Babysitter [10]

61 10 2
                                    

Situasi Seungcheol Team....

"Ok so gyu, nak sawi or kubis?" tanya Scoups kepada Beomgyu. Beomgyu hanya menatap kosong ke arah sayur yang dipegang oleh Scoups.

"Hmmm... Orang nak sayur kangkang" kata Beomgyu dengan confident nya. Scoups mengerutkan dahi untuk menganalisis jenis sayur yang disebut Beomgyu.

"Kangkang? Kingkong lah Beomgyu HAHAHAHA. Tulah lain kali belajar dengan betul" kata Scoups selepas menganalisis sayur yang disebut sebagai 'kangkang'.

Beomgyu hanya mencebikkan bibirnya sambil menjeling ke arah Scoups yang tidak henti ketawa.

"Nilah manusia, baru salah ejaan dah kutuk. Kalau hyung salah baca ejaan al-Quran takde pulak Allah nak sambar petir" kata Beomgyu.

Terus terhenti tawa Scoups selepas sahaja Beomgyu berkata begitu. Jun hanya menggeleng melihat perangai hyung nya yang tidak berapa betul.

"Hyung pun sama kena belajar dengan betul. Kangkung lah hyung" kata Dino. Kali ini makin patah seribu hati Scoups apabila dua orang maknae di depannya menyerang dengan kata yang amat pedas.

"Dah jom lah hyung, beli sayur kangkung tu." gesa Wonwoo dan Minghao. Mereka bukan apa cuma, makcik yang dari tadi melihat drama mereka hanya mampu bersabar walaupun dalam hati berniat untuk menghalau mereka dengan penyapu lidi.

Scoups hanya mengangguk lalu membayar sayur kangkung yang dibeli tanpa berkata apa-apa.

Situasi Jeonghan Team....

"Kat sini takde kepala dugong ke?" tanya Jeonghan untuk kali ke-200 kepada penjual ikan.

"Takde. Bape kali dah pakcik cakap takde." kata pakcik itu yang fed up dengan perangai Jeonghan yang tidak henti menanyakan soalan yang sama.

Jeonghan hanya memuncungkan bibir nya apabila kepala dugong yang dicari tidak dijual.

"Dah lah hyung. Apa kata kita beli ikan Siakap ni hah. Lagi murah dari Siakap kat Langkawi" kata Taehyun malas. Malas nak layan perangai babysitter nya yang gedik nak mampus.

"Yolahh... Nak ikan siakap 1 kilo, ikan kembung 3 kilo and---"

"Kerang 5 kilo!!!" kata BooSeokSoon dan Soobin serentak. Jeonghan jatuh terduduk apabila riwayat duitnya akan habis hari ini.

Situasi Joshua Team....

"Memandangkan tugas JeongCheol mencari bahan basah dan ikan, apakata kita kat sini beli air and roti nak?" kata Joshua kepada ahlinya.

Ahli yang lain bersorak gembira apabila tugas mereka hanya makan menggunakan duit Joshua kecuali Jihoon.

Dia senanya rimas sebab Mingyu duk berkepit dengan dia lepas je ada satu 'perempuan' ngorat dia.

"Aku setuju cadangan hyung tapi Mingyu ni hyung campak kat tepi longkang boleh? Duk berkepit dengan orang je kejenya" kata Jihoon sesekali menjeling ke arah Mingyu yang kini sedang menatapnya dengan muka innocent.

"Haihh... Dah jangan gaduh jom kita pergi beli. Rasanya hyung nampak ada orang jual air + roti tadi"

"Kalau camtu jom lah hyunggg. Orang dah lapar nii" kata Huening dan Yeonjun serentak sambil membuat muka comel.

"Ok" kata Joshua dan mereka pun pergi beli roti dan air untuk mengisi perut yang kosong. Jangan risau diorang tahu apa yang diorang kena beli lepas je habis makan.

Selesai sahaja membeli barang....

"Ok barang semua dah ada kan? Takde tertinggal?" tanya Scoups sambil matanya fokus memandu. Kalau pandang belakang mau nya tak sambut ramadhan.

