Riang suasana petang didangau berdekatan dusun dengan gelak ketawa Daniel sekeluarga. Bauh-buah manis yang lebat elok dipokok dikait oleh Daniel dan Tuan Adnan.
Bertambah seronok susana di kampung.
"Senang betul kebun ayah berbuah" Puji Maya yang menikmati buah rambutan.
"Musim Maya.. Daniel waktu kecik-kecik dulu.. sebelum nak pergi sekolah dah kait tiga empat biji rambutan tak pun buah manggis.. nak jual dekat sekolah katanya"
Ujar Puan Solehah bersama ketawa diseliknya.
Maya memandang Dahlia dan Daniya. Rindu sangat dua beradik itu. Permaianan kejar-mengejar jadinya oleh mereka berdua.
"Betul ke Maya ada belikan rumah dengan kereta dekat Dahlia?"Soal Puan Solehah.
"Haah bu.. untuk kemudahan Dahlia juga, Maya nak dia selesakan diri dulu.. baru belajar dia tak terganggu.."Kata Maya.
"Kami sekeluarga dah banyak menyusahkan Maya.."
"Tak adalah ibu.. Ibu dengan ayah.. adik-adik Maya dah anggap macam keluarga kandung sendiri sahaja..dari kecil, Ummi yang selalu beri kasih sayang dekat Maya. Kali ni Maya rasa lain dari lain bila berkahwin dengan Daniel.." Kata Maya.
Sungguh, walaupun orang akan lihat dirinya cukup kesemuanya. Tapi bagi maya dia tidak cukup rasa kasih sayang dari ibu bapa kandung. Hanya sekadar kasih sayang Puan Salmah sahaja.
Namun sejak berkahwin dengan Daniel, layanan keluarga mertuanya sangat lah mesra dengannya. Itu yang mengajarnya erti ada keluarga.
"Ibu dengan ayah sentiasa ada dengan Maya.. anggaplah kami ini keluarga kandung Maya.. Ibu dah sayang Maya macam anak ibu sendiri"
Sebak mendengarnya. Maya mengesot mendekati Puan Solehah. Dia membaringkan badannya dan mendaratkan kepalanya di paha Puan Solehah.
Tersenyum puan solehah dengan perbuatan Maya. Sejuk hati melihat menantunya yang sangat baik. Sanggup susah asalkan orang lain senang. Itu yang dia nampak pada Maya.Gadis itu juga lain dari lain, walaupun hidup penuh dengan harta tapi hatinya baik.
Rambut Maya diusap perlahan.
"Kalau suatu hari nanti kan ibu.. jadi apa-apa dekat Maya dan Daniel, ibu masih sayang Maya tak?"
"apa kamu cakap ini Maya? Jauh mana kamu pergi.. kamu tetap diingatan ibu"
"Hey mak dengan menantu ni drama pula ke?"
Maya dan Puan solehah memandang kearah Tuan Adnan dan Daniel yang mendekati dangau yang diduduki mereka. Maya terus bangun dari pembaringannya.
Melihat Daniel berwajah biasa. Maya hanya sekadar tahu, lelaki itu masih didalam moodnya.
"Banyak nya durian bang.. tak sia-sia kita tanam" Kata Puan Solehah.
"haah banyak, Durian kampung paling banyak.. bau pun dah sedap" Tuan Adnan dan Daniel meletakkan durian yang dikutip oleh mereka di atas dangaun.
Daniel memanjat dangau duduk bersebelahan Maya manakala Tuan Adnan duduk bersebelahan Puan Solehah.
"Maya makan durian?" Tanya Tuan Adnan.
"Makan ayah.. ni pun dah terliur dah"Kata Maya sambil tersenyum.
"Ha bukak Dan, terliur dah isteri kamu.. Durian kampung ni sedap Maya tak macam durian lain.. manis je isi dia"Kata Tuan Adnan.
"Dahlia! Daniya.. sudah-sudah la tu main.. mengalah kan budak-budak je ni.." Tegur puan Solehah. Laju anak-anak gadisnya berlari mendekati mereka.
"banyaknya durian.."Kata Dahlia.
"Kau kena makan bagi puas angah.. nanti jadi orang KL kau tak dapat rasa buah-buah kampung ni" KataDaniya.
"Kau kata macam aku ni orang afrika nuh"
Ketawa semua orang dibuatnya dengan telatah dua beradik itu. Seronok sangat mereka. Angin-angin petang dihirup segar. Menikmati pula durian yang fresh.
Itu kenangan paling indah buat semua orang.
"Ambil lagi Maya, banyak ni"
Daniel memandang Maya yang lahap memakan buah Durian itu. Biji durian yang berada di dalam plastik hitam berdekatan Maya dipandang.
Baru sahaja Maya mahu menghentam durian lagi tangannya ditahan oleh Daniel. Dapat dirasa hembusan nafas lelaki itu tepat di telingannya.
"Jangan makan banyak, nanti panas.."Bisik Daniel menghentikan niat Maya.
Bersambung..
Jangan lupa vote.Tq for reading
YOU ARE READING
MISS MAYA [C]
Romance[Editing] Dalam drama pasti wanita akan berkahwin dengan lelaki kaya, tapi tidak dengan kisah Maya dan Daniel.Daniel persetuju melakukan perkahwinan diatas kertas atau lebih lagi perkahwinan kontrak demi menyelamatakan nyawa ibunya. "You tak perlu f...