bab 20

7.2K 252 4
                                    

"Dokter macam mana keadaan isteri saya"

Berita kemalangan Maya sangatlah buatkan dia tidak tenang hati.Bukan dia sahaja keluarganya turutrisau.Dfikirkan berkali, Daniel rasa sangat bersalah kerana dia gagal menyelesaikan pergaduhan mereka yang kecil.Dan dia juga membiarkan Maya keluar seorang diri di waktu malam.

"Tak ada apa-apa yang teruk.. isteri Tuan okay..cuma luka di kepala dia dalam sikit"Ujar Dokter yang bertag nama Adam.

Daniel dan Puan Salmah berucap kesyukuran.Lima jam mereka berdua menunggu di wad kecemasan.Macam-macam berita juga dokter sampaikan.Hingga akhirnya, keadaan Maya kembali pulih seperti biasa.

"Boleh saya masuk dokter?"

"Maaf Tuan.. nanti kami akan pindah ke wad biasa vvip dulu.."

Daniel mengangguk faham.

"Syukurlah Maya tak teruk"Kata Puan Salmah sebaik sahaja dokter Adam hilang dari pandangan.

"Semua salah Daniel ummi.. maafkan Daniel, Daniel salah.. kalau kitorang tak bergaduh pasti Maya tak akan kemalangan"

"Ummi dah agak dah.. pasti kamu berdua bergaduh.."

Daniel menunduk.Dia betul-betul rasa bersalah.Kenapalah dia tidak menghalang Maya dari keluar.Tapi apakah daya, benda dah jadi. Dia tidak boleh putarkan masa.

"Sudah la Daniel, benda nak jadi.. bukan salah kamu pun.. cuma kamu perlu tahu,Maya tu tua dari kamu..sifat dia lebih mantang,tentang pergaduhan.. selalu dia selesaikan dengan baik..tapi kalini mungkin dia kecewa.."

*

"Maya nak makan sup ke?"Daniel memandang isterinya yang bersandar di kepala katil. Wajah pucat gadis itu hanya meriakkan wajah biasa.Dari tadi Daniel memujuknya untuk makan namun gadis itu membalas gelengan.

"Maya awak tak makan dari pagi tadi.. makanlah sikit.."

"Dah I taknak tu taknak la..."Tegas Maya.Dia memandang Daniel tajam. Orang taknak paksa-paksa pula.

"Maya saya minta maaf.. saya tahu saya salah"

"I taknak cakap tentang tu lagi.. I penat, kalau nak cakap pergilah cakap dengan dinding"Maya membetulkan selimut sebelum mengiringkan badannya.

Kesakitan yang terasa dibahagian kepala dan dibahagian yang buatkan dirinya tak berhenti berfikir membuatkan dia meringis sakit.Maya memegang perutnya. Cuba untuk menahan sakit dan berbaring perlahan.

Dahinya kerut menahan sakit bahagian perutnya.

"Maya awak okay tak?"

Maya tidak menjawab malah membaringkan dirinya perlahan-lahan."Maya, kenapa ni? Perut awak sakit ke?"Tanya Daniel apabila melihat tangan Maya tepat pada perut wanita itu.

"Angin biasa kut.. sudahla.."

Daniel menggelengkan kepalanya.Cuba melayan sikap Maya.Sanggup tahan sakit dari makan makanan yang dibawanya.Besar sungguh marah Maya padanya.Dia tak boleh buat apa dalam keadaan sekarang, Maya sendiri seperti muak mahu melihat wajahnya.

"Assalamualaikum.."

Daniel memandang figura yang memasuki bilik vvip Maya. Lelaki yang jelas nampak berumur darinya.Seakan sama umur dengan Maya.

Berpakaian sangat kemas seperti baru pulang dari pekerjaan.Pasti berpangkat tinggi.Kemeja putih dipadankan dengan vest tanpa lengan berwarna hijau tua.Siapa dia? Dan mengapa dia datang ke bilik Maya?

Lelalki itu benar-benar nampak kacak dan matang dihadapannya,

Lelaki itu tersenyum memandang Daniel.Plastik ditangan diletkkan di atas meja sebelum dia mendekati Maya.

"Maya.. wake up, I bawakan bubur.."Bisik lelaki itu perlahan.

Daniel hanya memerhati isterinnya bersama lelaki asing itu.Maya cuba bangun perlahan namun kesakitan yang terasa di bahagia perutnya.

