"Laparnyaaa" rintih Beomgyu. Dipandang perutnya yang berkeroncong menandakan dia teramat lapar. Maklumlah Jeonghan yang masak dia takde selera sangat.
Katanya masakan Jeonghan ni pelik. Beomgyu yang cakap ye pembaca sekalian.
"Lapar pi lah makan" kata Taehyun sambil matanya tidak lepas bermain game bersama Yeonjun.
"Tapi aku malas" rintih Beomgyu lalu baring sebelah Hueningkai yang dah lama terlelap.
"Hah apa kata suruh Jun hyung masak" cadang Soobin memandangkan dia juga lapar sama seperti Beomgyu.
"Bijak jugak kau eh? Asal aku tak terpikir tadi?"
"Sebab kau malas nak guna otak kau" kata Taehyun selamba. Beomgyu hanya menjeling Taehyun lalu melangkah kekuar bersama Soobin.
Baru setapak mereka berjalan tiba-tiba....
"BOO SEUNGKWAN!!!!!"
"Apahal tu?" soal Soobin lalu menarik tangan Beomgyu untuk mengintai apa yang jadi.
"AARRGGHHH AMPUN HYUNGG"
"ARGH TAKDE. SINI KAUU"
"TIDAKKK SERKOP HYUNGG TOLONGG"
Scoups yang mendengar namanya yang kini dipanggil 'Serkop' hanya memandang Seungkwan dengan pandangan 'kau dah buat salah kau tanggung sendiri'. Lalu masuk ke dalam biliknya.
"SINI KAUU BUNTALL"
"AARRGGHH JOSHUA HYUNG JANGAN DIAMBIK PENYAPU TU HYUNGG"
"KISAHH PULAK AKU"
"Diorang buat apa tu?" soal Beomgyu.
"Entah. Eloknya kita pergi masuk bilik" kata Soobin lalu segera mereka berdua masuk ke bilik.
Oh lupa nak cakap diorang berlima tidur kat bilik YeonBin. Untuk mengeratkan silaturrahim katanya.
Meanwhile di tingkat bawah....
"Agak nya bila diorang nak berhenti ek?" soal Dino. Jeonghan hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu bila 'peperangan' ini berakhir.
"Mungkin 20 tahun akan datang" sampuk Vernon sambil menghirup air kosong. Dino hanya mengangguk lalu memandang Joshua yang kini membawa kuali manakala Seungkwan melindungi diri daripada Joshua di belakang sofa.
Sementara itu, ahli SVT lain sedang memegang banner seperti;
"GO JOSHUA!! GO JOSHUA!! KALAHKAN SEUNGKWANN"
"DIVA BOO HWAITINGG!!! JOGET MAS IDAYU SIKETT!"
"Asal diorang gaduh?" tanya Minghao.
"Citer dia camni, time tu Joshua hyung nak gi jamban nak berak. Lepastu Seungkwan ni tadi dengan bijaknya baling mercun pop pop yang dia baru beli dalam jamban sebab dia ingatkan takde orang dalam tu" terang Hoshi panjang lebar."Padahal ada orang dalam jamban tu. That's why diorang jadi gitu" tambah Hoshi lagi. Minghao hanya menggeleng mendengar cerita sebenar dari Hoshi.
"Hyung, aku tau hyung marah tapi turunkan penyapu tu hyung" kata Seungkwan yang masih menyorok di belakang sofa.
"Kau dah letupkan jamban pastu kau nak aku turunkan penyapu? No way man. You will sleep at the kitchen tonight. If I heard any knocking sound at any doors, then you will sleep outside"
Terus sahaja Joshua menyimpan penyapu dan pergi ke biliknya menghiraukan Seungkwan dan yang lain kecuali Vernon ternganga apabila Joshua berspeaking.
"Weh dia cakap apa doh? Satu hapak pun aku tak faham" Seungkwan yang tadinya menyorok takut mula bertanya kepada Vernon.
"Dia cakap kau akan tidur dapur malam ni sebagai hukuman and kalau dia dengar bunyi ketukan pintu kat mana-mana bilik then kau akan tidur luar" terang Vernon.
"Habislah kau Seungkwan. Kau tau hari tu aku ada nampak toyol lari laju doh. Kau kena hati-hati atau kaki kau dia gigit nanti" kata Jeonghan yang cuba menakut-nakutkan Seungkwan.
"Ish hyung ni. Tipu je. Entah-entah Jihoon hyung" kata Seungkwan untuk menyedapkan hati walaupun dia dah sumpah seranah dalam hati tidak mahu berjumpa dengan 'toyol' tersebut.
"Dah pukul 10:30 ni. Jom tidur kecuali Seungkwan hyung. Sapa suruh cari pasal kat Joshua hyung" kata Dino tanpa rasa bersalah.
Jahat punya maknae.
"Jom lah kita"
Masing-masing pergi ke bilik untuk tidur kecuali Seungkwan yang dipaksa tidur dapur. Dengan hati yang berat Seungkwan mengambil tilam, selimut dan bantal yang sudah disediakan lalu meletakannya di tepi peti ais.
Senang nak curi makan katanya.
Pukul 2:30 pagi....
Seungkwan terbangun dari tidurnya lalu bangkit untuk minum air. Sedikit rasa bangga di dada apabila dia tak perlu susah-susah untuk turun tangga ambik air.
'Bagus jugak Joshua hyung denda aku tidur kat dapur. Takyah lah susah aku nak turun minum or makan ihik" bisik hati Seungkwan berpuas hati bila dia dihukum tidur di dapur.
YOU ARE READING
Babysitter [SVT ft. TXT]🐥🌸 ✅
FanficKehidupan 13 orang lelaki bujang berubah apabila disuruh jadi babysitter oleh Seungcheol kepada 5 orang budak hingusan lagikan hanat perangainya. Dapatkah mereka bertahan dengan karenah mereka? Kalau nak tahu tengok lah cerita ni huehue.. ❗❗WARNIN...