Maya memandang luar tingkap penthousenya. Sibuk otak memikir perkara yang tergiang di fikirannya. Tubuh badan dipeluk kerana cuaca sejuk yang menimpa.
"Ada sebab I buat macamni..."
"Siapa saya ni Maya Ariana? Dulu awak sembunyikan tentang kandungan awak dan sekarang? Saya ada buat salah apa-apa ke dekat awak Maya?"
Maya terdiam. Berat bibirnya mahu berkata.Melihat kemarahan Daniel yang semakin membuak. Lebih baik memilih untuk diam.
"Saya betul-betul tak faham dengan awak sekarang.. tak faham.. sangat tidak faham.."
"Mula-mula awak dan saya jalankan perkahwinan di atas kertas.. awak bagi saya harta, duit barang mewah semua secukupnya.. kemudian awak marah saya sebab hal dikampung.. selepas itu awak marah saya atas sikap saya melayan Zafril... selepas itu awak rahsiakan pula tentang kandungan awak dan sekarang.."
"Aku dah buat kesalahan besar ke dekat dia? Aku terlampau pentingkan diri aku ke sekarang ni?"
Maya menggelengkan kepalanya. Tidak tahu siapa yang salah. Yang dirasa olehnya adalah kesalahan yang menguasai dirinya.Perjanjian kontrak yang dibuat seolah dilupakannya. Perasaannya? Cinta atau tidak itu menjadikan dia lelah memikirkannya.
Benar kata Amira. Dia tidak patut melayan daniel seolah lelaki itu tidak matang dan lelaki itu masih kecil dihadapannya. Dia perlu melayan lelaki itu seolah dia sudah dewasa.
Kenapa boleh hadir Idea bodoh itu?Nak salahkan amira pun tak ada maknanya.Mungkin salah satu takdir untuk mereka bertemu.Dan Takdir itu lahirkan satu perasaan yang sangat mengelirukan.Maya menghela nafasnya.
Sepertinya Daniel sangat memarahinya.Ya semuanya salah dia.Dari awal salah dia.Kalau dia tak ajak Daniel berkahwin semuanya takkan jadi.Rahsia yang penting di sembunyikan, tapi bila akhirnya dapat tahu dan terbongkar.
Daniel pasti terlalu marah.Bahkan memilih untuk masing-masing tenangkan diri dengan berjauhan.Tak macam selalu,andai ada pergaduhan pasti tak sama seperti yang ini.
"Kak.."Suara sapaan dan bunyi tapak kaki yang menapak kearahnya buat kan Maya tersedar dari lemunan.
"abang Daniel dah balik ke?" Maya berpaling memandang adik iparnya yang mendekati dirinya.
"belum kak.. Lia cuma nak ajak akak makan malam.. akak tak boleh skip makan kan?"
"Tak selera lah nak makan.. Kalau akak makan ubat je tak boleh ke?"Tanya Maya.
"Mana boleh akak.. akak kena ikut apa yang dokter pesan.. Kesian dekat baby mak ngah nanti.. mesti dia lapar, Jom la makan Lia ada masak Nasi goreng kampung" Pelawa Dahlia.
Risau melihat keadaan kakak iparnya. Tidak tau apa masalah mereka yang berumah tangga. Tidak mahu dia masuk campur. Masing-masing cuba selesaikan sendiri.
Dia hanya boleh berdoa yang terbaik untuk abangnya dan kakak iparnya.
Adasahaja kesalahan masing-masing cuma mungkin perasaan mereka dilanda berbagai rasa sampaikan mereka sendiri tidak tahu bagaimana mahu menyelesaikan dengan cara baik.Tapi dia yakin,Maya pasti akan melakukan sesuatu untuk menyejukkan hati abangnya.
Dahlia tahu keberadaan Daniel yang pulang ke Kedah untuk melawat saydara mara di sana.Daniel lah yang berpesan untuk jaga makan minum kakak iparnya.Hati ikut sedih melihat Daniel yang mengawal perasaan sedih dan kecewa.
Kalau mahu bertanya nanti sama sahaja masuk campur.jadi biarlah mereka berdua.
"Tak apalah.. kejap lagi akak turun makan.."
YOU ARE READING
MISS MAYA [C]
Romance[Editing] Dalam drama pasti wanita akan berkahwin dengan lelaki kaya, tapi tidak dengan kisah Maya dan Daniel.Daniel persetuju melakukan perkahwinan diatas kertas atau lebih lagi perkahwinan kontrak demi menyelamatakan nyawa ibunya. "You tak perlu f...