"memang degil kan nak datang office?"
Maya yang sibuk dengan kerjanya memandang Daniel yang masuk ke pejabat bersama muka tegang.Bunyi pintu yang ditutup kuat seperti lelaki itu cuba memberi tahu yang dia akan melepas amarah kecil padanya.
"salah ke?"
"kalau tak salah tak ada maknanya saya nak marah.. kenapa degil sangat hmm? Tak reti nak duduk rumah ke? Saya ni bukan 24 jam boleh duduk tengok awak dekat office kalau jadi apa-apa macam mana?"
Maya ketawa kecil mendengar bebelan Daniel.Sekali bising susah mahu berhenti. Maya bukanlah seorang yang suka duduk diam. Nak berehat pun ikut mood dia.
Kalau dia betul-betul tak sihat barulah mahu rehat. Maya pandang Danniel yang memeluk badan.Lagipun masih banyak kerja yang perlu dia tundakan apabila mereka bercuti di kampung.
Terpaksalah Maya datang semula ke pejabat untuk periksa semula semua kerja yang dia tinggalkan tak lupa juga kerja-kerja staffnya.
"Sweet lah you Daniel"
"Bukan masalah sweet sekarang ni.. you tu pregnant Maya. Apa-apa jadi boleh bagi risiko tahu tak!"
Daniel menahan geram apabila Maya sengaja memandangnya dengan mata yang membulat. Kepala digeleng, sejak akhir ini nakal pula isterinya.Tapi nak berkasar pun rasanya sudah malas.Mungkin kerana aura gadis itu yang sentiasa buatkan hatinya lembut setiap kali mereka berpandangan.
"Sorrylah abang.."
"apa abang-abang orang- tak payahla buat mata macam tu!"
Maya ketawa terbahak-bahak melihat wajah Daniel.Sejak berbadan, dia dialayan bagaikan permaisuri oleh Daniel, makan minum,pakaian atau lebih kepada tugas seorang isteri semua diambil alih oleh Daniel.
"Daniel memang anak yang baik Maya, semarah-marah dia..takkan pernah lama pun.. sebab hati dia lembut dan mudah memaafkan orang lain.Ibu dan Ayah bersyukur sangat dapat anak macam dia.Dari kecil sampailah besar tak pernah susah ibu dan ayah jaga dia.Walaupun sakit, dia akan lakukan semuanya sendiri.Yang paling kami kagum,dia sanggup lakukan apa pun demi keluarga.."
Maya tersenyum mengingati kata-kata ibu mertuanya.Daniel memang lelaki yang baik.Bahkan memiliki sifat yang sangat disukai orang ramai.Dari awal perkahwinan sampailah sekarang,dia masih di dalam sifat yang sama.
Pergaduhan rumah tangga itu mungkin dianggap biasa.Walaupun Daniel lebih muda darinya tapi sifat matang Daniel buatkan mereka seperti pasangan bahagian yang sama umur.
"sudahla,, I okay je, you keluarlah dulu.. I datang sekejap sebab nak semak fail client kejap lagi I balik"
"kalau awak nak lunch nanti bagitau ya?"
*
"Fuhh penat pula harini, tapi banyak kan pensyarah kita lelaki.."
Mawar meneguk air sirap ais yang dipesannya. Makanan yang dipesan masih belum sampai. Mungkin masih disiapkan.
"Betul, tak sangka awak ambil bidang yang sama dengan saya"Kata Dahlia.
"Tak apalah, lepas ini kita boleh kenal lebih rapat.."
Dahlia dan Mawar memandang kepada seorang pelayan yang membawa makanan yang dipesan mereka. Terliur melihat hidangan mereka yang diletakkan di atas meja.
"Daging bakar dengan Mee goreng basah kan?"Tanya pelayan itu.
"Haah ye.. terima kasih" Sopan Dahlia bertutur.
Daging bakarnya diambil. Namun terhenti pengerakkannya apabila dapati ada dua pinggan yang berisikan makanan yang sama.
"awak punya ke satu lagi ni?" Tanya Dahlia memandang Mawar bingung.
YOU ARE READING
MISS MAYA [C]
Romance[Editing] Dalam drama pasti wanita akan berkahwin dengan lelaki kaya, tapi tidak dengan kisah Maya dan Daniel.Daniel persetuju melakukan perkahwinan diatas kertas atau lebih lagi perkahwinan kontrak demi menyelamatakan nyawa ibunya. "You tak perlu f...