Babysitter [8]

58 8 0
                                    

Akhirnya, hari yang ditunggu telah tiba dimana mereka akan pergi ke Busan untuk bercuti dengan menaiki kereta.

"Semua dah letak ke barang kat bonet?" tanya Scoups dengan wajah yang mengantuk + malas. Yang lain hanya mengangguk dengan wajah mengantuk nya.

Siapa je tak mengantuk diorang kena paksa bangun pukul 5:30 pagi. Semangat lah katakan si ahli kecik tu.

"Ok, jadi sapa yang nak memandu?"

Krik... Krik... Krik...

"Haihh.. Aku jugak kena pandu. Dah yang lain masuk kereta hyung pandu" arah Scoups. Yang lain hanya mengangguk lalu masuk ke dalam kereta.

Ahli txt pulak menunduk je dari tadi tapi tetap jugak naik kereta and duduk seat kat belakang.

Dalam perjalanan, kereta tu hanya senyap sunyi. Hanya kedengaran bunyi radio sahaja di dalam kereta. Ahi txt sedikit pun tidak mengeluarkan suara.

Scoups yang tengah memandu hairan kerana selalunya txt lah yang selalu menyanyi apabila mereka di dalam kereta.

"Korang berlima kenapa diam je?" tanya scoups. Ahli txt hanya menggeleng lemah sambil tersenyum menandakan mereka okay.

Scoups mula rasa pelik. Pelbagai fikiran negatif mula muncul di otak nya. Tetapi di abaikan sahaja dan enjoy the trip.

4 jam kemudian.... (Author tak tahu jarak Seoul ke Busan jadi masa tu hanya agak² saje)

"Akhirnya kita dah sampai" kata Scoups lalu mengejutkan manusia di dalam kereta itu. Selang beberapa minit, semua mereka bangun dan keluar daripada kereta.

"Woahh hebatlah kau. Sempat ek kau cari rumah hari tu" kata Jeonghan dengan sedikit kata sindiran.

"Opcos lah" kata Scoups bangga. Joshua yang mendengar english scoups hanya membiarkan sahaja walaupun dalam hati mahu membetulkan perkataan itu.

"Ahli kecik sekalian, ni lah rumah yang kita akan duduk." kata Joshua sambil tersenyum. Mereka berlima hanya tersenyum memandang homestay yang mereka akan diami.

Selepas habis mengemas barang, si leader memanggil semua manusia yang ada di rumah termasuk txt untuk mengadakan mesyuarat kecil.

"Baiklah, memandangkan aku penat jadi aku nak tanya satu soalan je dekat anak asuhan kita."

"Kenapa kitorang kena ada jugak?" tanya Hoshi yang masih mengantuk. Scoups hanya mengendahkan soalan Hoshi dan beralih kepada anak asuhannya.

"Korang dalam kereta kenapa senyap je? Selalunya korang kalau excited mesti korang akan nyanyi." tanya Scoups. Soobin mula berdiri mewakili ahli txt yang lain.

"Takde apa sebenarnya cuma kitorang...." semua orang tertunggu dengan ayat Soobin yang tergantung.

"Kitorang......"

"Kitorang?"

"Kitorang...... "

"KITORANG APA?!"

"Kitorang rasa bersalah sebab kejutkan hyung awal pagi" lancar dan jelas Soobin menyambung ayat yang tergantung tadi. Soobin yang sedar menutup mulut kerana terlepas cakap.

"Haihh.. Hyung tak marah lah. Lagipun elok lah tu kejut awal." ahli txt hairan dan pada masa yang sama blur dengan perkataan 'elok lah tu kejut awal'.

"Kalau kita berangkat awal, lagi bagus sebab takde traffic jam. And then kita tak lewat. Kalau kita lewat nanti tak dapat kita nak pergi jalan-jalan" terang Scoups panjang lebar.

Yang lain yang masih mengantuk tadi ternganga apabila mendengar penerangan Scoups yang panjang lebar. Takdelah panjang sangat dia berucap sebenarnya.

"Jadi, hyung tak marah kitorang lah?" tanya Yeonjun was-was. Scoups hanya tersenyum lalu memandang ahli yang lain sambil memberi isyarat mata.

"TAK" kata seventeen serentak. Selapas itu, ahli txt terus memeluk seventeen kerana tidak memarahi mereka hanya sebab mereka kejutkan mereka bangun awal.

"Saranghae hyunggg"

"Uridooo"

After buat group hug, diorang buat kerja masing². Ada yang sambung tidur. Ada yang main kejar² sana sini. Ada pulak yang kacau orang untuk mengisi masa lapang.

"Wehh Mingyu aku lapooooo. Masaklah wehhh" kata Dk yang kelaparan. Mingyu yang tengah usha diri sendiri kat insta mula memandang Dk.

"Bukan ke kau yang paling banyak makan?" tanya Mingyu hairan. Mula teringat dimana Dk makan dengan rakus bagai ada saka di dalam badan.

Nak dekat 3 pinggan jugaklah dia makan. Yang lain semua terkejut sebab diorang tak pernah tengok Dk makan banyak macam tu.

"Alahh still tak cukup" kata Dk. Mingyu memandang Dk dengan muka yang hairan. 'Apa dia ni bela saka ke apa? Seungkwan tak pernah lagi duk minta makan gini'

"Malas lah, kau suruh lah Jun hyung masak" kata Mingyu lalu sambung usha diri sendiri di insta. Dk hanya pout lalu pergi ke arah Junhui.

'Akhirnya aku bebas' kata Mingyu dalam hati sekali....

"GYU HYUNGG TOLONGG MASAKK. KWANN LAPOOO"

Haa sudahh....

"Eishh... MASAKLAH SENDIRI"

"OK KALAU DAPUR MELETOP KWAN SALAHKAN HYUNGG" kata Seungkwan yang berura-ura ingin pergi ke dapur.

Mingyu yang mendengar perkataan 'meletop' terus bangun lalu pecut pergi ke dapur.

"KAU JANGAN BUAT HAL KWAN--" terhenti Mingyu disitu apabila dia ternampak Seungkwan dan Dk sudah duduk di meja makan. Oh lupa nak cakap bukan diorang 2 je ada, ahli kecik pun ada kat situ.

Sapa lagi kalau bukan CHOI YEONJUN.

Babysitter [SVT ft. TXT]🐥🌸 ✅Where stories live. Discover now