34

5.9K 208 2
                                    


"Kilang pun mungkin dalam dua ke tiga minggu lagi nak siap.. tu tak termasuk barang dengan peralatan lagi, mungkin kita tambah-tambah semuanya akan ambil masa dalam dua bulan lebih untuk siapkan pembangunan.."

"Jadi cik Daniel, kita masih perlu beroperasi seperti biasalah?"

"Ya betul.. kita perlu menempah barang atau lebih lagi perabut di syarikat yang sudah sudi bekerja sama" Kata Daniel yang serius itu.

Maya yang sedari tadi hanya mengangguk faham. Dia benar-benar fokus melihat cara suaminya bekerja. Itu adalah sesuatu kelainan.

"Tapi kita ada satu masalah sekarang" Semua mata memandang irfan yang berada di sebelah Daniel.

"ada empat orang client kita.. minta desing rumah yang betul-betul khas dengan perabut dan peralatan berjenama tinggi.. sekurang-kurangnya lebih dari 8.9 jangkaan"Jelas Irfan.

"apa? Syarikat kita sendiri tidak mengambil peralatan atau perabut yang lebih seperti itu, sultan ke dia?" Syasha bertanya.

"Biasalah.. setiap orang ada rumah idaman masing-masing.. Ada duit adalah rumah yang di desing hebat itu.."Kata Maya.

"Jadi macam mana ni Miss, apa kita perlu cari syarikat perabut yang lain?"

Maya mengetuk meja menggunakan jarinya. Berfikir cara yang benar untuk mengatasi masalah. Rugi sebesar mana pun, syarikatnya tetap tidak akan rugi.

Sebab itu Maya harus pandai bermain dalam bidang perniagaannnya.

"Mira, boleh you uruskan kontrak dengan Dato Zafril?"

Dengar sahaja nama itu. Daniel yang sibuk menulis itu memandang laju wajah Maya.Bola matanya dikecilkan memandnag Maya yang kelihatan biasa dengan nama lelaki tak cukur janggut itu.

"Dato Zafril?"

"ya, sebab tak silap I Dato Zafril ada buka syarikat perabut di New zealand..perabut-perabut juga berasalkan dari bahan yang sangat mahal, dan I juga pernah beli perabut dekat syarikat yang sama Di malaysia cuma harganya lebih murah dari yang berada di new zealand " Kata Maya.

"Tapi kenapa pula kita perlu menempah di syarikat luar negara?"

Maya dan Amira memandang Daniel. Begitu juga dengan semua orang yang ada di bilik mensyuarat itu.Macam tak logik pula soalan Daniel keluarkan.

Irfan menyigung perlahan lengan Daniel.

"Bukankah sebelum ini kita dah pernah tempah barang luar" Aizat bertanya.

"T-tak.. maksud saya, banyak lagi syarik--"

"Saya rasa keputusan Miss Maya betul, lagipun Dato Zafril sahabat baik Miss Maya.. dan kemungkinan harga yang kita beli boleh rendah dari harga asalnya"

Maya terdiam mendengar potongan Hasniza.Sokongan staff lain juga sudah kedengaran setuju dengan cadangan.Daniel memasam muka. Terpaksalah dia berhadapan dengan lelaki tua itu.Pasti banyak akal lagi dia mahu menggoda Maya.

'Maya pun satu.. handsome sangat ke muka orang tua tu sampaikan nak bekerja satu sale dengan dia? Lepasni mesti Zaf tu rapat dengan wife aku.. takkan aku nak biarkan je?"Daniel ketap bibir.

"Weyh"

Daniel tersentak apabila Irfan menyiku lengannya.Dia kembali memandang hadapan yang sudah ramai menatapnya.Pandanganya turun pula kearah Maya.

Wanita itu mengangkat kening seolah mahu mendengar jawapan dari soalan yang ditanyakannya tadi.

"err maaf sayang-- tak maksud saya miss"

MISS MAYA [C]Where stories live. Discover now