Di belakang rumah, terdapat 4 orang budak dan seorang lelaki dewasa yang tak berapa matang sedang berpeluh-peluh melakukan sesuatu.
"Pisau" arah Minghao.
"Pisau" kata Beomgyu sambil mengulang semula kata Minghao.
"Tisu" arah Minghao pula
"Tisu" Taehyun terus memanjat kerusi dan mengelap peluh di dahi Minghao.
Mereka berpeluh-peluh untuk melakukan aktiviti yang tidak diketahui itu.5 minit kemudian...
"Akhirnya dah berjaya." kata Minghao lalu ahli kecik yang lain bersorak siap buat group hug lagi tau.
"Hyung, yang ni apa?" tanya Taehyun sambil jarinya menunjuk ke arah satu organ yang berada di atas meja.
Organ? Diorang bedah apa?
"Tu abdomen dia" kata Minghao dan diangguki oleh yang lain.
"Hyung, katak ni bertelur ke beranak?" tanya Hueningkai. Soalan itu membuatkan Minghao ketawa kecil melihat telatah mereka.
"Katak bertelur lah" kata Minghao tapi Beomgyu mengangkat tangan persis seorang pelajar yang ingin menanyakan soalan kepada guru yang tengah mengajar.
"Kenapa dia tak beranak?"
"Kalau dia beranak, siapa yang nak bedah perut dia? Siapa yang nak tolong ambik kan anak dia nanti? Sebab tu lah katak bertelur" terang Minghao.
"Ouhhh macam ayam lah. Ayam kan bertelur" kata Yeonjun. Minghao hanya senyum kecil melihat mereka.
"Dah sekarang, tolong kemas ni. Nanti scoups hyung marah" dan yang lain pun tolong lah Minghao kemas meja tu.
Bedah katak rupanya ingatkan apalah tadi.
Naneun aniya,
Swipji anheun geot gata iyaa,
Yeojeona gaedeoneun,
Nae haru harureul chaeugo,
Ajigeun aniya,
Pabo cheoreom dwae ne neun na,
Ip gai maemdoneun,
Mareul samgil su eopseo,
It's not fine~Dengan iringan lagu 'Fine' dari Taeyeon kerja diorang siap dengan cepat.
"Mana pergi pisau aku ni?" omel Mingyu sendirian. Vernon yang melihat keadaan itupun terus pergi ke arah Mingyu.
"Tadi aku nampak Minghao hyung ambik sesuatu dari dapur. Macam nak mencuri pun ada" kata Vernon.
"Dia ambik apa?" Vernon hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu apa yang diambil oleh jejaka itu.
"Tapi pagi tadi, nampak yang diorang duk main katak. And then diorang pergi laman belakang. Aku ada dengar pasal diorang nak bedah katak tu"
Sebaik sahaja berkata begitu, Mingyu terus berlari menuju ke laman belakang. 'Oh my lobely dobey pisau. Aku akan selamatkan kau dari manusia durjana tu'
Soobin yang sedari dari tadi asyik menonggeng sambil memandang tv. "Gedik betul pompuan tua tu. Nasib baik tangan kau digigit ikan duyung tu." bebel Soobin sendirian.
Cer teka Soobin tengok cerita apa? 😏
"Soobin hyungg" Soobin terus menoleh ke arah suara yang memanggil namanya.
"Huening-ah." kata Soobin sebelum memeluk adiknya yang dipanggil sebagai adik angkat.
"Best ke main katak?" tanya Soobin sesekali matanya memandang ke arah kaca tv yang memaparkan cerita 'Legend Of The Blue Sea'
"Best. Banyak benda boleh belajar" kata Hueningkai dengan semangat. Almaklumlah, dia sorang je belum pergi sekolah.
Soobin hanya mengangguk sambil tersenyum kecil melihat telatah comel adik nya itu.
"ANAK-ANAK MARI MAKAN"
Semua orang berpusu-pusu meluru ke meja makan. Lapar sangat tu padahal baru je pagi tadi diorang makan macam tak makan setahun.
Semua duduk di meja makan kecuali Mingyu. "Baiklah, semua dah ada ke?" tanya Scoups. Joshua sebagai abang yang prihatin mengira jumlah yang ada di meja makan termasuk dirinya.
"15,16,17-- lagi sorang mana?" tanya Joshua semua hanya mengangkat bahu. "Hyungg isk"
"Mingyu? Pahal ko ni?" tanya Scoups. Mingyu tidak menjawab soalan Scoups malah makin galak menangis. Pisau tak jumpa ler tu.
