"Lepas ni kita nak gi mana hyung?" soal Chan. Sesekali dia menoleh ke arah Taehyun dan Huening yang lena tidur di pangkuan nya.
Yang lain pulak tengah sedap tidur kat seat belakang dengan 98 liners. Rasa nak patah kaki Seungkwan dengan Hansol bila 3 orang budak tidur di pangkuan mereka. Lelagi Seungkwan. 2 orang bhaii kat pangkuan dia.
Tabah lerr..
"Kita balik rumah. Malam nanti, aku nak buat mesyuarat tergempar dengan korang pasal ahli kecik tu" ujar Seungcheol sambil matanya ralit memandang ke arah jalan raya yang sesak.
"Kenapa nak bincang pasal diorang pulak?" soal Soonyoung hairan. Seungcheol tidak menjawab malah mengeluh mendengar soalan Soonyoung.
"Nanti kau tau"
Semua ahli seventeen memandang sesama sendiri, pelik dengan ayat Seungcheol.
Di rumah....
"Korang naik atas lepastu mandi. Nanti hyung prepare baju tidur korang. Malam ni tidur awal" Beomgyu memandang Joshua dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.
"Pergi mana?" soal Yeonjun ringkas lalu menguap. Joshua hanya tersenyum memandang mereka berlima.
"Esok kita nak gi camping" seusai berkata begitu, semua ahli txt bersorak gembira lalu berlari naik ke atas. Sempat jugalah mereka bagi flying kiss kepada ahli svt.
"Hati-hati naik tangga tu!! Jangan berlari!!" pesan Joshua.
"Ok!!" jawab mereka lalu masuk ke bilik masing-masing untuk mandi.
"Ok gais, sini. Aku nak bincang sesuatu dengan korang"
Semua ahli svt pergi ke ruang tamu lalu duduk di atas sofa. Ada yang duduk di atas lantai sebab tak muat nak duduk kat sofa. Maklumlah, member ramai.
"Kenapa hyung?" soal Seungkwan. Sseungcheol menghela nafasnya lalu berkata;
"Hari Ahad ni adalah hari last kita jaga bebudak tu" kata-kata Seungcheol membuatkan semua ahli svt tergamam. Tidak tau untuk memberi reaksi apa.
"Hyung tipu kan senanya kan?" soal Minghao cuba untuk menyedapkan hatinya. Seungcheol hanya menggeleng lemah.
"Tak, aku tak tipu"
"Maksudnya, kita takkan jaga diorang lagi lah?" soal Seokmin meminta kepastian. Seungcheol mengangguk lemah membuatkan seventeen kehilangan kata-kata.
Tanpa mereka sedari, perbualan mereka didengari oleh seseorang. Si dia terus pergi ke biliknya sambil menahan air matanya dari jatuh.
"Dah lah, aku nak pergi check ahli kecik kat atas" Joshua terus bangun dari duduknya lalu pergi ke tingkat atas sambil mengesat air matanya yang sudah jatuh. Tidak mahu ahli txt melihatnya menangis.
"Haihh.... Aku nak pergi mandi" Jeonghan melihat Seungcheol bangun dari duduknya tanpa mengekuarkan sepatah perkataan dari mulutnya.
Seperti memikirkan sesuatu.
"Apa kata, sehari sebelum diorang balik kita buat majlis nak?" cadang Jeonghan menyebabkan Seungcheol toleh ke belakang.
"Majlis?"
"Yup, majlis"
"Macam mana?" soal Wonwoo kebingungan. Jeonghan hanya tersenyum kepada mereka.
"Ok plan aku macam ni"
Semua ahli seventeen mengangguk setuju mendengar cadangan Jeonghan kecuali Joshua. Dia still struggle kat tingkat atas.
Ahli txt pi kunci blik diorang. Siap gelak jahay lagi.
Joshua redho je. Takpe, ni boleh jadi momen terindah dia dengan txt.
YOU ARE READING
Babysitter [SVT ft. TXT]🐥🌸 ✅
FanficKehidupan 13 orang lelaki bujang berubah apabila disuruh jadi babysitter oleh Seungcheol kepada 5 orang budak hingusan lagikan hanat perangainya. Dapatkah mereka bertahan dengan karenah mereka? Kalau nak tahu tengok lah cerita ni huehue.. ❗❗WARNIN...