Bab 10

7.6K 272 5
                                    

"Ya  baik, tapi pastikan barang yang sampai ikut apa yang kita pesan haritu.. saya tak nak ada satu kesilapan pun, faham?"Tanya Maya melalui panggilan telifon.

"Okay saya letak dulu"

Maya memusingkan tubuhnya. Niatnya mahu kembali ke biliknya namun Daniel yang seakan mencari sesuatu dia berhenti.

'Kenapa pula tu?' Tanya Maya.

"Daniel"

Daniel menghentikan langkah sebaik mendengar namanya disebut. Siapa lagi kalau bukan Maya. Dia dengan Maya sahaja yang ada penthouse itu.Pembantu rumah hanya datang seminggu sekali.Kata Maya tidak selesa apabila ada orang asing dirumah. Dia juga lebih gemar memasak sendiri.

"Miss panggil saya ke?"

"Yes, I call you.. you kenapa? Ada cari apa-apa ke?"Tanya Maya.

"Err rasanya semalam saya datang penthouse Miss saya macam nampak bilik yang Miss jadikan surau.. Sekarang dah masuk waktu zohor.. tapi.. mana eh bilik tu? Saya lupa pula dimana"Kata Daniel.

Penthouse Maya mempunyi lapan bilik, di bahagi kepada bilik gym, bilik makan besar dan juga surau kecil tempat yang sesuai untuk solat. Rasanya sangat normal jika dia tersesat di dalam penthouse Maya.

"Selepas bilik awak.. awak jalan je terus"Kata Maya.

"baik Miss.. terima kasih"

"Dan" Maya menghentikan langkah Daniel.

"Ye?"

"Imamkan I"

*

"Kamu betul-betul mahu sambung belajar dekat Kuala Lumpur?"Tanya Encik adnan kepada puteri keduanya.

Dahlia mengangguk kepala. Dia sudah nekad, dia mahu ubah hidupnya lain dari lain.

"Tak apalah kalau macam itu bang.. biarlah dia sambung belajar di sana, lagipun Daniel dan Maya ada kan.."Kata Puan Solehah.

Puan Solehah makin sembuh selepas melakukan pembedahan.Dia juga sudah banyak aktif. Cuma masih belum boleh berjalan. Daniel dan Maya juga turut bahgia melihat dirinya yang sekarang.

"Ya lah.. pastikan kamu berlajar di sana dengan baik, jangan kecewakan ibu dan ayah.. kakak Maya kamu juga, dia dah tanggung pelajaran kamu mahal-mahal"Kata Tuan adnan.

"ermm baik ayah"Dahlia menganggukkan kepalanya.

Ya, dia perlu berusaha dan membuktikan bahawa dia boleh berjaya. Bukan dipandang rendah oleh.. Aiman

*

"Assalamualaikum warrahmatullah.."

Usai memberi salam, Daniel memandang Maya yang berada di berlakangnya. Kali pertama dia mengimamkan isteri sendiri.

Hatinya rasa bersalah. Baru beberapa minggu mereka berkahwin.Daniel tidak pernah mengimamkan Maya. Dan lebih bersalah apabila isteri yang meminta supaya diimamkan.

Bukankah sepatutnya dia yang perlu mengajak Maya berjemaah bersama? Adakah dia sudah gagal menjadi suami.

"Salam.."

Daniel memberi tangannya. Kali kedua Maya mengucup tangan Daniel selepas akad nikah haritu.

"Selepas ini you imamkan I lagi boleh?"Daniel menganggukkan kepalanya.

Maya tersenyum. Akhirnya dia dapat menunaikan solat bersama Daniel. Sebelum ini dia mahu mengajak, tapi takut apa pula Daniel kata nanti.

"You nak makan apa? I nak masak.."

MISS MAYA [C]Where stories live. Discover now