilik masing-masing.
Rancangan mereka untuk membuat kejutan istimewa untuk txt terus lenyap begitu saja.
YOU ARE READING
Babysitter [SVT ft. TXT]🐥🌸 ✅
ФанфикKehidupan 13 orang lelaki bujang berubah apabila disuruh jadi babysitter oleh Seungcheol kepada 5 orang budak hingusan lagikan hanat perangainya. Dapatkah mereka bertahan dengan karenah mereka? Kalau nak tahu tengok lah cerita ni huehue.. ❗❗WARNIN...