Bab 1

19.3K 458 8
                                    

Dalam Proses Edit!!

Secawan kopi panas diteguk oleh Maya. Sesambil tangan gadis itu menyemak fail-fail yang berada di atas meja. Wajah serius dipamerkan.Itulah dia seorang gadis yang sangat gemar bekerja dan dikira dingin kerana kelakuannya.

Siapa sahaja tidak mengenali salah satu wanita yang berjaya dalam bidang dan hasil keuntungan perniagaan tersendiri? Hampir seluruh dunia tahu siapa Maya Ariana, pemilik MY interior designer sdn bhd.

"Amira, I ada apa-apa temu janji?"

Dingin suara Maya bertanya kepada pembantu peribadinya.Air kopi yang awalnya hangat kini dingin dipandang biasa sahaja. Rasa tidak lalu tekak memandang kopi itu. Mungkin dia mahukan minuman lain tapi, nanti sahajalah dia minum.

"I rasa jadual Miss kosong harini, esok sahaja Miss ada meeting dengan Dato Saiful"

Maya menganggukkan kepalanya. Dapat jugalah dia berehat di penthouse nya. Jarang sekali dia pulang kerana hal pekerjaan.Seorang yang menyibukkan diri dengan hal pekerjaan. Itulah dirinya.

Tidak kira waktu, pagi siang dan malam dia banyak menghabiskan masa untuk perkembangkan syarikat yang dibangunkan sendiri. Tiada kata penat baginya, mungkin kerana dia hidup sendiri?

Tiada apa yang perlu dilakukan melainkan kerja, itu sahaja ungkapanya setiap hari.

"Mira.. I rasa ada sesuatu yang I nak bincang dengan you"

"apa tu Miss?"

"You tahu kan umur I sekarang dah masuk 32 tahun, dah nak meniti senja.."

"Jadi apa masalah Miss sekarang? You have everything.. Scattered money.. Luxury life.. still not enough?"Tanya Amira salah satu pembantu peribadi Maya.

"Wang dan kehidupan yang mewah? Tetapi siapa pewarisnya? I penat kerja siang malam untuk himpun kekayaan, tetapi I nak bagi dekat siapa kalau terjadi apa-apa dekat I?"

Keluar juga kata-kata yang menyerabutkan fikirannya dari semalam. Bukan semalam mungkin sudah berbulan-bulan dia fikirkan cuma dia sahaja yang malas mahu kaitkan soal itu.

"maksud Miss anak?"

Amira seperti memahami kehendak majikannya. Dalam usia sepertinya, dia masih belum bersuami dan teman lelaki pun tiada.

Mengapa? Kerana Maya adalah seorang yang Workholick dan seorang yang tidak suka bergaul dengan orang ramai kecuali hal pekerjaan.

"You tak mahu berkahwin ke Miss?"

Maya memandang pembantu peribadinya. Berkahwin? Perlahan-lahan keluhan dilepaskan. Dia agak terasa melihat wanita lain yang sama umur dengannya diluar sana yang sudah berkahwin dan juga memiliki anak.

Tapi dirinya?

Kenangan 15 tahun yang lalu mula menyinggah di memori nya.

Zafril lelaki yang pertama singgah di hatinya.Cinta zaman persekolahan, itulah yang dirasainya.Tetapi sekarang semuanya adalah memori paling ngeri baginya.

"Hi zafril, dekat sini rupanya awak.. rupanya di perpustakaan. Puas saya cari awak" Maya bertanya.

"Buat apa kau cari aku?" Zafril yang sibuk membaca buku itu memandang wajah Maya.

"Semak je lah kau ni.." sambung Zafril.

Maya sedikit tersentak dengan kata-kata lelaki itu.

"Zaf saya nak berterus terang dengan awak.. tidak lama lagi kan kita nak peperiksaan, sebelum itu saya nak awak tahu sesuatu tentang hati saya"

MISS MAYA [C]Where stories live. Discover now