"Eh ni bukan ke baju yang aku tumpahkan air dulu?"Daniel membelek baju yang ingin dibasuhnya.
Sengaja dia mengambil baju Maya juga.Hari rajin biarlah dia rajin.Daniel tersenyum memandang baju kemeja yang menjadi sejarah baginya.
Terlupa pula yang dia perlu mengantinya.Rasanya Maya sudah tidak kisah dengan bayaran ganti.
Dia hampir sahaja gila memikirkan dimana mahu mencari wang untuk mengantikan baju itu.
Dengan duit yang diperlukan oleh ibunya lagi.Itu memang sejarah yang menakutkan baginya.
Klerk!
Daniel menuju ke depan memandang pintu Pesthouse yang tertutupp rapat.Daniel tertanya-tanya apabila melihat pakaian Maya yang seakan gadis itu mahu keluar.
"Maya awak nak pergi mana? Lantas daniel bersuara apabila Maya seakan mencari sesuatu.
"Keluar"Kata Maya tanpa memandang.
Daniel mengeluh.Maya masih didalam moodnya.Dia tidak mahu bertegas tapi disebabkan kesihatan isterinya..Takkanlah dia mahu Maya pengsan di tengah jalan?
"Maya awak tak sihat lagi.. rehat lah bagi cukup"
"i ada urusan penting.."
"Maya.."
"Daniel.. I rasa lebih baik you fokus dekat perkahwinan kontrak kita, I taknak kita berlari dari perjanjian.. So just do your work.. buat urusan masing-masing"Kata Maya.
"Tentang apa yang I cakap malam tu.. abaikan! Semuanya hanyalah palsu semata-mata"Sambung Maya.
Daniel menapak kebawah mendekati Maya.Tangan Maya dicapai olehnya.
"Tapi saya dapat rasa yang kata-kata itu datang dari hati awak Maya.."
"Sudahla daniel.. ingat perjanjian kita.. i ni tua Daniel, tak layak untuk you.. you tu ada masa depan yang lebih bagus"
"Masa depan apa? Menjadi duda anak satu? Hmm? Dan.. jodoh tak kira umur Maya Ariana binti Abdullah."
Maya tidak bersuara malah melangkah keluar dari penthousenya.sudah lelah untuk bergaduh.
'Saya cintakan awak juga Maya Ariana..'
*
"What are you doing Maya Ariana? You tahu tak keputusan you bodoh?"Bentak Zafril.
"I tahu.. I cuma mahukan perwaris"Maya memeluk tubuh.
"You boleh je kahwin dengan I Maya.. Why you perlu buat macam ini?"
Maya berdecit.Kahwin dengan lelaki yang pernah sakitkan hatinya? Itu bukan perkara yang mudah baginya.tetapi dia cuma terhutang budi dengan pertolongan Zafril waktu kemalangan.
Maya memejamkan matanya selepas menghadapi hentakkan yang betul-betul kuat.Kepalanya yangterhantuk di stereng itu dipegang.
Kepalanya betul-betul pening.tali pinggang keledar dibuka olehnya.Kaca-kaca yang berterabur di dalam keretanya diabaikan.
Dia perlu menyelamatkan dirinya.Tapi kepala dia pening.Dia mahu pengsan.
"Cik.. Cik okay tak?
Seorang lelaki membuka pintu kereta Maya.Menarik tubuh Maya keluar dan menjauhkan dari kereta Maya.Takut pula kereta akan meletup.
"Cik buka-- Maya?!"
Zafril orang pertama menyelamatkan dia di dalam kemalangan.kalau tidak pasti dia sudah tidak dapat diselamatkan.
"i tahu you masih sayangkan I.. dan I.. I sayangkan you Maya"
Maya benar-benar muak mendengar ayat itu.Entahla apa yang dia rasa.Keliru dan keliru.Adakah hatinya masih lagi tertulis nama Zafril?
"Sudahla.. kontrak I sudah berjalan"
"You boleh berceraikan.. I sebagai kawan tak izin you pregnant Maya.. keadaan you teruk Maya, tak ingat ke apa yang dokter cakap?"
"I'm still boleh pregnant.."
"Memang you boleh, tapi risiko you hadap Maya.. dengan umur you yang makin meningkat.. Kalau tak bagi apa-apa risiko dekat baby.. dekat you? You nak ke anak you hidup macam you? Tanpa kasih sayang ibu bapa? Daniel pun tak ada hak untuk anak you.."
Maya memejamkan mata. Dia betul-betul pening memikirkannya.
"I nak zuriat... sebagai perwaris I.. tolong jangan halang I, selagi I kuat I akan kuat"
"Maya dokter sendiri cakap rahim you tak--"
"Shut Up!! I tetap dengan keputusan I.."
"Kalau macamtu kahwin dengan I maya.. I betul-betul sayangkan you.. Kita boleh dapatkan zuriat, dan kita akan jaga sama-sama"
Maya mengurut pilipisnya.Susah betul bercakap dengan orang yang tak faham bahasa.Emtah mana asalnyan Zafril.. tiba-tiba sahaja datang meminta ingin menjadi semuanya.
"Tolong jangan buat I pening.. I hormat you kerana you dah selamatkan nyawa I dari kemlanagan tu.. kalau tak ada you, entah apa yang jadi dekat I"
*
"lewat balik.."
Daniel mengerling sekilas pintu yang ditutup .Daniel menutup Al-Quran yang selesai dibacanya.Sejadah disimpan di tempat aslnya.Songkok yang dipakai olehnya ditanggalkan.Maya yang baru pulang dipandang.
"Maaf.."
"Dah buka puasa?"tanya Daniel.
Maya menganggukkan kepalanya.Dia sudah berbuka bersama Zafril di restoran tadi.
Daniel hanya diam.Dia tidak memasak kerana dia fikir Maya akan pulang memasak bersamanya.Jadi daniel hanya memasak apa yang sempat kerana sudah lewat.
Air kosong bersama kurma didahulukan sebelum nasi goreng.Dia hanya berbuka puasa sendiri tanpa ditemani.Buat kali pertamanya...
'Jahat sangat ka aku Ya Allah.. pasti sakit hati dia'Daniel memejamkan mata.Dia berjalan mendekati Maya yang berbaring sambil bermain Iphone.
"Maya, awak masih marahkan saya?"
"Buat apa I nak marahkan you? We just marrige contract"Jawab Maya tanpa memandang Daniel.
"Jangan siksa diri awak macam ni Maya.. saya tahu awak sakit"
"Jadi? Itu urusan you ke? I tengah buat kerja sekarang ni.. so please"
"sampai bila kita perlu berdingin macamni Maya?"
"Sampai kontrak kita tamat.. ingat Daniel apa sebab you berkahwin dengan I, ianya bukan percuma.. Jangan lari dari perjanjian kita"
Bersambung...
YOU ARE READING
MISS MAYA [C]
Romance[Editing] Dalam drama pasti wanita akan berkahwin dengan lelaki kaya, tapi tidak dengan kisah Maya dan Daniel.Daniel persetuju melakukan perkahwinan diatas kertas atau lebih lagi perkahwinan kontrak demi menyelamatakan nyawa ibunya. "You tak perlu f...