26

6.6K 246 1
                                    

Maya dan Puan Solehah sibuk menganyam tupat. Dahlia dan Daniya pula sibuk mengemas rumah memandangkan esok mereka akan menyambut hari raya.

Daniel dan Maya membuat keputusan untuk beraya di kampung. Maya sendiri jarang beraya, sebab itu Daniel sengaja mebawanya beraya di kampung.

Mahu beraya di kuala Lumpur, tiada pula rumah yang mahu mereka beraya.Maya tiada kawan.Irfan sudah pulang ke kampungnya.Amira pula pulang ke kampung suaminya.

"Ibu"

Daniel memasuki pintu rumah memandnag si ibu dengan isterinya.

"ye dan?"

"Ibu nak ayam kampung ke ayam biasa je untuk rendang?"tanya Daniel.

"Ambil kampung lah.. kamu pergi tangkap kat reban tu ,Lepastu nanti sembelih kamu sianglah siap2, biar lembut sikit"Kata Puan Solehah.

"Rebus sekali dengan bulu-bulu ke ibu?"

Maya ketawa terbahak mendengar soalan suaminya. Begitu juga dengan Dahlia dan Daniya,Sampai berguling mereka dibuatnya.

"Agak-agak lah kamu nak rebus dengan bulu-bulu Daniel oii.. Kamu buang lah dulu apa yang patut,pastu potong kecil-kecil"

Daniel mengangguk sebelum turun melakukan pekerjaannya yang perlu disiapkan sebelum raya.

"Maya pandai buat rendang?"

"Pandai ibu.. cuma kalau ayam kampung tu tak tau lah nak jdi ke tak"

"Alah.. macam biasa je Maya, nanti kamu buat, ibu nak rasa"

"baik bu.."

*

Maya mendekati Daniel yang membakar lemang bersama Encik Adnan.Bau harum dari batang buluh bersama daun pisang menusuk kehidungnya..enaknya.

Ditambahkan pula bau pulut yang dicampurkan bersama santan.

"Eh Maya.."Encik Adnan mengeur menantunya yang baru tiba itu.

"Sayang?"

"Tak siap lagi ke lemang ni ayah?"Tanya Maya.

"ada dah yang siap tu, Daniel.. ambil potong dekat isteri kamu sebatang.. bagi dia rasa air tangan chef Adnan ni hahaha"

Maya dan Daniel ketawa. Daniel mengambil salah satu lemang yang sudah matang dan dibawa ke atas meja yang tersedia.

Suasana malam raya dikampungnya tidak terlalu sunyi.Daniya dan Dahlia mengajak sahabatnya untuk bermain bunga api.Riuh rendah suara jeritan mereka bersama bunyi letupan mercun.

Puan Solehah pula sibuk berbual dengan sahabat kampungnya.

"Nah" Daniel memberi isi lemang yang baru di potongnya.

Maya mahu mengambilnya namun terlebih dahulu Daniel menghalang.Daniel membuka mulutnya menanda dia menyuruh Maya membuka mulut.

Maya membuka mulut.Perlahan dia menyuap pulut lemang itu kedalam mulut Maya.Tersenyum Daniel melihat Maya menikmatinya.

"Sedap?"

"Sedap sangat"

"seronok dapat beraya di kampung?"Tanya Daniel.

"Mestilah.. I tak pernah rasa perasaan gembira bila raya.. seronok sangat!"Maya mendakat kembut tubuh Daniel.

"Thank you sebab bawa I ketahui erti bahagia bersama keluarga"

Daniel tersenyum.Adakah selepas kontrak mereka tamat dia masih dapat membawa Maya mengenal erti itu? Bukankah mereka sudah tidak dapat bersama lagi?

*

MISS MAYA [C]Where stories live. Discover now