Irfan mengenggam kedua belah tangannya. Sambil bibir menceritakan peristiwa yang berlaku semalam kepada Amira. Mereka lebih memilih makan tengahari di luar.
"Dia tak solat?"
"Tak.. I ajak dia solat sekali banyak alasan dia buat, sampai dia naik suara dekat I. Daniel bukan macam tu.."
Amira mengemam bibir mendengar cerita Irfan. Patutlah dari sepanjang bekerja Irfan hanya diam dan selalu mengingatinya bahwa dia mahu makan tengahari bersamanya.Rupanya ini cerita yang mahu disampaikan.
"You nak kata Daniel mental?"
"Tak.." Irfan menggelengkan kepala.
"Habistu?"
"Gila talak?"kata Irfan
"No, I tak setuju yang itu.. kalau Daniel gila talak, pasti dia sudah tak waras sekarang ni dan tengah tercari-cari Miss Maya, but you lihat sendiri kan? He look so happy and being nothing happens to him self"Ujar Amira.
"Tapi dia.. kita boleh kira dia tak waras Mira.. tengokla, dia makan—I malas nak cerita" Irfan menyerabutkan rambutnya.
" I tahu you kawan yang paling baik Fan.. I tahu perasaan you risaukan keadaan Daniel, tapi I Cuma boleh bagi satu cara.. better you buat perubatan islam untuk Daniel" Saran Amira.
Irfan memandang Amira tanpa berkelip. Agak pelik dengan saranan Amira kepadanya. Lebih kepada Daniel.
"kenapa pula?"
"zaman sekarang macam-macam boleh buat, sihir la apa lah.. keadaan Daniel boleh dikira macamtu.. I taknak main hentam je. Tapi perkara ni tak boleh buat main.. Hubungan rumah tangga diorang rosak Fan.."
"perubatan islam?"
"ya.. Kalau you nak I tolong nanti I cuba cari ustaz-ustaz yang boleh tolong Daniel, tapi setahu I ayah Daniel pun boleh berubat orang juga kan?"
"Haah, seingat I Daniel ada bagitahu yang dia nak balik kampung sebab keluarga dia dah tahu hal yang terjadi dekat perkahwinan diorang"
"Then Daniel tak balik?"
"haah, I tak nampak pun dia kemas baju nak balik.."
"You bincang dulu dengan ayah Daniel, kita tak boleh biarkan Daniel macamni"
*
Alia berjalan memasuki gerai yang menjual bihun sup. Mahu membeli untuk dibawa pulang. Seharian bekerja tanpa makan.Perut asik bernyanyi meminta makanan
Sibuk kerana kerjanya banyak dan perlu mengurus meeting besar bersama syarikat lain.
"Bagi saya bihun sup, ayam lebih ya.." Senyum Alia kepada penjual gerai itu.
Matanya memandang pelanggan-pelanggan yang sibuk menikmati hidangan mereka sehingga matanya tertumpu kepada seseorang yang dikenalinya.
"Maya?"
Alia mengecilkan mata agar penglihatannya sedikit mengintip jauh tempat duduk Maya dan seorang lelaki. Hati yang panas diabaikan. Telifon miliknya dikeluarkan.
"kau buat macamni dekat Daniel.. aku dah agak kau bukan perempuan yang baik!"
Tok! Tok!
"masuk!"
Ali tersenyum riang. Tombol pintu bilik Daniel dipulas lalu dia menjejak kakinya ke dalam bilik peribadi Daniel. Tersenyum Daniel melihat kedatangan Alia.
"Morning Daniel.."
"Saya rasa dah tengahari"
"Ouh? Hahahah lupa pula. Tak turun lunch ke?"Tanya Alia sopan kepada Daniel.
"Tak kut.. Saya ada banyak kerja, kenapa?"
"Mana boleh macamtu, nanti awak sakit siapa nak jaga?"Gedik Alia.
"Irfan ada, dokter ada.. kenapa? Nak saya sakit?"
"Eh tak.. tak apalah, ni saya ada buatkan sandwich dekat awak, makanlah"
Alia memberi bekal makanan yang dibawanya kepada Daniel. Senyuman manis dihadiahkan apabila lelaki itu memandangnya bingung.
"ambillah.."
"terima kasih, tinggalkan sahaja dekat situ.. saya akan makan"Kata Daniel.
Daniel membalas senyuman Alia. Takut pula dikata sombong kerana tidak membalas senyuman. Hilangsahaja Alia dari biliknya.
Daniel menatap bekal makanan yang berada di atas mejanya. Kepala digelengkan berkali-kali sebelum matanya kembali fokus kepada satu gambar yang tersusun diatas mejanya.
"Maya..."
"Daniel makan..."
Suara kecil menerpa ketelinganya. Daniel memandang kiri dan kanan. Tiada sesiapa kecuali dirinya.
"makanlah... pasti kau lapar kan?"
"asstarfirullahalazim..." Daniel mengusap dadanya. Mata dipejamkan agar diri sedikir tenang.
"aku terlampau penat ni..."
Kenangan terimbas kembali.Alia menghenpas tubuhnya di atas katil.Ketawa puas.Sepuasnya kerana dia telah menang.
"Maya.. Maya.. aku dah agak dah.. kau gunakan Daniel kan? Ye lah,Daniel tu muda tak berharta.Kau pula
kaya.. takkan lah kau pandang dia budak kampung tu?"
"Aku tak faham betul, Kau nak dekat Daniel.. tapi kau curang Dan pilih Dato Zafril?"
"Aku buat semua ni sebab Daniel! Dia sepatutnya kahwin dengan aku.Kalau dari awal lagi dia kahwin dengan aku,dia tak akan sakit dan diperguna dengan perempuan macam kau!!!"
"Hanya aku.. aku seorang je boleh bahagiakan Daniel"Air mata basah membasahi pipinya.Sekeping gambar diambil.Gambar dia bersama Daniel di waktu persekolahan.Dimana mereka sangat rapat.
Dan waktu itulah dia jatuh cinta pada Daniel.
"Ayah tak suka,Daniel tu bukan orang senang Alia"Lelaki tua itu memarahi anak gadisnya
"Sebab dia tak kerja lagi ayah.. Kalau dia dah kerja,insyaallah dia boleh jaga Alia.. tolonglah" Alia menangis semahunya lalu berkurut dihadapan ibu dan ayahnya.
"Kami baru saja habis sekolah,takkan fikir dah nak kawin? Daniel tu nak ke dekat kamu?"
"sebab tu Alia nak mak dan ayah pujuk Daniel.. Mak.. Alia cintakan Daniel mak.."Adu Alia.
"Tak.. ayah tak izinkan.. Daniel tu nak bagi makan keluarga dia pun tak cukup,apatah lagi kamu,sudah!Ayah tak suka dah takkan izinkan!"
"Ayah.... "
"Mak dan Ayah akan hantar kamu belajar di luar negara"
Alia menggelengkan kepalanya.Kalau dulu dia tak dapat berkahwin dengan Daniel mungkin sekarang dia boleh.Pasti mak dan ayahnya tidak ambil kesah lagi-lagi Daniel sekarang adalah seorang CEO.
"Daniel.. You will be mine"
Bersambung
jangan lupa vote
YOU ARE READING
MISS MAYA [C]
Romance[Editing] Dalam drama pasti wanita akan berkahwin dengan lelaki kaya, tapi tidak dengan kisah Maya dan Daniel.Daniel persetuju melakukan perkahwinan diatas kertas atau lebih lagi perkahwinan kontrak demi menyelamatakan nyawa ibunya. "You tak perlu f...