Laju daniel mahu membantu Maya bangun tetapi terlebih dahulu lelaki asing itu membantu Maya menyandarkan tubuh.

"My Mom ada masakkan bubur untuk you.. you makan okay.."

Maya bewajah biasa.Tidak tahu apa yang dia rasa sekarang.Wajah lelaki yang sudah lama dia lupakan kini dia muncul semula.Tanpa lelaki itu pasti dia sudah tidak dapat diselamatkan lagi.

"Zafril.."Maya menegur apabila lelaki itu cuba menyuapnya.

Ya, lelaki itu Zafril Izham.. Bekas lelaki yang dicintainya dizaman persekolahan dulu.Lelaki yang telah mengecewakannya dulu kini kembali dengan menyelamatkan nyawa dia disaat kemalangan.

"Ouhh sorry tapi you tak sihat, bagilah peluang I suap you.."Kata zafril lalu menyua camca yang berisikan bubur ke pada Maya.

Maya tidak menolah malah makan.Dia tahu Daniel sedang memerhati.diikutkan erasaan marah yang masih bercampur di hati, sengaja dia melayan manja Zafril padanya.

"Maya saya keluar dulu, kejap lagi nak buka puasa"izin daniel.

"You siapa?"Tanyan zafril

"Sa--"

"Dia adik angkat saya.. Daniel Nazief"Pantas Maya memotong.

"Ouh nampak muda, patutla.."

Daniel diam.Hatinya betul-betul sakit mendengarnya, Adakah ini balasan untuknya?

'Macam mana kau boleh lupa Daniel? Ianya hanyalah perkahwinan kontrak'

*

"Masuklah.."Daniel memapah maya ke dalam bilik.

Dia mahu mendukung Maya, tubuh Maya yang kecil darinya itu bukanlah satu masalah.Tapi Maya sahaja yang menolak tawarannya.

Perlahan dia membantu Maya membaringkan tubuhnya.Bilik mereka dipandang sekilas.Pasti pembantu rumah mereka sudah kemas.

Hari terakhir mereka tinggalkan bilik ini haritu pun tergesa-gesa, tidak sempat mengemas apa-apa kerana mahu menyelesaikan urusan adiknya dikampung.

"What are you doing here lagi?"

Suara Maya menghentikan lamunan Daniel.

"err awak nak saya buat apa? Nak minum? Makan?"Tanya Daniel.

"turunkan suhu penghawa dingin.. buatkan saya sup cendawan"Kata Maya.

Daniel berjalan mengambil suiz penghawa dingin.Suhu diturunkan agar Maya tidak kedinginan.Lalu dia menuju ke dapur untuk menyediakan sup yang diinginkan Maya.

Daniel tidak mengizinkan Maya berpuasa kerana keadaannya yang masih lagi belum sihat.

"Eh Tuan daniel, ada apa-apa mak su boleh tolong ke?" Wanita tua yang sibuk membersihkan dapur menyapa mesra suami majikannya.

"Err..Mak su?"

"Ouh lupa pula nak memperkenalkan diri.. Saya pembantu rumah ni..boleh panggil Mak su je.. haritu tak sempat jumpa, kamu berdua sibuk kan? Mak su pun ambil cuti sebab anak kahwin"Ujar Mak su.

Daniel tersenyum.Nampaknya pembantu rumah mesra sekali dengannya.

"Tuan daniel nak apa-apa ke? Mak su boleh sediakan.."

"Panggil Daniel je.. segan pula, tak apa saya cuma nak buat sup cendawan dekat Maya"Kata daniel.Tangannya mengelurakan bahan-bahan yang diperlukan di dalam peti sejuk.

"Baiklah Daniel.. Maya nak makan sup cendawan?"

"haah maksu, itu yang saya nak buat tu.."

"Maya kalau sakit memang manja sikit.. nampak je perangai macam biasa tapi kalau kita layankan apa yang dia nak.. nampaklah manja tu"Ujar Mak su.

Daniel hanya membalas dengan ketawa.Mahukah Maya bermanja dengan dia selepas apa yang berlaku?

Rasa salah masih melubungi hatinya.Entahla apa salahnya.Setahu dia,dia hanya melayan sahabatnya itu biasa-biasa sahaja.

'Hati perempuan..'


Bersambung...

MISS MAYA [C]Where stories live. Discover now