67

4.9K 216 14
                                    

Maya melipat baju-bajunya lalu disusun ke dalam bagasi.Mata dipejam erat olehnya.Segala kenangan manis hilang sekelip mata.

"Dahlia kirim salam dekat ayah,ibu dan adik ya.."

"ya akak, akak ada masalah ke?"

"tak.. akak okay, akak sayang korang semua macam keluarga akak sendiri"

Kertas yang terselit di salah satu baju pemberian Daniel diambil olehnya. Wanita itu lupa untuk membuka disaat gadis itu sibuk mahu ke pejabat.

Senyap-senyap daddy belikan baju untuk mommy Yusuf Izqian,daddy teringin nak tengok mommy pakai baju ni.Tulisan yang terpapar pada kertas itu.

Air mata kembali mengalir. Perpisahahn bukanlah perkara yang senang baginya.Perutnya diusap perlahan.Dapat dirasakan tendangan kecil dari dalam.

"Baby... kita sama-sama kuat kan"

Kenapa sekarang dia mahu menangis? Bukankah dia yang mulakan semuanya.Perjanjian bodoh yang dia buat memang diakhirkan dengan kesakitan.Salah dia kerana jatuh cinta pada Daniel.Dia memang tak layak untuk orang baik seperti Daniel.

Tapi dia gagal..

Rasa cinta lebih kuat.Mendalami perasaan itu buatkan dia sakit.

*

"aku tak sabar nak tengok kau rujuk balik dengan Miss Maya"

Daniel menjeling sahabatnya yang berjalan disebalahnya. Suka sangat naikkan anginnya.Baru sahaja dia mahu lupakan segalanya.tiba-tiba naik topik pula.

"apa masalah kau?"

"apanya? Aku cuma cakap aku tak sabar nak tengok kau rujuk, time itu baru lah kau sedar semuanya macam dalam drama korea apa nama? Monopot? Moyoyo? Entah la apa nama artis korea tu?"

"dahla..."

"okay-okay, nak gurau pun salah la.. nasib kau bos aku sekarang ni"

"Fan.. aku ingat nak balik kampung la, mak ayah aku dah tahu fasal penceraian kitorang"

Irfan memandang Daniel.

"ikut kau lah, bincang elok-elok.. pasti diorang kecewa dengan kau, termasuklah aku"

Sekali lagi Daniel mengeluh dengan kata-kata Irfan. Bukan sekali tapi sudah banyak kali Ifan seakan cuba menyakatnya.

"memang semua benda aku yang salah ke?"

"Tak jiran sebelah rumah kita tu yang salah"

"Perkara dah lepas Fan.. tak ada gunanya aku nak rujuk. Anggap sahaja kami tak ada jodoh. Maya layak dapat kebahagian dia.. Aku rasa aku macam orang ketiga dalam hubungan diorang"

"sepatutnya Dato Zafril orang ketiga.. kau tak patut salahkan diri kau sedangkan kau suami dia"Kata Irfan.

"Macam mana kalau Miss Maya bersalin nanti? Kau tak nak pergi tengok isteri kau? Anak kau? Kau lupa apa yang dokter cakap?" Sambung Irfan.

"Zafril ada untuk gantikan tempat aku.. aku tak kesah kalau anak aku tak kenal aku. Tapi syukurlah.. berbintikan nama aku"

"How about Miss Maya? Dia sakit weyh... kau lupa ke?" Irfan mula bengang dengan sahabatnya.

"T-tak.. aku tak lupa"

Daniel memejam mata apabila mereka sampai dihadapan penthouse milik Maya. Niat hanya ingin pergi jonging tapi Daniel terlintas mahu mengambil barangnya.

"kau pergilah masuk, aku tunggu luar.."

Daniel memejamkan mata. Kenangan-kenangan dia bersama Maya terlintas di fikiran. Manis-pahit bersama.

' Ya Allah.. kuatkan hatiku untuk lalui semua ini, berikan aku semangat dan berikanlah keredhaan buatku' Bisik hati Daniel.

"eh semua kereta tak adala.." Tegur Irfan diluar menarik perhatian Daniel memandang tepat parking kereta.

"Miss Maya tak--"

"assalamualaikum..."

"waalaikumusalam..." Jawab Daniel sopan kepada seorang lelaki yang mendekati mereka.

"kamu suami Miss Maya ya?" Tanya lelaki berumur itu.

"Ya saya b-bekas.. suami Miss Maya" Tergap-agap Daniel menjawabnya.

"Maaf, Pakcik dah sewa rumah ini.. Miss Maya yang sewakan untuk pakcik sekeluarga, tentang beg dan barang Tuan Zafril Miss Maya sudah pos ke rumah sahabat Tuan Damiel katanya"

Daniel dan Irfan terpana. Masing-masing terkejut dengan apa yang baru diberitahu oleh orang tua yang mengambil ahli pemilik penthouse Maya.

"Tak kan dia.. Dan.."


Bersambung..

Jangan lupa vote

MISS MAYA [C]Where stories live. Discover now