Maya membuka pintu yang menampakkan suasana kolam di dalam penthouse miliknya.
Matanya tertunpu pada Daniel yang asyik berenang kemari tanpa mengenakan baju. Hanya sekadar seluar pendek membuatkan lelaki itu sangat 'hot' dimata Maya.Tidak mata Maya sahaja,mungkin jika ada wanita tersesat di dalam rumahnya.Sudah pasti tak berganjak dari melihat permandangan indah.
"Huhh!" Daniel berdiri tegak di dalam air. Wajahnya diusap serta mengambil nafas semula. Lama dia tidak berenang.
Kali terakhir pun apabila dia sertai pertandingan berenang di universitinya. Setelah itu dia sudah jarang bermandi manda di kolam.Untunglah rumah isteri ada kolam, tapi sibuk punya fasal tak dapatlah dia main air.
"Tak bawa tuala ke?"
Daniel memandang Maya yang sudah duduk berendam kaki di kolam itu.Tak perasan pula dengan kehadiran isterinya. Daniel mendekati Maya.
"ada.. saya dah bawa tadi"Kata Daniel.
Maya tersenyum melihat Daniel yang meraut rambut ke belakang.Kacak,ditambahkan pula air yang menitik dari rambutnya yang basah. Sangat buatkan hati wanita bergelora menjerit.Tubuh badan yang cantik, ia sangat menganggumkan.
"Awak dah okay Maya?" Tanya Daniel.
Maya menganggukkan kepalanya. Dia sudah tidur lama, itu membuatkan dia sedikit segar. Tidurnya juga tidak cukup sebelumnya.Dia juga sudah mengambil vitamin-vitamin yang disarankan dokter.
"Baguslah.. saya risau kalau awak tak sihat"Kata Daniel.
"I minta maaf sebab I tak dengar cakap you.."
"tak apalah.. tapi lain kali dengar cakap saya okay?"
Maya menganggukkan kepalanya.
"Dah solat?"
"dah.. I baru solat, lepastu dengar macam orang tengah swimming.. itu yang datang"Kata Maya.
"Seingat saya, bukan this week awak datang bulan ke Maya?"Tanya Daniel.
"err.. lambat maybe, I tak menentu.. lagipun dah berumur kan.."
"Tak apa.. Nanti kita usaha sebelum you monopouse.. lagipun lambat lagi kan?"
Maya menganggukkan sahaja.
"Daniel.."
"Hmm?"
*
"Bukan ke awak lebih suka beli online atau hadiri mana-mana fasyen show? Kenapa tiba-tiba ajak saya datang shopping baju pula?"
Daniel mengikuti langkah Maya yang sibuk memilih kemeja-kemeja berjenama itu.
"Saja.. ikut mood" Kata Maya.
Daniel menggelengkan kepalanya. Tangannya mengambil salah satu kemeja yang menjadi perhatiannya. Tidak pernah dia datang ke butik ini selama ini.Dan yang pasti, ini adalah salah satu butik yang berjenama.
Lihat sahaja jenis kain pun sudah tau,
"Enam ribu?!"
Terkejut Daniel melihat tanda harga kemeja tersebut. Dia memandang tangan pelayan yang penuh dengan baju kemeja pilihan Maya.
Nampaknya, Maya seorang yang suka membeli belah tanpa melihat harga. RM2k mungkin dianggap RM2..
"Kenapa Dan?" Tanya Maya.
"err takde apa.. Banyak sangat awak beli ni" Daniel meletakkan baju kemeja yang diambilnya ketempat asal semula.Beli online pun murah.Rm20 dah dapat kain yang selesa.Buat apa nak bazirkan duit.
Namun baju kemeja itu diambil oleh Maya semula lalu ditilik sebelum dia memberi kepada pelayan yang mengikut mereka.
"Dah jom bayar"
Maya menarik tangan suaminya menuju ke kaunter. Sibuk pekerja itu membungkus pakaian yang dipilih Maya.
"Tak banyak sangat ke?"
"Banyak?"
"Haah la banyak.."
Maya diam. Blackcardnya dikeluarkan lalu diberi kepada penjaga kaunter. Membulat mata Daniel memandang harga baju yang dibeli Maya terpapar pada screen komputer dihadapannya.
Harga itu mungkin cukup untuk membeli satu biji rumah banglo yang telah siap dengan barang-barangnya.
"Nah.." Maya memberikan beg-beg baju itu kepada Daniel.
Daniel hanya membawanya. Mereka berdua keluar berjalan ke butik itu.
"Mall ni besar kan?"Tanya Maya.
"Haah.. Tak pernah lagi saya datang kat sini.. maklumlah, orang kaya je dapat datang sini"Kata Daniel.
"Hmm sekarang dah datang kan? I nak tengok jam tangan kejap, lepastu I ingat nak tengok barang baby" Kata Maya tanpa sedar.
"Barang baby? Nak beli dekat anak siapa?"
Maya mengetap bibirnya. Macam mana pula boleh terlepas cakap.
"Bukanlah... I cakap I nak cari perfume baby, perfume yang berjenama sexy baby tu.."Bohong Maya.
"Laa.. nak beli perfume baru ke?"
"haah la.. you buang semua perfume I , takkan I nak busuk je?"Tanya Maya.
"awak tak pernah busuk sayang.. tak payah la pakai, saya tak suka.. rasa mual"Kata Daniel.
Maya hanya tersenyum.
Bersambung..
Jangan lupa vote guys,TQ for reading
YOU ARE READING
MISS MAYA [C]
Romansa[Editing] Dalam drama pasti wanita akan berkahwin dengan lelaki kaya, tapi tidak dengan kisah Maya dan Daniel.Daniel persetuju melakukan perkahwinan diatas kertas atau lebih lagi perkahwinan kontrak demi menyelamatakan nyawa ibunya. "You tak perlu f...