20 years later....
[Incheon Airport]
"AAARRRGGHHHH TXTTTTT"
"SARANGHAEE OPPAAA"
"OPPA TAKE ME TO HEAVEN PLEASEEUU"
"OH GOD HENSEM SIAAA AARRGGHHH"
"YOENJUN-SSII!! HOW DARE YOU BEING SO HANDSOME IN FRONT OF MY EYES?!"
Lelaki yang dikenali sebagai Yeonjun hanya tersenyum kekok mendengar peminatnya memarahinya hanya kerana dia terlalu hensem.
Ewahhhh.
"TXT, kamu boleh naik kereta ni sekarang. Pasal fans, jangan risau. Nanti bodyguard uruskan" ujar manager mereka.
Mereka hanya mengangguk lalu berjalan dengan 'normal' di jalan yang agak 'normal' di mata para idol.
"Tepi tepi!! TXT nak lalu. Sila bagi laluan!!"
Soobin nampak ada ruang yang besar di bahagian hujung jalan yang kebetulan kereta mereka berada di sana.
"Guys, dalam kiraan 3 kita lari gi sana ok?" arah Soobin. Ahli yang lain hanya mengangguk mendengar arahannya.
"3"
Tali kasut sudah diikat ketat.
"2"
Badan dikawal sebaik mungkin dan bersiap sedia untuk berlari.
"1!!"
Mereka berlima berlari sekuat hati lalu masuk kedalam kereta.
Dengan kadar cepat, Taehyun menutup pintu apabila ternampak seorang peminat yang berlari laju ke arah kereta mereka.
"Fuhhh selamat" kata Beomgyu lalu mengambil nafas sebab semput berlari.
"Pak cik, kita nak gi mana lepas ni?" soal Soobin, leader group TXT.
Ya kawan-kawan, mereka sudah menjadi salah satu idol yang berjaya di bawah naungan JinHi-- i mean HYBE Entertainment.
"Kita gi Hybe dulu nak ambil barang korang lepastu balik dorm" ujar pak cik tersebut sambil matany ralit memandang jalan raya yang sesak.
"Guys, agak-agak diorang ingat kita lagi tak?" soal Huening secara tiba-tiba.
"Diorang? Siapa?" tanya Taehyun yang sedikit blur.
"Diorang. Aduh takkan tak ingat?" kata Huening lagi.
"Oh, diorang ke? Aku faham maksud kau Huening. Tapi, diorang still ingat kita lagi ke? Ye lah, memasing dah tua kan sekarang ni. Muka diorang mana sama dengan muka diorang dulu" ujar Yeonjun.
"Tapi, tak salah kan kalau kita try cari diorang" kata Huening lagi. Soobin memandang ke arah Heuning hairan.
"Cari kat mana?"
Huening hanya tersenyum sinis lalu berkata;
"Minggu depan korang tau lah" ujarnya lalu sambung bermain game di telefon mliknya.
Ahli txt yang lain memasang wajah cemberut apabila terpaksa menunggu minggu depan tiba.
Time skip [next week]….
"Kamu pasti nak pakcik tinggalkan kamu kat sini je?"
"Pasti pakcik. Jangan risau, kitorang ada kereta kat hujung sana. Kalau kitorang tak jumpa gak, kitorang bileh balik naik kereta tu" ujar Beomgyu.
"Kalau ada apa-apa call saya ok?" kata manager mereka sebelum masuk ke dalam kereta.
"Ok!!"
Kereta tersebut terua bergerak laju di atas jalan raya. Harap si manager tak mabuk kereta.
"Jom kita gi sana" kata Huening.
"Eh kau, confident tu jangan tinggi sangat boleh?" Taehyun mencekak pinggang.
"Apa? Betullah rumah diorang kat sana. Aku ingat lagi tau" kata Huening lalu berjalan kaki ke arah yang ditunjuknya.
