Bab 16

6.7K 283 10
                                    


"awak suka duduk kampung?"Tanya Daniel.

"Suka.. tenang sangat"

Daniel tersenyum.Ada juga orang kaya seperti Maya suka duduk di kampung.Dulu dia rasa segan mahu mengajak Maya pulang kekampung. Jika nak dibezakan dirinya dengan Maya dia seolah lelaki kampung biasa manakala Maya pula seorang permaisuri.

Tapi tidak disangka Maya bukanlah seperti anggapanya. Walaupun banyak juga perkara baru bagi gadis itu, dan banyak juga yang tidak dia suka tapi dia tidak pernah merungut. Nak ke tandas berlakang pun sekarang dah ada lampu. Cerah sahaja jalan.

Demi kebaikan keluarga alasan Maya mahu memasang lampu dan eletrik di bahagia berlakang rumahbanyak perkara yang Maya berlajar bersama ibu dan adik-adiknya.

Walaupun setiap hari Maya menjerit kerana mandi air telaga yang sejuk.Namun itu jugalah hal baru baginya.Sebelum ini mandi air dengan pemanas bila kena air sejuk, sihat lah sikit kulit tu.

"Awak nak cuba laksa johor tak?"Daniel bertanya kepada Maya yang sibuk memandang perniaga-perniaga bazar itu.

Bukan apa, dia rasa turut sedih kerana berniaga bukanlah hal yang mudah.Kalau dilanda hujan dengan ribut hilanglah modal mereka.Tapi tidak tentu juga, kalau tak habis pun susah.

Maya memang seorang gadis yang minat dalam hal perniagaan. Dia banyak bersusah payah untuk habiskan masa dengan mencari duit modal sebelum berdiri di pangkat yang tinggi.Bermua dari bawah, Maya yakin perniaga-perniaga bazarini berusaha lebih.

"Maya.."

"Ha ye? Kenapa?"

"Awak nak ngorat pak cik Nasi lemak tu ke? Handsome sangat ke? Saya rasa saya handsome lagi.."Perli Daniel.

Maya kerut dahinya.Pakcik yang dikatakan Daniel dipandang, Maya mengeglengkan kepalanya..

"Tak la.. I cuma kesian dengan perniaga-perniaga ni.. ada yang ramai pelanggan ada yang tak.. kadang-kadang nak dapat duit modal pun susah"Ujar Maya tanpa memandang wajah Daniel.

"Ye ke?"

"Bukan ke you cakap you kerja dekat kedai runcit Pak apa tah yang you cakap tu.. takkan tak tahu tentang modal?"

"Mana lah saya nak tahu bukan saya toke kedai, dah la.. awak nak cuba tak laksa johor? Dekat sini sedap.."

"Ikut la.."

Daniel tersenyum sebelum berjalan diikuti Maya. Berpusing satu bazar Ramadhan itu untuk mencari juadah berbuka puasa.Bau hidangan jualan yang dijual menaikkan selera. Kalau diikutkan mahu sahaja beli semua tapi takut membazir pula.

"Banyak dah ni.. awak nak apa-apa lagi tak?"

"Saya teringin nak rasa roti tisu tu.. macam sedap je"Maya menarik tangan daniel menuju ke gerai itu. Dipesan lima keping roti Tisu.

Sepanjang duduk dikampung, Maya yang telah banyak mengeluarkan duit untuk makan minum keluarga mertuanya.Dia tidak kesah tentang duit, asalkan keluarga metuanya bahagia.Dia turut bahagia, seolah mereka semua sekeluarga yang dianggap keluarga sendiri.

"Daniel.."

Maya dan Daniel saling memandang seorang gadis bertudung mendekati mereka.

"Alia! Bila awak balik?" Daniel bertanya kepada wanita itu.teruja wajahnya meliaht gadis itu.

"Baru sahaja.. rindu nak sambut puasa dengan Mak ayah.. awak? Bukan kerja dekat KL ke?"Alia Nazira bertanya.

"Haah, balik cuti sekejap, Ibu tak berapa sihat lagi.."Sopan Daniel.

"Ouh.. ni? Mak sedara awak ke?" Alia mengerling Maya dari atas hingga bawah.

Melihat Maya yang tidak bertudung membuatkan Alia memandang dengan pandangan jijik.Iyalah jarang nak jumpa orang kampung tidak bertudung.

"No, she's my wife.. Maya Ariana.."Kata Daniel.

"Lah dah kahwin rupanya! Baru nak cuba tadi"Alia ketawa diikuti Daniel.

"Hahaha maaflah.. kitorang buat majlis kecil-kecilan sahaja.. cukuplah sekadar majlis akad nikah"

"Betul lah tu.. budak kampung mana ni Daniel?"Alia mengerling Maya lagi.

Maya yang sedari tadi memandang Daniel dan Alia dengan tatapan biasa. wajah Alia yang bersolek tebal dan pakaian Alia pula seakan berada di luar negara tidak seiring dengan gaya muslimahnya.

'Eh eh.. dekat kampung je dik, taulah belajar oversis pun' Gumam Maya dalam hati.

"Ahh orang Kl.. Miss Maya pemilik syarikat MY INTERIOR DESIGN AND DECORATION SDN.BHD" Panjang Daniel menenrangkan.

Membulat mata Alia.

'Orang kaya rupanya.. patutlah terhegeh-hegeh'Bisik hati Alia.

*

"Allahummalakasumna.. wabika amanna.. waala ristikar aftharna.. birahmatikaya.. arhamar rahimin.."

"Amin.. Makan ibu, ayah"

Masing-masing mejamah selera kecuali Maya.Gadis itu hanya menhilangkan dahaganya dengan air yang dibeli di bazar tadi.Matanya masih belum berhenti memberi pandangan tajam kepada Daniel yang sedang makan itu.Hilang selera makannya sejak pulang dari Bazar tadi.

"Maya kenapa tak makan?"

"ahh takpa ibu, tak ada selera.. Maya nak solat dulu lah.. ibu nak ke surau ke malam ni?"Tanya Maya kepada Puan Solehah.

"Itulah,ibu ingat nak terawih dekat surau.. ibu pun dah makin sihat"

"Allhamdulillah boleh ibu, kerusi roda ibu kan ada? Nanti Maya tolak ibu.. adik-adik nak ikut sekali ke?"

"mestilah akak.. Bulan puasa ni lah kita nak kumpul pahala.."Kata daniya diikuti anggukkan dari Dahlia.

"Ha bagus lah itu.. kita jalan sama-sama nanti.. Sayang tolong iron baju abang boleh"Daniel pula ikut drama mereka.

Maya menjeling Daniel.

'Sayang.. sayang.. orang tengah marah dia bersayang-sayang.. pokok kelapa depan rumah tu ada, pergilah bersayang dengan dia'

Laju Maya bangun beredar dari dapur.Malas mahu melayan Daniel.Hatinya masih sakit kerana ulah di bazar tadi.

"Kenapa dengan Maya tu Daniel?"Tanya Encik Adnan.

Daniel menggelengkan kepala. Bukan tak tahu tapi tahu.Sejak pulang bazar Maya sudah masam muka. Mungkin kerana kata-kata Alia, sahabat kecilnya itu membuatkan dia terasa.


Bersambung...

MISS MAYA [C]Where stories live. Discover now