Maya tidak sedar langsung asap sudah memenuhi ruangan dapur.Untung Daniel turun dan mendapatkan isteri.Terkejut juga dia melihat ayam yang digoreng sudah hangit.Cepat-cepat dia padamkan api.
"Sayang.."
Tersentak Maya.Baru dia perasan asap sudah memenuhi ruangan dapur.Ayam pun sudah hangit.Wajah diusap dan turut dia berzikir menenangkan diri yang sudah berfikiran entah kemana.
"Maaf.. I tak perasan.."kata Maya.
"sayang fikir apa ni hmm? Mau kalau terbakar rumah habislah kita.."
Maya gelengkan kepala.Memang salah dia,tapi mungkin dia akan sedar kalau api sudah merebak.Apa susah? Tembak pemadam api je lah.Dia menatap Daniel yang berdiri disebelahnya.Bau wangian lelaki itu menusuk ke hidung.Yang paling menarik perhatian.Pemakaian Daniel.
"Hubby nak pergi mana ni?"Tanya Maya.
"Hmm? Hubby nak pergi jumpa client kejap dengan Irfan.. sebelum sayang salah faham,client tu memang nak jumpa malam,sebab siang dia kerja kan"Ujar Daniel.
Maya kerutkan dahi.Jarang betul nak ada penjumpaan client malam-malam macamni.Tapi itu menambahkan ketakutan pada Maya.Rasa tak senang duduk.
"kalau macamtu I ikut boleh?"
"eh? Jangan nak mengada.. dah lewat malam ni,nanti sayang kena tidur awal.. remember right tidur kena cukup"
Makin menjadi rasa ketakutan bila Daniel seakan mengelak tidak membenarkan dia mengikut.Tak apa,negetif tolak ketepi dulu.Sekarang dia perlu fikirkan perkara yang positif.Daniel pasti tidak akan buat perkara macamtu.Daniel hanya cintakan Maya seorang.
"Balik awal okay?"
"Sure.. sayang tidur ya? Jangan lupa minum susu.. sayang tak payah la masak banyak-banyak.. masak untuk sayang ja okay?kalau tak larat suruh je maksu masak"
Maya anggukkan kepala lalu mencium tangan Daniel.
*
Jam sudah menunjukkan pukul satu pagi.Daniel masih belum pulang.Dan pastinya Maya masih belum lelap.Susah hati tidak perlu dikata.Teringat dia dengan kejadian tengah hari tadi.Dia berjumpa kembali dengan Alia.
Bukankah Alia sedang merawat diri di luar negara.Takkanlah sudah sembuh?
Tak perlu difikirkan perkara buruk.Mungkin Alia sudah berubah.Lagipun Alia tidak menegurnya selepas pertemuan mereka.Gadis itu hanya terus berlalu dan sibuk dengan telifon yang dilekapkan di telinga seperti sedang menjawap panggilan.
atau mereka..
Tidak! Maya memang dah tak boleh duduk.Takkanlah jumpa client lewat macamni.Telifon diambil untuk mendail nomber Amira.Tak sampai seminit gadis yang didailnya mengangkat panggilan.
"yes Puan?"
"Mira.. Irfan ada?"
"Hmm? Irfan ada ni,dia dah tidur kenapa?"
Deg!
Terjatuh terus telifon dari genggamannya.Tak mungkinlah perkara itu berlaku.Dia yakin Daiel tidak akan buat hal sebegitu.Mungkin Ifran tak berapa sihat dan tak dapat ikut meeting dengan client.Itu alasan yang bagus!
Klerk!
Daniel tampil bersama senyuman.Isterinya belum tidur.Suami mana nak tersenyum kalau bini tunggu kepulangan mereka di rumah.
"Sayang tak tidur lagi?'Tanya Daniel mendekati Maya.
Gadis itu menggelengkan kepala.Tangan disilang.Dia memerhati tingkah Daniel.Pakaian yang dipakai masih sama seperti awal dia keluar rumah.Tak ada yang mencurigakan dari segi pemakaian.
YOU ARE READING
MISS MAYA [C]
Romance[Editing] Dalam drama pasti wanita akan berkahwin dengan lelaki kaya, tapi tidak dengan kisah Maya dan Daniel.Daniel persetuju melakukan perkahwinan diatas kertas atau lebih lagi perkahwinan kontrak demi menyelamatakan nyawa ibunya. "You tak perlu f...