Member yang lain hanya mengikut Huening dari belakang. Entah boleh caya ke tak si Huening ni.
Setelah beberapa minit mereka berjalan, akhirnya mereka tiba di sebuah rumah.
Rumah tersebut kelihatan bersih dan apa yang menghairankan mereka adalah, terdapat sebuah kereta yang asing bagi mereka.
"Kereta siapa tu? Seingat aku diorang mana ada beli kereta tu dulu?" soal Yeonjun hairan.
"Itu dulu, sekarang lain. Haihh... Beomgyu, tekan loceng tu pat" arah Soobin. Beomgyu hanya menganggukkan kepalanya lalu menekan loceng rumah tersebut.
Selang beberapa minit, muncul seorang lelaki sebaya mereka di muka pintu.
"Ya, cari siapa?" soalnya.
"Ermm ni rumah 13 orang lelaki tu kan? Yang nama seventeen tu" tanya Taehyun meminta kepastian.
"13? Seventeen? Oh, babysitter tu? Diorang mana duduk sini dah. Diorang dah pindah 5 tahun yang lalu" ujar lelaki tersebut.
"Erm, by any chance, awak tau tak kat mana diorang pindah?" tanya Soobin.
"Entah lah, tapi setahu saya first day saya pindah sini, diorang ada cakap kalau ada 5 orang lelaki cari diorang kat sini, suruh mereka cari diorang kat Busan. Sebab kemungkinan besar diorang sekarang ni tinggal kat Busan" jelas lelaki tersebut.
"Korang ke 5 lelaki yang diorang mention?" soal lelaki itu pula. TXT hanya menganggukkan kepala mereka.
"Ouh baguslah tu. Kejap ek" lelaki tersebut terus masuk ke dalam rumah seperti mengambil sesuatu mengabaikan TXT yang masih bingung.
Lima minit kemudian, lelaki tersebut muncul dengan 5 utas gelang silver dan mempunyai nama mereka di setiap gelang.
"Apa ni?"
"Ni adalah gelang yang diorang suruh saya bagi kat korang kalau koramg datang sini lagi. Diorang ada cakap jugak yang gelang tu dapat bantu korang cari mereka" jelas lelaki itu.
"Tapi, macam mana?" soal Soobin. Mereka masih bingung bagaimana gelang ini akan membantu mereka mencari seventeen.
Lelaki itu hanya tersenyum sebelum pamit untuk masuk ke dalam rumah.
"Aduhh, dah satu hal nak cari diorang. Lelaki tu bukannya nak bagitau kita macam mana" kata Yeonjun sambil meramas rambutnya geram.
"Why not lusa kita gi Busan?" cadang Taehyun sambil matanya ralit memandang gelang tersebut.
"Hah???!!"
Taehyun hanya tersenyum sebelum mengajak mereka pulang. Nampaknya, mereka ada satu lagi tugas besar untuk mencari seventeen.
Bukan di Seoul tetapi Busan.
-The End-
______________________
Hmm... Author rasa author patut buat satu lagi book tentang diorang cari SVT kat Busan.Sebab kalau buat kat sini nanti chap nye jadi panjang so stay tuned for the new book. Even author tak tau bila author akan publish.
Mungkin tahun depan? HSHSHSHSHS.
Once again thanks for reading my fanfic even tak banyak yang baca. Takpe kita faham, author takdelah famous mana macam author yang lain.
Haihhh... Eh tiba mood jadi sedih. Btw, stay tuned for my new book about them finding SVT at Busan.
Dedaaa👋✨👋✨
YOU ARE READING
Babysitter [SVT ft. TXT]🐥🌸 ✅
FanfictionKehidupan 13 orang lelaki bujang berubah apabila disuruh jadi babysitter oleh Seungcheol kepada 5 orang budak hingusan lagikan hanat perangainya. Dapatkah mereka bertahan dengan karenah mereka? Kalau nak tahu tengok lah cerita ni huehue.. ❗❗WARNIN...