"Weh, pahal ni? Jangan lah peluk aku" kata Woozi apabila jejaka tinggi lampai itu memeluk dia secara tiba-tiba.
"Hyung, pisau aku hilang hyung HUWAAAA" tangis Mingyu. Dengan serta merta kepala nya selamat diketuk pakai sudip oleh Woozi.
"Pisau hilang jangan lah peluk aku" kata Woozi lalu menolak jejaka itu. Terus dilepas pelukan tadi.
Bangang nye ayat aku.
"Kau cari ni ke Mingyu?" tanya Minghao sambil jarinya dituding ke arah tempat letak pisau. Mata Mingyu terus memandang ke arah yang dituding Minghao.
Terpaku kejap si Mingyu. Macam main 'mannequin challenge' pun ada.
'Sejak bila pulak ada kat situ? Bukan tadi hilang ke?" bisik hati Mingyu. Meanwhile, ahli txt sudah berdekah melihat wajah Mingyu yang menangis kerana pisaunya hilang.
"Mingyu hyung tak malu nangis sebab pisau" -Yeonjun
"Hahahahaha lawak lah muka hyung nangis tadi. Nanti nak post lah"-Soobin
"Dah besar pun menangis apa lah hyung hahahahaha" -Taehyun and Beomgyu
"Hyung ni comel lah nangis sebab pisau. Hahahahaha lol"- Huening
Mingyu hanya menjeling mereka berlima lalu duduk di sebelah Junhui selepas Scoups menyuruhnya duduk.
"Dah lah tu. Pisau dah ada. Moh ler kita makan" kata Jeonghan. Dari tadi tak makan asyik layan drama je.
Masing-masing makan dengan senyap di meja makan kecuali Taehyun, Yeonjun, Beomgyu dan Hueningkai.
Joshua yang perasan mereka langsung tidak menyentuh makanan terus bertanya. "Kenapa korang tak makan?"
"Kitorang memang nak makan tapi..."
"Ayam goreng nya nggak ada" kata Beomgyu dengan loghat indon nya. Joshua hanya tersenyum kecil melihat mereka.
"Ayam goreng takda takpa, janji ada makanan yang lain yang kita boleh makan." kata Joshua. Mereka hanya mengangguk lalu makan makanan mereka.
"Guyss, hyung ingat nak bawak korang semua pergi taman petang ni. Nak join tak?" tanya Hoshi kepada ahli txt yang sedang sibuk makan.
"NAKKKK" hambek kau diorang jerit macam takde hari esok. Terkejut Hoshi mendengar jeritan mereka sambil mengusap dadanya sendiri.
Selepas makan....
"Ahli kecik basuh tangan lepas makan!!!"
"Yee!!!"
Kelima-lima mereka bergegas pergi ke sinki.
"Aku dulu basuh sebab aku leader" kata Soobin dengan riak takbur nya sambil mengembangkan hidungnya bangga.
"Aku lepas Soobin because I'm the oldest" kata Yeonjun pula.
"I'm third because I'm the second oldest" kata Beomgyu lalu berbaris di belakang Yeonjun.
"Kita keempat lepas Beomgyu and Huening terakhir" kata Taehyun muktamad. Huening hanya mengangguk tanoa berkata apa-apa.
Selesai giliran Soobin mencuci tangan, giliran Yeonjun pula untuk mencuci tangan. Tapi lain pula yang jadi bila Yeonjun mula....
"Jom cuci tangan selepas makan, dengan Dettol untuk dilindungi~" nyanyi Yeonjun. Member kat belakang support je siap menari lagi tau.
Selepas itu, giliran Beomgyu untuk mencuci tangan. Sedang elok mencuci tangan tiba-tiba dia ternampak sesuatu di sebalik sabun Dettol.
Tapi diabaikannya lalu pergi dari situ selepas mencuci tangan. Takut ler teww. Taehyun pula untuk membasuh tangan. Selesai basuh, Taehyun mengambil sesuatu di sebalik sabun Dettol lalu smirk kemudian berlalu pergi.
Hueningkai pula membasuh tangan macam biasa. Sama seperti Soobin lalu terus pergi menuju ke ruang tamu walaupun dia pelik apa yang Taehyun ambil disebalik sabun Dettol.
YOU ARE READING
Babysitter [SVT ft. TXT]🐥🌸 ✅
FanficKehidupan 13 orang lelaki bujang berubah apabila disuruh jadi babysitter oleh Seungcheol kepada 5 orang budak hingusan lagikan hanat perangainya. Dapatkah mereka bertahan dengan karenah mereka? Kalau nak tahu tengok lah cerita ni huehue.. ❗❗WARNIN...