"Dahh"

Suasana di dalam kereta hanya senyap. Ahli SVT yang lain sedang membuat kerja sendiri manakala ahli TXT nyenyak tidur di peha Joshua, Hoshi dan Junhui.

Aku harap peha diorang tak patah lah lepas je balik nanti.

"Hyung pukul berapa kita pergi pantai?" tanya Wonwoo.

"Pukul 4:30" jawab Jeonghan. Air yang diminum Junhui terus tersembur ke kepala DK yang tengah tidur.

"Awal na juak?" kata Junhui dengan loghat Sarawak nya. Wuuu Sarawakk. Jeonghan hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu apa yang dirancang oleh Scoups.

Nasib dia faham sikit apa yang Junhui cakap. Kalau tak naya dia kena google semalaman.

Di rumah...

"Weh ahli kecik still tidur kan?" tanya Scoups. Joshua hanya mengangguk sambil mata tidak lepas memandang ke arah televisyen yang memaparkan persembahan dari kumpulan TujuhBelas dengan lagu 'Rock With You'

#Donepromoterockwithyou

"Chantekk. Aku keluar dulu tau. Nanti pukul 3:45 kau suruh ahli kecik dengan yang lain bersiap. Lepastu pukul 4:15 baru korang gerak ok? Bye"

"Buat ap--- kuaja punya unta. Haihh.. " Joshua sambung tengok televisyen sambil otaknya ligat fikir macam mana nak kejutkan ahli kecik.

3:30 petang...

Dengan berat kaki Joshua pergi ke bilik pertama iaitu bilik YeonBin. Tombol pintu dipulas lalu nampaklah gaya tidur dorang.

Kaki Yeonjun mendarat ke atas muka Soobin sambil mulut ternganga manakala tangan Soobin mendarat ke atas muka Yeonjun dengan gaya ingin menumbuk muka Yeonjun.

"Yeonjun, Soobin bangun. Tak lama lagi kita nak gerak pergi pantai." kata Joshua. Soobin bangun dengan mudah lalu terus meluru ke bilik mandi tanpa disuruh.

"Yeonjun, bangun. Taknak pergi pantai ke?" kejut Joshua dan Yeonjun pun bangun sambil menggeliat.

"Pukul berapa kita gerak hyung?" kata Yeonjun sambil menggosok matanya.

"Pukul 4:15" kata Joshua ringkas. Yeonjun hanya mengangguk lalu menuju ke tandas tingkat bawah untuk membuang hajat.

Selesai kejut YeonBin, Joshua pergi ke bilik BeomKai. Dilihatnya pintu bilik tidak tertutup jadi Joshua terus meluru masuk.

"Beomgyu, Heuning bangun. Nanti kita dah nak gerak pergi pantai"

Seusai kata begitu, Beomgyu dan Huening bangun dengan senangnya lalu menuju ke bilik air untuk membasuh muka dan mandi.

'Senag pulak nak kejutkan diorang' bisik hati Joshua sendirian. Selepas itu, dia terus meluru ke bilik Taehyun.
Ditatapnya lama pintu bilik Taehyun kerana dia tahu Taehyun jenis yang susah untuk dikejutkan.

Dengan bacaan bismillah, pintu dibuka perlahan lalu ternampaklah Taehyun yang sedang tidur nyenyak sambil berselimut.

"Taehyun, bangun. Kita dah nak gerak pergi pantai ni" kata Joshua.

2 saat kemudian, Taehyun bangun secara mengejut yang membuatkan Joshua hampir tercarut.

"Aish shib---" terus ditutup mulutnya sebelum menatap Taehyun.

"Haihh..terkejut hyung tau. Ni mandi pastu turun tau"

"Orang dah lama siap lah hyung" kata Taehyun lalu membuka selimut dan nampaklah Taehyun yang memakai baju yang kemas.

"Hmm...kalau macam tu turun lah bawah." ajak Joshua. Taehyun hanya mengangguk lalu mengikuti Joshua yang sedari tadi menatap nya dengan oandangan yang sukar ditafsirkan.

Babysitter [SVT ft. TXT]🐥🌸 ✅Where stories live. Discover now