48

5.2K 204 2
                                    


"Kenapa you tak bagitahu I ni Maya? Risau tau I.. nasib adik ipar you bagitahu"

Membulat mata Dahlia apabila namanya naik atas pembicaraan Zafril dan Maya. Ya memang Dahlia yang bagitahu tapi tak perlulah jujur sangat.

"I pun tak tahu benda ni nak jadi Zaf.."

"You macam mana okay? Baby you?"

"Kami okay.. biasalah umur macam I ni susah sikit bila pregnant, kejap sakit sana kejap sakit sini" Ramah Maya berbicara.

Benarlah, wanita yang hamil sekitar umur 30 an. Dirinya akan terasa lebih lemah dan mudah jatuh sakit. Kebanyakkan ramai yang memilih vitamin yag sesuai untuk mereka.

Dan menjalankan rawatan secukupnya agar ibu dan bayi tidak mengalami sebarang masalah.

"I tak tahu nak cakap apa lagi dekat you yang sememangnya degil ni.. you buat kerja berat ke?"

"Maybe I stress.. syarikat dah nak buka projek baru.. so I perlu naikkan pangkat pekerja dan membahagi untuk kelayakkan projek baru"Ujar Maya.

"Kalau ikut tu.. apa pun you tak boleh buat.. kerja you cuma makan tidur dan rehat"

Maya ketawa kecil. Mahu rehat pun sudah susah. Entahlah kenapa dirinya susah untuk merehatkan diri yang kepenatan. Kerja dan kerja.

Walaupun syarikatnya mendapat kerugian besar, namun tidak menjadi rumit bagi syarikatnya kerana bermain modal menyelamatkan keuntungan mereka.

"Mana suami you? Dari tadi I tak nampak.."

Maya terdiam. Selepas pergaduhan semalam Daniel pulang terlebih awal. Sudah pasti harini Daniel pergi outstsation untuk pekerjaan.

Lelaki itu perlukan masa. Itu yang difikirnya. Mungkin dia tidak nampak kesalahannya. Tapi apa yang dia lakukan tetap salah.

Terlalu banyak dia menyembunyikan perkara penting yang perlu Daniel tahu. Pasti sakit dan kecewa hati Daniel kerana dirinya.Dia terasa berdosa.Berdosa pada suaminya.

"Dia outstation.."

Zafril mengangguk faham. Melihat riak wajah maya dia sudah tahu mereka mengalami masalah keluarga.

"Dia dah tahu?"

Maya mengangguk.

"I dah cakap.. you tak boleh rahsiakan perkara ni.. dan sekarang? I tak tahu nak--"

"Rahsia apa?"

Zafril memandang Dahlia yang memotong percakapannya. Dilihat tajam gadis yang berdiri di sebalik katil itu.

"Err sorry.."

"Jangan nak menyampuk kalau orang tua cakap" Tegur Zafril.

"Sedar pun diri tu tua..." Dahlia menutup mulut apabila terlepas cakap dihadapan Zafril yang menjadi mangsa kutukanya.

"Apa awak cakap?"

"err tak saya cakap.. errr saya nak balik haaa! Saya nak balik.. homework banyak. Bye kak, Lia balik dulu.." Tangan Maya ditarik lalu dikucup olehnya.

"Hey, tak ingat ke saya datang dengan siapa?"

Dahlia memejamkan matanya. Terlupa pula bahawa lelaki itu telah menumpangnya datang ke hospital untuk menjenguk Maya.

"err.."

"Takpalah Maya, I balik dulu.. sebab I tumpang adik you.. Take care darling. Jangan lupa makan ubat"

*

"Assalamualaikum..."

Daniel memanjat tangga kayu dihadapannya. Pintu rumah yang terbuka membuatkan senyumannya lebar. Kelihatan Puan Saleha sedang melipat kain di ruang tamu.

Terhenti lipatannya kerana terdengar salam di luar ruamahnya. Puan Saleha berpaling wajah memandang pintu yang terbuka.

"Eh Daniel! Bila hang balik nak! Sini masuk" Seronok Puan Saleha dengan kedatangan anak saudaranya.

"Assalamualaikum Makcik.. Makcik sihat" Kasut ditanggalkan. Perlahan daniel menmijak lantai kayu itu mendekati ibu saudaranya.

Tangan wanita itu dikucup perlahan. Sudah dianggap seperti keluarga kandungnya sendiri.

"allhamdulillah Dan.. hang sihat?"

"Sihat Makcik.."

"hang datang sini dengan siapa? Mana isteri hang?" Tanya Puan Saleha.

"Maya kerja. Itu yang balik Dan balik kedah sorang. Rindu dekat pakcik dengan Makcik" Bohong Daniel.

"Laa.. baru nak jumpa isteri hang. Haritu kenduri tak sempat sebab Pakcik kena buat rumah ketua kampung tu.. tambah menantulah katakan.."

"Ouhh patutlah.. pakcik mana?"

"Pakcik hang kalau petang keluaq pi lepak dekat kedai kopi lah.. Ni pi mandi dulu. Malam ni makan sama-sama.. satgi Makcik masak--"

"Gulai daging batang pisang?" Potong Daniel.

"Ha elok juga.. Mak kiah sebelah ada bagi daging tadi.. nanti makcik buat, kamu pergilah mandi dulu.. kesian jauh datangnya hingga ke Alor setar ni"

"Ye lah Makcik.. adik mana?" Daniel bertanya keberadaan si sepupu.

"Adik kamu ada apa nama tah? Kosyen? Kusyan? Tosyen? Losyen? Apa tah yang kelas mengajar tu?"

Ketawa Daniel melihat kerenah ibu saudaranya yang susah benar menyebut perkataan yang mudah baginya. Orang tua, biasalah.

"Tusyen Mak--"

"assalamualaikum..."

Daniel dan Puan Saleha memandang kearah pintu rumah. Kelibat seorang gadis berbaju ayu tetapi..

"Bapak hang aihh bang Dan! Awat nak mai tak bagitau! Boleh aku sewa kerbau Tok Lang belakang kampung tu pi jemput hang"

Zara Liya melangkah masuk ke dalam rumah mendakti sepupunya yang paling dia rapat. Tangan Daniel ditampar perlahan.

"Agak-agak lah kau nak bagi aku naik kerbau.."

Daniel menahan ketawa. Beginilah keluarga saudaranya. Sama-sama satu kepala yang mudah membuatkan dia ketawa. Setiap kali dia mempunyai masalah.

Keluarga saudaranya jugalah menjadi tempat untuk menenangkan dirinya.

"Mana nak tau, hang dok kuala lumpur naik kereta.. balik-- Ooo patutlah ada kereta lempeng dekat depan!" KataZara yang baru perasan dengan kedatangan Daniel.

"Lempeng kau cakap Hahahhaha "

"haah lempeng lah, kereta hang macam kena penyek hang tau dak.."

"kereta sewa je, aku datang naik flight"


Bersambung..


Tq reading,jangan lupa vote

MISS MAYA [C]Where stories live. Discover now